Pertunjukan bunga api di Makuhari Kaihin ,Chiba , Japan

By Monday, August 03, 2015 , ,

Assalammualaikum wbt,

Sekarang cuti musim summer di Japan. Dalam musim summer ni memang ada banyak festival yang menarik dan lain dari yg lain sebab tader kat Malaysia. Hehehe..Salah satu yang glamour adalah adalah pertunjukan bunga api atau dalam bahasa Jepun nya bermaksud 'hanabi'. Hana membawa maksud bunga manakala bi pula bermaksud api.

Pada asalnya, menurut kepercayaan masyarakat Jepun ,'hanabi' event ini adalah untuk menghalau roh jahat dan ada kaitan dengan musim panas. Ada beratus-ratus pertunjukan hanabi di Jepun bermula dari akhir bulan Julai sehingga akhir bulan Ogos. Jadi, pertunjukan 'hanabi' di Jepun tidak hanya dilakukan untuk menyambut kedatangan tahun baru.

Kalau nak tau, derang siap ada craftmen lagi untuk reka bentuk 'hanabi ' ini. Memang ada macam-macam rupa contoh macam bentuk riben, kek, buah apple, pisang, bear, monyet dan planet. Selalu akan start pukul 7:30pm sampai pukul 8:30pm. Kalau nak beli tiket pun buleh kalau taknak takat nak tengok tepi jalan pun boleh. 

Akhir bulan Ogos nanti, akan ada satu lagi pertunjukan cum pertandingan 'hanabi' . Tapi yang ni lain dari yang lain sebab the only one event yg akan start masa matahari masih ada di langit. Pukul 5:30pm macam tu. Siap akan ada hadiah dari kerajaan derang. Pengalaman yang baru-baru ini boleh tahan mencabar sebab ramai sangat orang ditambah lagi dengan musim panas kat Jepun ni yang lagi panas dari Malaysia. Tapi sebab rasenye lepas ini tade peluang dah nak tengok..maka digagahi jua lah pergi menyesakkan keadaan. 

Kami pergi naik public transport . Ramai tapi keadaan terkawal. Semua relaks jer...Kami tak pergi betul-betul kat tempat petunjukan 'hanabi' tu sebab last minute punya planned. Jadi kami duduk di atas lantai di luar Mall AEON bersama sama dengan orang Jepun yang lain. Kat Malaysia memang tak permah pergi pun tengok pertunjukan bunga api ni..jadi, memang jakun dan seronok la tengok..hehehe..

Pertunjukan 'hanabi' ini juga ada kaitan dengan 'yukata' sejenis pakaian tradisi rakyat Jepun yang seakan-akan Kimono tapi kain Yukata ini selesa dipakai di waktu musim panas. Ramai kanak-kanak, remaja, pemuda-pemudi, lelaki dan perempuan orang Jepun memakai Yukata. 

Paling berharga pada saya adalah melihat cara hidup dan kebudayaan rakyat Jepun di sini dalam meraikan pertunjukan 'hanabi' ini. Ok jom layan gambar pulak





Sebenarnya kami tak dapat tangkap gambar yang lagi best dan cantik dari gambar kat atas ni. Tengok ngan mata sendri mmg priceless. Kami balik sampai rumah dalam pukul 10:30pm.

Ok, Itu jer cerita hari minggu kami. InshaALLAH, see you in next entry pulak ! :)


You Might Also Like

3 comments

  1. Insyaalllah plan nanie nak ke japan. Kalau ada rejeki dptlah jejak kaki ke sana. Allahu moga impian mnjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhhhhhhhhhh cantik2...best nye....

    jepun bestkan....negara bersih.... org nye polite2..... bertuah nany dpt menimba pengalaman di negara org....

    ReplyDelete
  3. As salam dear...
    Tq coz sudi k blog lya..salam pkenalan jugak...
    Mtk maaf, bru smpat dtg sini arini...

    Wah... stay kat jepun ye.. untungnya..ade pgalamn d ngara org...
    Cantik ptunjukn bunga api tu. Cnfirm ank2 truja tgk pcikan bnga api cantik2 tu...

    ReplyDelete