Jalan jalan ke Galleries Lafayatte

By Friday, December 28, 2012 ,

Semalam, husband masih bercuti. So, sesuai la nk ajak teman ke galleries lafayatte tuh. Sebelum ini dengar jer orang cakap tempat shopping yang glamour and famous di Paris. Lagipun, nak survey perfume member juga. Galleries Lafayatte ni senang jer nak pergi dari rumah kami. Cara dia, ambil metro M1 ke arah Chateau de vincennes and stop di Franklin D.Roosevelt (semua ada 4 stop). Then,tukar train untuk naik ke M9. Sila ambil ke arah Mairie de Montreuil and stop di Chausee d`Anteen ( ada 5 stop). Turun dari train, sila tengok signboard ke arah galleries lafayatte. Senang sangat. Nanti, sampai jer terus ke ladies department level -1.Macam-macam brand kasut yang famous ada. Dan harga nya memang mahal ke laut! hahaha.. Mampu tengok dan sapu air liur jer la.

Kami pergi ke level 0 for handbags and perfumes. Macam-macam brand ada. Mostly, macam dalam suria KlCC juga. Harga boleh tahan..memang mahal la. Cuma, ada jugak harga yang murah compare barang yang ada kat Malaysia. Contohnya, perfume brand Annick Goutal. Untuk edt flm €93 while edp pulak dlm €114 mcm tuh.
Semua gambar kat area cosmetics and perfumes sebab malas dah nak amik gambar kat level lain. Hehe... Apapun, nanti kena datang lagi masa Sales untuk menunaikan hasrat si kawan yang mengirim barang tuh. Sekian.

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.