Budak Rambut Maggie makan mee maggie

By Monday, January 17, 2011 ,

Kebetulan, topik kali ini tentang maggie. Abang dan Ayom gave their comments on our childhood moment when we're dying craving for MAGGIE!. Masa kami kecil2 dulu, mak dan ayah buka kedai runcit. Memang laku dan glamour kedai Pak Cik Kamal dan Cik Inah suatu ketika dahulu. Maklumla, kami sahaja yang membuka kedai runcit ketika dahulu. Too much sweet and bitter memories. Banyak kali jugak rumah kami kena masuk pencuri semata2 inginkan duit di dalam laci duit ayah. Berapa ramai orang yg berhutang di kedai ayah dan smpi skrang sy rasa mereka masih belum dapat melangsaikan nya. Sampai sy rasa ayah tension dan terus meletakkan label, "ROKOK TIDAK BOLEH BERHUTANG". Macam mana la nak untung berniaga kan?.Sy masih ingat, rokok yang dijual sebatang2 , dahulu hanya berharga RM0.20, haa...itu pun, orang masih nak berhutang!. Sapa tak geram!. Dek kerana kedai juga, rancangan pilihan kegemaran di TV dengan selamba dimatikan oleh ayah, kerana kami diam membatu bila ada customer datang memberi salam. Kami sangat malas ketika itu untuk melayan mereka!. Yerla, zmn kanak2 mmg utk berhibur dan berseronok. Bak kata suami saya, kena suruh henjut adik2 dlm buaian pon die boring!. HAHAHA...well, I couldn't agree more!.

Perniagaan runcit mak dan ayah tiada masa, sabtu ahad pun masih berniaga. Malam2 pon, wpun dah tutup kedai, kalau ada orang dtg, mereka masih boleh berniaga. Ketuk saja pintu, kami bukak cermin, tanya nak apa...ambil, bagi barang dan ambil duit. Mak memang kawal perbelanjaan kami habis habisan, setiap seorang kena ambil jajan/ais krim dengan jumlah sehari RM0.30 sahaja!. Makna nya, ais-krim sebatang , RM0.10/RM0.20 dan bakinya snek atau gula2 takpun, kalau nak makan ais krim atau snek sahaja pun boleh! yang pasti, RM0.30!. Akibatnya, penuh pembungkus ais krim dalam gelung tepi rumah, gara2 kami menyorok curi2 makan ais krim sebab budget dah burst!..hahahaha...kadang2, kami senyap tak bagitau mak, tapi, kalau sakit hati / tak puas hati dgn sesiapa antara kami, mmg ada yang mereport!. Padan muka la kan...

Pasal MAGGIE?. Kami kena kongsi, 2 bungkus maggie utk 4 orang! itu pon, sebulan sekali baru boleh dapat!. Memang seronok sgt kalau mak offer nak masak maggie, rasa nak lompat2 smpi bumbung..sedapnya, mmg tak cukup!tapi nak buat camana, sebab mak garang sangat masa dulu. Kalau minum air bergas, jgn harap dapat minum mcm tu jer, WAJIB tambah air masak. Sebab nya, Maggie dan air bergas mmg terang2 bukan makanan yg berkhasiat!. But, as for my husband, he said that, her mom served him a MAGGIE for breakfast!, not sure how frequent it was and yet, he still pass his SPM with flying colors, further his study at UTP and now, he's an engineer!.. HAHAHAHA...

If nak jugak mkn MAGGIE, we have to wait mak and ayah kluar ke mana2, pegi klinik ke, kenduri ke...mmg saat2 yg ditunggu2. Though we all dah makan nasik, MAGGIE jugak yg akan dibedal!. Pernah, tgh masak...tetiba mak dan ayah balik..mmg HARU! Lintang pukang buang MAGGIE dlm jamban! hahahaha....kalau pun, dah siap masak, makan and basuh everything, mak tetap akan tau yg kami makan MAGGIE!. Tension btol sebab kena marah.

Kalau sakit, demam sket ke, kena jugak pegi sekolah. Mak ckp, rugi tak pegi sekolah..tertinggal subjek yg cikgu ajar hari tu. Tapi, mmg tak masuk la dlm kepala otak nih. Pegi sebab takut mak jugak.Ayah la yang hantar naik motor. Balik sekolah kebangsaan, kena baca dulu or bat revision apa yg ustaz ajar semalam sebelum pegi ke sekolah agama. Itu mmg kena buat!. Bab2 belajar, mak mmg strict!. Tolong kat dapur pun strict jugak!. Mungkin itu sebab nya, kami adik beradik boleh memasak dan suka memasak!. Tak kisah kalau kena masak infact, ada masa kami mmg suka memasak!. Hehehehe...

Sekarang masing2 dah dewasa dan punya anak. Boleh makan MAGGIE sesuka hati, HAHAAHA..bahagia btol rasa!. Mak pun dah tak garang mcm dulu. Giliran kami pulak mendidik anak2...sesungguh nya, membesarkan anak2 zaman sekarang mmg mencabar. Takur tersalah didik, lain jadi nya.


Jemput makan sumer, resepi terbaik dari mama. Sup maggie letak kicap. Sangat tak menyihatkan! yet, I'd enjoyed it very much!.

ps : Bukan senang nak makan mee maggie

You Might Also Like

4 comments

  1. sgt susah nk mendapat kebenaran mkn megi wktu kecik...ayom pernah buang megi dalam j****n sbb emak n ayah tetiba balik..huhuh

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHA..

    OMG! sama la, bukan kite penah buat sesama ke dulu?..lintang pukang kan? ended up, mak still can smell it though we think that we cleaned up PERFECTLY...pastuh, penah jugak buang and timbus kat blakang rumah kawasan sampah dkt dgn sekolah buruk....

    ReplyDelete
  3. HAHAHA...

    angah..yg tu abang ingat..tapi ntahmacammane emak dapat mengesyaki..hehehe

    Sampai sekarang abang pikir nape emak sangat x suke/marah kalu makan megi? huhuhu..tapi time tu rase megi ya allah punye le sedap..

    ReplyDelete
  4. ABang,

    Ntah la..sebab tak berkhasiat la tuh...that's why tak boleh kot makan

    ReplyDelete