The most delicious butter cup cake ever!!!!

By Wednesday, May 27, 2015 ,


Pertama kali saya mencuba resepi butter cupcake dari blog Azie Kitchen. Memang sangat sedap. Kebetulan ada tetamu datang berjalan ke rumah, jadi cupcake ini la yang saya sajikan. Alhamdulillah, derang pun suka dan cakap sedap!

Untuk sesiapa yang nak mencuba, silakan yer. Bahan-bahan pun senang nak dapat. Jom semak bahan-bahan dan cara-cara membuat butter cupcake yang tersangat sedap ni :


Bahan-bahan :

170  gram butter atau 3/4 cawan
3 biji telur
2 -1/2 cup raising flour
1/2 tsp garam
1-1/2 cawan gula
3 tsp vanilla esen
1-1/4 cawan susu segar

Ini butter yang boleh dan selamat dimakan jika anda berada di Jepun

Telur sebanyak 3 biji

Gula. Kat sini, memang halus macam garam gulanya.

BP ( If nak guna tepung gandum ) Esen vanila dan susu segar

Putar sekejap butter

Kemudian, masukkan gula dan esen vanila

Putar lagi

Dan masukkan pula tepung diselang selikan dengan susu segar

Giliran susu segar pula

Tepung balik. Teruskan sampai susu segar habis

Isikan ke dalam acuan cupcake. Isi 3/4 penuh jer

Bakar selama 20-25min pada suhu 170C

Dah siap

Sedap

Lembut dan terasa keenakan butter nye




You Might Also Like

0 comments