Graduation day Tadika Restu Ibu ( Little Calliphs ) Bandar Kinrara.

By Friday, January 09, 2015 , ,

Assalammualaikum

Ini post terakhir cerita untuk Tadika Restu Ibu ( Little Calliphs, BK ) semasa Hannah dan Umair bersekolah di sana. Alhamdulillah, dapat lah setahun mereka di sana. Banyak perkembangan yang kami lihat pada Hannah dan Umair.

Hannah dah lancar membaca bahasa melayu dalam masa 4 bulan. Lepas tu, die boleh baca Inggeris book pulak.Tapi both aku still ajar dia sampai sekarang sebab membaca ini terlalu banyak perkataan baru yang kita boleh jumpa setiap kali membaca.

Umair, dah boleh kenal angka dan mengira 1-20. Bacaan solat pun dah 90% betul. Semakin banyak bercakap, idea, pandai bergaul dan berani.

Sempat juga masukkan ke kelas taekwondo dan lulus untuk ujian tali pinggang kuning. :) Tadika ini ada kelebihan dekat pengetua dia yang baik dan berdedikasi. Cikgu cikgu yang pandai mengajar dan menjadi kesukaan anak-anak. Lokasi yang dekat dengan rumah kami. Ada transit yang terletak cuma selang sebuah rumah dari tadika tu

Sepatutnya, banyak yang boleh dikongsikan tentang Tadika Restu Ibu ni. Tapi dulu, masa sangat tidak mengizinkan. Sibuk menguruskan hal anak-anak, rumah dan kerjaya. Alhamdulillah, sekarang ada kelapangan.

Didoakan semoga Tadika Restu Ibu akan sentiasa mendapat hati di kalangan ibu bapa sekitar BK, Puncak Jalil dan yang sewaktu dengannya. Gambar-gambar berikut semasa majlis ihtifal Hannah dan Umair di Shah Alam. :)










You Might Also Like

1 comments

  1. harap2 anak saya pun nanti cepata belajar di LC
    tahun pertama kat LC :)

    ReplyDelete