Lagi Idea Bento

By Friday, July 31, 2015 , , , ,

Assalammualaikum wbt

Yeayyy!!! hari ini adalah hari terakhir sebelum sekolah IQRA' Tokyo bercuti selama 1 bulan sempena musim cuti panas. So, boleh lah rehat sikit dari membuat dan memerah otak memikirkan idea bento untuk anakanda tersayang.

Seperti biasa, saya kongsikan beberapa idea bento hasil air tangan saya sendiri sepanjang minggu ini. Boleh lah kalau sesiapa yang berminat ingin mencuba. Tips kalau nak buat nasi bentuk comel-comel macam ni and senang nak handle, kena guna beras Jepun. Cuma yerla, kalau kat Malaysia bende-bende macam ni adalah sangat 'rare' jadi harga pun boleh tahan. Mungkin boleh la buat once in a while.

Nasi berbentuk anak ayam bersama ayam goreng , sayur dan chikuwa. Cara nak letak jagung di atas nasi adalah dengan menggunakan spagheti yang masih belum dimasak. Cucuk ke dalam jagung dan nasi.

Nasi lemak papanda dan anakanda. Tambahan lauk adalah ayam karaage.Nasi lemak ni saya guna beras Malaysia. Barulah 'umph'
Seterusya  ialah nasi bertemakan sang beruang. Atas tu, balutan chikuwa bersama tamago. Sebelah kanan ayam goreng yang sudah disiat-siat.
Akhir sekali, bihun goreng bersama telur burung puyuh.

Menu di atas adalah dari Hari Isnin sehingga Khamis. Hari ni, malas nak buat. Jadi bekalkan yang simple-simple dan yang penting sedap. Hehehe....

See you in next entry! . InshaALLAH...



p/s :  Sila lah komen, jangan segan-segan yer.  Selamat  berhujung minggu dan berhari raya ke rumah hari terbuka.

You Might Also Like

3 comments

  1. alahai comelnyerrrrr....syg nak makan nieh.... heheheeheh...tu laa kreatif betul nany.... anak2 pun hepi jek nak bukak bekal hari2 kan...ternanti2 ape laa mak aku deco ari nie hehheehehe

    ReplyDelete
  2. Serius cantik sgt2.. sana byk alatan bento kan.. lya pom ade jgk sdiakan bekal.. tp deko biasa2 je..sini limited skit alatan bento

    ReplyDelete
  3. alahai comel dan cantiknya.. kreatifnya...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.