Nihon e kimashita!!!

By Friday, December 19, 2014 , ,

Alhamdulillah,

Dengan izin Allah, kami sekeluarga selamat mendarat di bumi Nihon Ahad pagi lepas. Anak-anak semua tidur lena dalam kapal terbang. Saya yang tidak dapat lelap. Tidur duduk, memang tak selesa sangat la kan.
Sampai-sampai cuaca sangat sejuk, -1. Huhuhu...belum winter lagi. Ahad siang tu rehat jer kat rumah. Malam baru digagah kan jua untuk keluar . Survey kat mane kedai runcit, Daiso ( Hyaku shop) kedai 100 yen. Kedai RM3.

Depan rumah kami ada playground. Tak banyak mainan pun. Tapi OK la, boleh nak layan kalau bosan bosan kan. Ada juga Shukaijouk ( Activity /meeting room) kat dalam tu ada toys and slide jugak. Kalau sejuk sangat kami boleh pergi sana. Tapi, tak bukak everyday and ada timing.

Sempat berkenalan dengan Japanese mommies. Memang baik2 la derang tu. Nasib baik, Jiran Kaneko San ( 80 yrs old) tu bagitahu ada this kind of places. Lepas main, wajib susun balik. Toilet sumer tip top la..bersih berkilat.Bau busuk pun tader.

Nah...layan gambar ni dulu;




                                           Sumer gambar di atas masa main kat dlm shukaijouk





                                                         Ini rumah kami. Rumah 1st floor.





You Might Also Like

0 comments