Jalan jalan cari makan ke Tanden - Halal Yakiniku, Tokyo.

By Monday, August 31, 2015 , ,

Assalammualaikum wbt

Hajat saya sudah lama nak pergi makan di kedai halal yakiniku ni (Japanese barbecue). Dari hari ke sehari asyik bertangguh. Bukan apa, sebab kena buat reservation dulu untuk makan di sini. Nak ke public phone macam malas. Jadi, tunggu la sampai beli kredit melalui skype. Akhirnya, dapat juga buat tempahan. Nasib baik, boleh speaking eigo (english) . Dalam website bagitau, kalau nak buat tempahan kena awal sekurang kurangnya 3 hari awal. Tapi, saya cuba sehari awal..Alhamdulillah tiada masalah.

Kami pergi hari Sabtu petang dalam pukul 4.30pm naik densha dari Shinkoiwa. Best sebab tak perlu nak tukar-tukar train langsung. Straight jer sampai ke Yoyogi station. Dari Yoyogi station, amik east exit..then, amik kiri, jalan terus..jumpa simpang, masuk kanan..then nanti ade jumpa kedai macam kat dalam gambar bawah ni. So teruskan perjalanan, nanti dalam 1min -2 min jumpa la kedai Tanden halal ni. Sebelah kiri korang . 

Kedai agak luas, banyak meja disediakan. Masa kami sampai, memang tade orang pun dalam tu kecuali staff restoren tu. Macam biasa, ucapan selamat datang berbunyi "I-RAI-SHI-MASSE" meriah kedengaran. Mungkin sebab tader customer , jadi servis nya sangat la cepat.

Sila menuju ke East Exit. Nanti korang akan jumpa banyak anak tangga bila nak keluar dari east exit ni. Don't worry, you're on the right track.
Sejurus keluar dari east exit ni, nanti akan nampak kedai convenient store Sunkus ni. Lintas jalan macam jejaka berbaju biru seperti di dalam gambar atas. Kemudian, sila ke kiri dan jalan terus.
Jumpa 7-Eleven pulak. Then, turn right please. Jalan jer terus. 
Bila jalan terus , nanti jumpa kedai ni pula. Teruskan perjalanan anda sebab dalam 1minit lagi akan jumpa Tanden Halal Yakiniku tuh.
Yeayy!!! sudah sampai. Depan kedai tu belakang Uwais ada patung lembu kecik. Boleh duduk atas tu untuk amik gambar. 

Close-up sket. Sebelah kiri paling bawah tu tulisan hiragana yang aku berjaya baca. Ta-n-de-n

Memang boleh tahan harganya. Mahal sebab salah satu sebabnya, daging lembu ni  adalah kuroge-wagyu (black-haired Japanese beef) type dan direct dihantar dari Kagoshima. Jauh tuh, kat hujung selatan Japan nuh. Memang yang betul-betul terpilih. 

Muka kurang sabar nak jadi karnivor jap lagi. Hahahaha....
Set pertama kesampaian. Ada nasi semangkuk juga sup yang sedap.
Bila dah sampai, mari kita mulakan operasi memasak daging ini beramai-ramai.

Masa bakar ni, ada la kluar api sket-sket. Budak-budak ni punya la excited, riuh kedai dibuatnya. Nasib takder orang lain. Kalau tak silap yang warna putih tu adalah perut lembu. Tak berbau pun, cuma saya kurang gemar. Tapi suami suka and sedap katanya. Hehehe..nasib baik, kalau tak, kena juga paksa makan sebab rasa membazir sangat kalau tak habis. Kena licinkan sumer makanan.
 Laju jer die menyuap and habis nasi semangkuk tu. Huhuhu...
Tengah fokus tuh..cepat jer daging-daging tu masak. Rasanya? paling sedap so far kami pernah makan. Daging dia rasa manis, tak bau hanyir, lembap  dan juicy .
Kami order menu set 2 dan tambah ala-carte satu. Cukup-cukup untuk kami. Air pula, kalau order set, boleh top up dalam masa 90 minit.
Sebab tak ramai orang, boleh la mintak tolong pelayan restoren tu amikkan gambar. "Sumimasen, syashin o tomarimasuka.. "Haittt!!! "hehehehe...

Restoren ni juga, memang asingkan gelas, mangkuk, cawan, pinggan dan cutlery set untuk memastikan kebersihan dan kehalalannya diyakini dan terjamin.
Sudah makan jom bayo. Kami kena dalam YEN10,000. Dalam RM300++ .
Sebelum balik, posing satu family kat depan restoren. Arigatou gozaimashita!!!!
Sesiapa yang planned nak datang Tokyo and cari makanan halal..boleh la try makan kat sini. Cuma agak pricey..tapi berbaloi sangat sebab sedap ..sampai sekarang teringat-ingat. Hahaha..

Boleh call number phone ni utk buat tempahan :

03-6380-6203
Address: Tōkyō-to, Shibuya-ku, Sendagaya, 5 Chome−21−12, Yoyogi living 1F
Opening hours: Mon~Fri Lunch 11:30~15:00/Dinner 17:00~23:00
Sat・Sun・Holiday Dinner 16:30~22:30
Nearest station: Yoyogi Station
Access: JR Yoyogi Station East exit 2-min walking
Toei Ōedo Line Yoyogi Station A2 exit 2-min walking
Price range: 4,000 yen(Average)/3,500 yen(Average for party)/900 yen(Average for lunch)

You Might Also Like

3 comments

  1. kalau dtg jepun time kak nany ada kan best..tak payah nak pening2 kepala pikir nak cari tempat makan halal ..tapi bilalaaa tuuu dpt jejak kaki..huhuhu...

    ReplyDelete
  2. nany..bertuahnya awakkkkk..kalo nk tau Jepun is one of my fav negara yg saya betul2 nk pegi!

    tp apa kan daya rezeki Allah simpan dulu hhheeee..tp anak yg sulung tu dah berniat nk bawak pegi Jepun one day hhhaaaa..ammeeen kan aje :)

    good info nany..seronok anak3 ye mencari pengalaman di negara org :)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.