Sekolah rendah di Jepun

By Wednesday, December 24, 2014 , , , ,

Assalammualaikum

Tadi sempat suvey sekolah Hannah. Kalau tengok di google map. The nearest elementary school from our house is Futakami School. Sekolah rendah di Jepun dipanggil Shougakko. Jalan kaki dalam 10min jer. Better dari sekolah tadika di Paris ari tuh. 20 min kot jalan kaki.

Sesampai jer, tekan intercom, cakap jer la nihongo yang aku dah belajar ar ituh. Lepas tuually muncul la pembantu sekolah, macam tukang kebun/tukang masak ..hehehe...aku introduce diri semua pastuh cakap jer, kat mana office?.Then die tunjuk sampai ke office. Jumpa sensei lelaki ni, pun baik gak, aku bgtau, aku tak paham sangat nihongo, eigo ga wakarimasuka?..aa...chotto matte..die pun ilang jap dari pandangan gi cari sensei yg boleh berbahasa Inggeris. Alhamdulillah...sensei yang ni, mmg agak fluent english nya. Pada aku , die faham ape yg aku cakap and sama2 faham..dah OK sangat2.

Kemudian, kami jumpa vice principal sekolah tu. Die tak pandai sangat eigo.So, die cakap ..then sensei yg pandai english tu translate kat aku. Best!...hehehehe..

As a conclusion, kena gi city hall Katsushika ku. Level 4 ( education department ). Bagitau derang nak request sekolah kat Futakami. Tapi banyak bende kena prepared la katanya. Huhuhu...moga dipermudahkan lah nanti.

Actually, tak sure lagi nak hantar Hannah ke Public School Nihon or Iqra'  Tokyo International School. Husband cakap mana2 boleh. Cuma, Iqra' tu jauh la, naik van sekolah dlm 30min baru sampai. Tapi bagusnya, medium language is English. So senang la utk Hannah. Masih dalam perbincangan dan pertimbangan lagi.

Tadi sempat amik few pictures kat Futakami Shougakko.  Toilet untuk murid-murid sangat lah bersih. Aku dulu sanggup tahan kalau nak membuang kat sekolah sebab tak sanggup nak hadap tandas kat sekolah. Keadaan sekolah sangatlah ceria. Untuk tahun 1-3, derang tak tekankan sangat on academic. Subject more to Nihongo, art, math, music and pembentukan akhlak/adab.No wonder la derang sangat baik. Aku dah kena treat ngan salesgirl, pharmacist, public, jiran, cikgu, tukang kebun sekolah, orang jual roti, jual tempura. Kalau dok sini lama2 lagi pun aku sanggup!. Hahahah


















You Might Also Like

1 comments

  1. amboi k.nany..sejak dok jepun rajin apdate blog..bagus2..update byk2 pasal jepun tau..tgk gambar pon okla..nak jejak kaki entah bila..take care..kirim salam semua..

    ReplyDelete