Lagi2 Raya

By Sunday, October 03, 2010 ,

Last week penuh dengan jemputan open house. Rasa-rasanyer, sampai 4 buah rumah. Tapi, kami cuma pergi yang berdekatan dengan rumah sahaja. Dari 4 buah rumah, kami cuma pergi 2 buah rumah. Minta maaf lah kepada kawan2 yang buat open house di Shah Alam dan kawasan Ampang sebab tidak sanggup untuk meredah MRR2, Federal Highway dan NKVE.

Jadi, kami hanya pergi ke rumah gynea sy di Puchong. Memang sangat dekat dengan hospitak tempat sy melahirkan Hannah dan rumah gynea sendiri. Macam2 makanan ader terhidang. Nasi beriyani, laksa, nasi dagang, sate, kambing golek, spaghetti, dessert pun ade. Makanan semua sedap2. Rumah gynea sy pun cantik. Sempat kami tour ke dalam rumah beliau.

Sebelum pulang, kami bergambar berdua. Gynea sy nih kecik molek sahaja tapi cergas dan laju jer bile buat keje. Mantain jer badan walau anak dah 3, Semua dah besar2.
Haa....yang nih pulak, ex-schoolmate sy, Linda namanya. Kebetulan, Linda pun buat ante-antal check up di Columbia Hospital dengan gynea sy juga. Linda pregnant anak pertama. Sure tak sabar kan nak timang cahaya mata yang pertama. Apa2 pun, Nany doakan semoga Linda selamat bersalin ok?
Antara menu yang dihidangkan pada hari itu. Sempat snap bahagian corner yang nih jer. Sebelah lagi tak amik pun.
Hannah sedang menikmati nasi beriyani kosong dengan bibik. Berselera Hannah makan nasi sahaja. Banyak pulak tu. Mungkin sebab nasi tu berwarna warni, itu yang makan smpi licin. On the way pulang ke rumah, sy dapat panggilan telepfon dari abang sy, nak datang beraya di rumah malam nya. Macam biasa, kalau orang nak dtg rumah, mmg sangat2 lah dialukan. Memandangkan, sy tidak memasak langsung tenghari nyer sebab stok bahan basah pun tak der. Jadi, singgah kedai runcit depan rumah sebab nak masak kueh tiaw kerang.

Agenda seterusnya, selepas asar, kami pergi open house di rumah kawan sy, jiran jugalah sebab rumah kami mmg dekat. Maaf, tiada gambar bersama tuan rumah sebab sibuk bergossip dengan selebriti iklan Mc'donald. Kawan satu course masa di UM dulu. Di bawah nih, gambar anak beliau, Sophie sebaya dengan Hannah. Akhir sekali, Abang dan kakak ipar tercinta pula datang ke rumah. Sempat la snap gambar sekeping , 2 keping. Hannah dah ok dengan Pak Long dan Mak Long sebab dulu, Hannah nih pemalu sikit. Kalau orang die tak kenal, mmg jangan harap lah boleh dekat.

Keesokan nya pula,kami pergi wedding officemate sy di Gombak, sampai memang awal lah, dalm pukul 11. 45 am . Makanan pulak macam2, memang meriah la. Sebab nak pergi open house di rumah kawan suami sy di Taman Melati, kami pun selepas makan, tak jumpe pengantin pun, terus gerak ke sana. Rumah kondo, cantik hiasan dalaman rumah die. Walaupun simple, tetapi tetap ada aura yang tersendiri. Samapi2, perut sy dah kenyang, jadi nya, cuma buat ABC sahaja. Padahal, banyak sgt makanan2 yang menyelerakan. Huhuhuhu. Maaf, tiada gamabr diambil sebab sibuk melayan Hannah bermain di dalam bilik anak lelaki tuan rumah.

Selepas asar, kami pergi rumah Yana. Kawan karib sy semasa kami berusia 5/6 tahun lagi. Nasib baik dekat dengan rumah kami. Seronok dapat jumpa beliau dan kawan2 yang lain. Dari kiri, Ninie, sy dan tuan rumah, Yana. Handsome boy di belakang tuh, anak Ninie. Badrul Munir.Si gadis kecil molek ni pula, anak Yana, Zuyyin namanya. Sebaya dengan Hannah. Masa di rumah Yana, sy makan dengan bersungguh sebab dah skip lunch. Makanan nya pula sedap! bihun sup utara. Thanks Yana sebab jemput kami datang beraya di rumah.

Itu sahaja aktiviti kami minggu lepas. Minggu nih pun banyak sgt open house. Nanti sy cerita lagi.

You Might Also Like

0 comments