Esok !

By Sunday, February 13, 2011

Esok,

Saya akan kembali bekerja setelah 2 bulan 1 minggu bercuti

Hannah dan Umair akan ditinggalkan bersama maid tanpa bantuan dari saya. Agak2 nya boleh tak maid handle derang nih?.

Saya akan meredah traffic jam, mengejar masa menyiapkan kerja, solat, mengepam, mensyuarat, dateline kerja yang sudah menanti.

Saya akan CUBA bekerja dengan fokus. Mencari semangat yang sudah hilang bukan mudah. Hanya kepada ALLAH saya berdoa setiap hari, setiap kali solat 5 waktu..pasti akan saya panjatkan doa agar hati saya ditetapkan untuk FOKUS bekerja, supaya rezeki dan duit yang saya dapat setiap akhir bulan menjadi rezeki yang HALAL. Bukan senang saya nak betul-betul fokus, bila kebosanan dan kemalasan melanda, hati jadi tidak tenang. Mula lah, saya menghabiskan masa berbual bersama kawan-kawan dan melayari internet.

Walaupun esok saya baru mula bekerja, saya sudah senaraikan apa yang perlu dilakukan esok. Sungguh banyak dan remeh!. Tolak masa lunch, solat dan mengepam..saya ada 7 jam sahaja di pejabat. Perlu pandai menguruskan masa. Kadang-kadang saya bosan pergi mesyuarat yang isu nya hanya mudah , tetapi ada sesetengah pihak yang saya tidak faham, mengapa perlu diperbesar-besarkan. Akibatnya, dari 1 jam, ke 2 jam, ke 3 jam..pun masih tidak habis-habis dibincangkan!. Ntahlah, mungkin ini gayanya, kerja makan gaji.

Saya menanam impian untuk bekerja sendiri suatu hari nanti. Supaya masa dengan anak-anak lebih banyak terluang!. Kerja itu satu ibadat dan anak-anak pula adalah anugerah ALLAH yang perlu dijaga dan diperlihara. Kelak di akhirat, pasti disoal. Tanggungjawab suami adalah mencari nafkah, tanggungjawab isteri mendidik dan menjaga anak-anak, Tetapi tidak salah jika ingin meringankan bebab suami. Ya, saya masih bekerja kerana ingin membantu suami dan yang paling penting membayar hutang pinjamaan PTPN yang masih berbaki dalam RM12K!. Saya pejam mata dan buat-buat tak tahu. Setiap bulan gaji saya ditolak untuk melangsaikan hutang ini. Saya tidak mengeluh, kerana hutang WAJIB dibayar walaupun tidak dituntut. Dan sekarang, Interest dah diturunkan dari 5% ke 3% dan yg terbaru 1%. Alhamdulillah.... Walau masih kerajaaan mengenakan interest, saya bersyukur sebab interest dah dikurangkan. Selain nya, saya serahkan urusan itu kepada ALLAH. Biarlah DIA yang menghukum dan menilai .

Saya akan terus mengumpul wang dan semoga cita-cita saya ingin bekerja sendiri akan tercapai. Penat memikirkan politik di tempat kerja, berlumba-lumba untuk tidak menjadi M3, berpura-pura hebat, sungguh penat!. Apatah lagi, jika saya perlu ke luar daerah ataupun bekerja lebih masa. Itu tidak dikira kalau kena buat clerical work. Pentingnya keikhlasan untuk bekerja. Saya terfikir, kalau kerja lain kan senang, contohnya CIKGU, KERANI, PENSYARAH..tetapi, saya rasa tidak!. Bak kata suami saya, masing-masing ada masalah sendiri. Ada pros and cons.

Semoga esok hari yang BAIK untuk saya mulakan kerja. Semoga ALLAH memudahkan segala urusan saya. Semoga anak-anak, permata hati saya di dalam jagaan ALLAH. Semoga saya selamat pergi dan pulang. Semoga ikatan perkahwinan saya sentiasa diberkati ALLAH. Semoga mak dan ayah di kampung diberi kesihatan yg terbaik dari ALLAH. Semoga adik-adik/ipar-ipar saya gembira melalui hari-hari mereka dengan redha ALLAH. Amin.

You Might Also Like

6 comments

  1. we may not be fairly rewarded in this life, but lets pray for the rewards in the hereafter. ameen!

    -tom-

    ReplyDelete
  2. ya Allah,jagalah keluarga kami dalam JAGAAN MU..dlm rahmat dan kasih syg Mu.lindungilah perjalanan kami.mudahkanlah perjlanan kami pergi dan pulang kerja. pendekkanlah jarak perjalanan kami. singkatkanlah masa perjalanan kami.kuatkanlah kami. sabarkanlah kami. pandulah gerak hati kami dlm setiap saat, skelip mata atau masa yg lebih singkat dari keduanya.lindungilah kami dari sifat tidak adil manusia, dari sft jahat manusia, jin dan syaitan.berikanlah kami pahala ibadah dalam kerja seharian kami. rodhitu billahi robba. wa bil islami diina.wa bimuhammadin nabiyyan wa rasula. amin. ayom. wan. mu'az dodek

    ReplyDelete
  3. TOM : Thank you, musim2 nak close PPA nih, lain macam stress nya. Harap2, cuti bersalin 2 bulan nih bukan reason utk jadik mangsa.

    AYOM : Ameen. Jzkk for the prayer.

    ANONY : Thank you :-)

    ReplyDelete
  4. Salam Nany,
    T.kasih sudi visit blog saya. Senang2 datanglah lagi. Selamat mula bertugas, semoga bertambah maju jaya lagi;-)

    ReplyDelete
  5. Kak Shasha :
    Thank you on your comment. Akak pon, semoga bisness tros mantap!

    ReplyDelete