Kelas KUMON untuk kanak-kanak di Jepun

By Sunday, August 09, 2015 , , , , , ,

Assalammualaikum wbt

Hari ni nak cerita tentang kelas KUMON di Jepun untuk anak-anak saya yang masing-masing berusia 5 tahun dan 3 tahun.  Mungkin ada yang tanya, kenapa tak antar public kindergarten jer kat sini. Sebenarnya, saya dah survey dalam 4-5 buah tadika yang berdekatan dengan kawasan rumah kat sini. Tapi kebanyakannya penuh dan kalau yang kosong pun derang susah sangat nak converse in english.

Jadi, saya pun daftarkan budak-budak ni dengan KUMON. Nasib baik pusat KUMON tu tak berapa jauh dari rumah. Dulu masa musim spring, kami jalan kaki jer kadang-kadang naik scooter.  Jaraknya dalam 15min jer berjalan kaki tapi biasala dengan budak-budak ni macam-macam lahai drama Jepun yang berlaku kat tengah jalan. Memang setengah jam jugak la nak sampai. 

Camane nak tau pusat KUMON yang terdekat dengan rumah? senang jer, click di website ni https://www.kumon.ne.jp/jpn/class_search/en/  dan ikut jer arahan kat situ. Korang boleh masukkan nama eki yg terdekat, poskod ataupun alamat. Nanti dia akan keluar map dan boleh lah korang check.

Sejak musim panas ni..akhir bulan Julai hari tu, kami pergi naik bas jer. Nasib baik, bus stop dekat jer dari rumah, 3 min jalan kaki sampai. Naik bas dalam 10min sampai ke pusat KUMON kami di Hon I shi ki.  Pusat KUMON di tempat kami ni hanya dibuka 2 hari dalam seminggu. Hari Selasa dan Hari Jumaat dari pukul 2 petang sehingga 8 malam. 

KUMON ni lebih kepada konsep tusyen sebenarnya. Bukan yang betul-betul hardcore belajar tu, Pada saya dah OK sangat dah, dari budak-budak ni tak buat ape. Lagipun 2 kali jer seminggu. Kelas pun dalam sejam jer. 

Jom pergi KUMON!

Atas jejantas. Tengok! ada densha ( keretapi ) kat bawah. Seronok budak-budak ni sambil nak ke KUMON sambil layan pemandangan. kadang-kadang memang berhenti sekejap kat sini..layan densha . Arrghh...sure nanti aktiviti macam ni akan jadi 10 aktiviti yang akan dirindui pabila ku pulang ke tanahair. Sobsss
Yeayy!! kesampaian sudah. Bukak pintu sliding door ni kena bagi greeting kuat-kuat ikut style Nijon jin (Japanese) KONNICHIWAAA!!!! gituu...kalau kita orang Islam akan bagi salam. Itulah budaya mereka di sini.
Kami selalu sampai awal masa ni. Dalam pukul 2 :00 pm. Memang masa ni kosong tak ramai budak-budak Jepun lain. Sebab derang masih di sekolah. Lepas pukul 3:00pm macam tu baru lah penuh.
Futagami Sensei tengah ajar Umair matematik

Sila pilih kertas untuk lekat sticker. Aktiviti ni memang wajib lepas budak-budak ni siapkan kerja derang.
Uwais amik subjek english. Tapi derang tekankan cara pegang pensel yang betul dan buat latih tubi sambungkan antara dua objek. Lagi lurus garisan tu lagi bagus maksudnya.

Umair tengah nak siapkan puzzle matematik. Aktiviti ni pun wajib dibuat setiap kali ke kelas. Jumlah masa akan dicatitkan dalam buku rekod Umair. Lagi cepat lagi bagusssss.
Tengah khusyuk tampal sticker yang sensei bagi
Lagi kertas sticker
Apa lagi yang derang dapat? jom tengok....


Kiri tu beg si abang and yang kanan tu untuk si adik (baby KUMON) baby keww??
Buku untuk english language. Pen tu kalau tekan-tekan kat gambar dalam buku tu akan ada bunyi. So, Uwais follow jerla.
Contohnya, kalau tekan pen tu kat gambar-gambar dalam tu, dia akan bunyi as per dalam gambar.
Ada juga lagu untuk elak budak dari kebosanan.
Contoh latihan KUMON untuk subjek english
Kebiasaannya, sensei akan bagi 20 helai kerja rumah untuk disiapkan. Bila dah siap, boleh hantar masa next kelas nanti. Macam tu la rutinnya setiap masa.
Kasih si abang tiada tandingan. Abang ajar adik..agak-agak berapa lama hubungan mesra begini akan kekal - _ -
Untuk si kakak, 7 tahun. Belajar nihongo. Sekarang level senang jer, hiragana..masuk kanji nanti tak sure nak teruskan atau tidak since kerja sekolah dari sekolah IQRA pun kadang-kadang banyak. Takut tak terbuat . Lagipun, kat IQRA dah ada subjek nihongo ni. Saje nak bagi die lagi confident.
Berapa yuran sebulan untuk seorang? lebih kurang dalam 6,480 YEN = RM204.543. Owh yer, akan ade exam bila dah habis satu level. Tapi bergantung juga ..baru-baru ni Hannah jer ade exam untuk masuk ke next level. Umair and Uwais belum lagi. 

Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat dan anda seorang full housewife di Jepun. Boleh la cuba. Lepas tu kalau rase tak best and nak stop..tade kena penalti apa-apa pun. Memula datang nanti, dia akan bagi test untuk anak-anak. Test tu nak tau anak kita kat level yang mana. Tak susah pun..jawab ikut apa yang tau..hehehe...

So, lepas sebulan lebih saya hantar anak-anak ke sini, nampak la Uwais boleh  pegang  pensil dengan betul dan membuat garisan lurus dengan sangat cantik. Untuk Umair pulak, pandai kira 1-50. Boleh spot the number dengan mudah. Sebab derang tak sekolah hari-hari , jadi saya rasa puas hati dengan kebolehan derang sekarang ni. Kena selalu bagi sokongan kat derang kat rumah. 

Sekian untuk cerita saya hari ini. Silalah komen..jangan segan dan malu yer.. :)
Salam ukhuwah.

You Might Also Like

6 comments

  1. Alhamdulillah. .mengisi masa terluang untuk mantapkan ilmu yang dituntut..

    ReplyDelete
  2. salam kenal jugak..singgah and follow sini..

    ReplyDelete
  3. wah.. bagusnya kumon kat Jepun yer.. Usmi pun sbnrnya tgh membuat survey kumon kat Malaysia... nak cuba hantar anak no 2. nak cuba isi masa dia thn depan... Thanks nani good info...

    ReplyDelete
  4. mesti sistem pmbelajaran kt sana maju ke depan jgk dr malaysia kan..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. kumon di malaysia pun ada kan? my nephew memang ambil start dari 5 years rasanya. Alhamdulillah cerdik Englis and math semuanya. tapi memang kena rajin follow up dan rajin perhatikan mereka.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Nak tanya, boleh tak kalau saya daftarkan anak2 di Kumon utk subject Nihonggo sahaja? Mereka boleh adjustkan silibus begitu tak?

    Terima kasih,
    Amir

    ReplyDelete