Home made chicken chop for our dinner

By Friday, September 04, 2015 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Semenjak memegang status SAHM ni, main office aku sekarang kat dapur. Routine start dari selepas subuh dalam pukul 5:00 pagi macam tu. Kadang-kadang awal sikit. So far, aku happy dapat serve yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Kebiasaannya, memang hari-hari suami akan bersarapan di rumah. Kalau rajin aku masak bihun goreng, nasi lemak, nasi goreng , lempeng, roti jala dan kalau malas, aku buatkan french toast, roti bakar ataupun makan cereal dengan fresh milk jer. Hehehe...

Then lepas tu, lunch pun aku sediakan juga sebabnya, kat sini memang makanan halal susah nak cari, jauh sangat dari office. Ada jer restoren yang jual pizza and pasta , so boleh pilih sea food or vegetarian jer. Tapi, kalau dah hari-hari makan makanan yang sama tentulah bosan dan mati kutu dibuatnya. Jadi, selain dari untuk mengelakkan perkara di atas terjadi, bawa bento dari rumah yang dimasak dengan kasih sayang oleh isteri boleh jimat YEN juga. Sekali makan kat sini dalam 1000YEN which is lebih kurang around RM35.00 *current currency. Sobsss....

Only after 10 years, barulah aku dapat merasa, breakfast kat rumah sama-sama dengan husband hari-hari. Alhamdulillah, bersyukur sangat dengan rezeki yang ALLAH S.W.T bagi. Let's us become a grateful person ok?. Enough compare with others on what we don't have coz percayalah, ada yang kita ada tapi takde kat orang tu..begitu juga sebaliknya. 

So, kisahnya semalam buntu tak tak tau nak masak apa untuk dinner. Husband pula takmo makan nasi untuk dinner.  Last-last, try la buat chicken chop ni. Bahan-bahan sumer ada, jom kita check bahan-bahan dan resepi.


Bahan-bahan untuk perapan ayam:

1) Dada ayam
2) Lada sulah
3) Lada hitam
4) Cube pati ayam
5) Kicap manis
6) Bawang putih
7) Halia
8) Bawang besar 

Bahan-bahan untuk menggoreng ayam: 

1) Tepung beras
2) Telur 2 biji
3) Serbuk roti / bread crumbs
4) Minyak untuk menggoreng

Tumbuk or blend bawang putih, bawang merah dan halia. Then, lumurkan dengan bahan-bahan lain kat dada ayam tadi. Perap dalam 2-3 jam. Sementara tu, boleh disediakan sos dan side dishes untuk dimakan bersama chicken chop nanti.


Panas minyak dalam pan yang sesuai ( tak perlu minyak yang banyak ) . Step pertama, salut ayam dengan tepung beras, then salut dengan telur last sekali salut ayam dengan bread crumbs. Then, goreng  dengan api yang sederhana. Tutup pan tersebut supaya isi ayam masak dengan sekata.

Mushroom sauce

1) Cendawan butang hiris nipis-nipis
2) Serbuk lada hitam
3) Cube pati ayam 
4) Mentega untuk menumis
5) Bawang besar / bawang holland
6) Tepung jagung
7) Air
8) Kicap manis / pekat
9) Sos cili
10) Sos tomato

Tumis bawang dengan mentega sehingga bawang bertukar menjadi kekuning kuningan. Masukkan air. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan kiub pati ayam, cendawans, sos cili, sos tomato dan serbuk lada hitam.Akhir sekali, bancuh tepung jagung dengan air biasa dulu,tak yah banyak..dalam 2-3 sudu besar air bersama 1 susu besar tepung jagung. Then, masukkkan ke dalam kuah tadi. Kacau-kacau kuah tersebut. Kalau masih nampak tak likat, tambahkan lagi tepung jagung mengikut tahap kelikatan yang digemari. 

Side dishes Mashed potato

Rebus 3 kentang bersaiz sederhana yang telah dikupas kulit sehingga lembut. Jangan lupa masukkan sedikit garam ketika memasak. Lecek kentang ketika masih panas. Masukkan 1/3 cawan  susu segar dan 1 sudu besar mentega dan kacau-kacau sehingga sebati. 

Side dishes french fries

Pegi kedai and beli french fries balik dan goreng. Hahaha..

Side dishes salad

Potong buah tomato, timun dan epal mengikut saiz yang digemari. Campurkan dengan sos mayonis dan gaul sehingga rata. 





Big boss cakap totemo oishikatta desu!!! sedap sangat. Customer lain cakap bagi 10 bintang kat mama!. Semalam saja masak lebih sebab nak bagi kat Nana and Lia, jiran Malaysia kat area rumah kami. 

Nanti korang boleh cuba pulak! senang jer cuma renyah sket la sebab aku rasa dapur kat sini comel sangat..nak meletak pinggan yang ada tepung beras, bread crumbs, telur, ayam yang belum masak, ayam yang dah masak..memang berterabur dibuatnya. Datang budak-budak masuk dapur lagi serabut..hahaha!

You Might Also Like

3 comments

  1. btol tu kak nany..tak semua org ada peluang mcm kak nany nak jadi SAHM...lisa pon teringin tapi belum ada rezeki ke arah itu..rezeki masing2 kan..kirim salam semua ye...

    ReplyDelete
  2. nmpk sedap sgt! boleh try lah ni insyaAllah. tabik kat akak sebab mushroom sauce pun buat sendiri..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.