Art competition at Iqra' Tokyo International School

By Saturday, May 30, 2015 , , , ,

Assalammualaikum!

Alhamdulillah, semalam ada art competition di sekolah Hannah. Kami ibu bapa dijemput hadir untuk menyaksikan pertandingan tersebut sekaligus memeriahkan majlis. Seminggu sebelum pertandingan, guru art Hannah dah pesan untuk training kat rumah dulu nak buat ape sempena art competition nanti. 

Kami bersetuju untuk membuat drum dari tin susu kosong. Dalam tin kosong tu juga kami isikan dengan kekacang supaya dapat juga menghasilkan bunyi apabila digoncang. Senang saje nak buat. Tutorial bagaimana hendak membuat tin drum telah saya kongsikan sebelum ini. 

Kami bertolak ke rumah Kak Ija di Koiwa dalam pukul 11:20am. Sampai-sampai di Koiwa hujan pula. Dah la tak bawa payung, tapi mujur tak la lebat sangat. Sempat solat zuhur dan menikmati bihun goreng hasil air tangan Kak Ija. Dalam pukul 12:40 pm, kami sama-sama ke Tokyo IQRA International School menaiki teksi. Dalam 10min dah sampai. Tambang pula 910YEN. Kalau convert dalam rm27-28. 

Sejurus sampai di sekolah, kami disambut dengan senyuman manis dari seorang guru di sana. Mem Zohar nama dia. Beliau merupakan seorang guru seni, komputer dan geography untuk kelas Hannah (Grade 1). Kami merupakan parent pertama yang sampai. Memang tidak ramai ibu yang datang. Hanya 6 orang sahaja. Kemungkinan kerana ianya berlangsung pada hari Jumaat dan semua ibu bapa bekerja  / solat Jumaat.

Hannah berada di Grade 1. Kelas paling hujung sekali. Jumlah pelajar pun tidak begitu ramai. Hanya 12 orang. Rupa rupanya Hannah dah siap pun hasil kerja dia. Cepat sungguh!. Tak sempat mama nak amik gambar masa dia buat. Mungkin sebab dah plan kat rumah siap-siap nak buat camane. Proper plan macam tu. 

Grade 1 yang sy nampak, hanya Hannah, Sofia dan Zubair yang buat craft activities. The rest of students, melukis dan mewarna. Mungkin mereka sudah siapkan bentuk ikan / bakul yang Mem Zohar dah ajar sebelum ni. Mereka juga dibenarkan untuk membuat sesuatu yang lain. 


Tak habis nak amik sumer gambar dalam ni. Part of decoration in the school

Dalam Kelas Hannah. Sebelah tu kawan die nama Sofia. Best friend Hannah. She is Malaysian too.
Sofia buat mini aquarium
Tin drum Hannah dah siap
Group yang kat belakang tu buat drawing and coloring

Ini Maparah. Tekun mewarna smiley face
Bersama Fahim, Sofia, Uwais dan Hannah
Classroom teacher. Mr Timothy Marshall . Sedang menerangkan sesuatu kepada ibu Fahim
Tangga ke atas untuk menuju ke kelas grade 3, computer lab, playing room and assembly area
Ini grade 2. Ada Haffiy and few Malaysians

Rehan with his ship

Tekun sangat Hafiy buat racing car. Vroommmmm!!!



Affiq , Malaysian student is making a house

A house from cup board
Ini journal Hannah semasa kami bercuti Golden Week ke Kyoto-Kobe dan Nara tempoh hari. Tecaher tampal kat dinding kelas. Mama yang happy lebih lebih sebab mulut ni tak stop dok bebel suh buat and compile cantik2.

Pokok cili hijau Hannah. Kids dok lukis gambar ni

Kawan kawan UR LIFE tak kan pernah lupa dari ingatan


Ni kat playing room. Luar tu assembly area

Nama-nama students dalam kelas Hannah
Fridge tempat letak bento.
Sebab dah lapa

Sempat bermain di tatami room
Kami pulang dalam pukul 2 : 00 petang. Singgah lagi kat rumah Kak Ija. Kami balik sekali dengan Ms Monica naik van. Heheh..

Sampai rumah siap sedia ke KUMON class pulak. Hari yang sungguh sibuk sekali.

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.