ma nouvelle chaussure

By Monday, October 22, 2012

Tajuk di atas adalah bermaksud : kasut baru saya ;) Kasut bata Malaysia dah kena ganti. Hari-hari guna jalan kaki menapak ke sekolah hannah. Sehari, berjalan dlm 3.8km. Ulang alik hantar dan ambil. Lately musim hujan, basah stokin sebab tapak kasut bata dah koyak agaknya. Menyerap air. Kalau tak hujan pun, jalan untuk pejalan kaki kadang-kadang basah jugak sebab pekerja Majlis Daerah basuh jalan. Perlu basuh sebab rakyat mereka sukakan anjing sebagai haiwan peliharaan dan anjing mereka selamba membuang air kecil mahupun besar di atas jalan. Atas sebab tersebut, kami ke La Vallee Village.Cuaca hari ini sangat ok. Alhamdulillah...setelah beberapa hari hujan dan mendung. Pagi tuh sempat masak roti canai yg tak jadi. Hahaha..jadi lempeng kot. Klakar la sgt bila tengok suami cuba menebar. Memang lawak!!!

Hannah pulak, tak bfast kat rumah. Jd tapau and die makan dalam train. Hannah sekarang suka makan. Mama die kat rumah memang kena cari ilham nak masak apa. Donut antara salah satu makanan pilihan anak2.
Encik suami yg tersayang belikan kasut but untuk saya. Ingat nak beli brand ferragamo sebab design yg sgt lady dan sesuai ke office. Tapi, mahal la pulak and sayang nak pakai hari2. Sah2 balik Malaysia nanti nampak lusuh and nak kena cari kasut lain. Jadi, Timberland adalah jenama yg sesuai untuk saya. Murah pun murah..dlm €60. Ini kasut nya :
Lepas beli kasut, gi beli periuk dan muffin tray tefal. Beli periuk saiz 's' sebab next month uwais dah wean off. Owh, periuk tuh satu set..ade 2 saiz dlm die. Handle boleh pasang and cabut. So, boleh simpan kemas tersusun dlm laci periuk2 tuh.
Sekian untuk kisah outing hr ini.

You Might Also Like

2 comments

  1. lawa boot, abg ade belikan k.yana kasut boot jenama clark, tapi bundle :), pegi anta polish cantik berkilau

    ReplyDelete
  2. Takperla bundle pun ok..jenama clark lagi. :)

    ReplyDelete