Info lengkap ke Murree Muslim Food , Itaewon.

By Saturday, September 26, 2015 , ,



Anguk towards Jongno 3 (sam)ga transit at Yaksu (5 stations) – Line 3


Yaksu towards Beotigogae stop at Itaewon(3 stations) – Line 6


Exit 3


1) Lepas kluar dari exit-3 , korang akan nampak Hamilton Hotel  kat sebelah kiri ( seberang jalan) . Then, walk straight until jumpa 1st junction and kedai Mr Kebab kat sebelah kanan. 



2) Lintas jalan macam dalam map kat atas. Lepas tu, belok kanan and jalan terus (Jalan kat sini dah start berbukit )

3) Teruskan berjalan and nanti akan nampak kat sebelah kanan, kedai Salam Bakery and banyak kedai runcit jual barang Asia kiri and kanan jalan. 

4) Jalan sampai  jumpa simpang-3  and ade signboard jalan tulis Usadan Ro 10 gil. Masa ni, pusing ke kiri. 

5) Teruskan perjalanan. Nanti ada jumpa kedai makan Indonesian nama dia Siti Hajar kat sebelah kiri . Jalan ke atas lagi sket sambil tengok tengok kat sebelah kanan. Nanti akan jumpa Murree Restaurant tu. Sila lintas jalan dan korang dah sampai. 


Masa ni, tak de orang lagi. Kami 1st customer yang sampai :). So, dinner malam tu kami order :

1) Bibimbap - 1
2) Bulgogi - 1
3) Ramyun ( Raymen ) -1
4) Kimchi Chijjigae -1
5) Ice chaei latte -1
6) Ice lemon tea - 2

Kimchii Chijjigae - (10,000won)  Kimchi stew with tuna , sayur kubis cina, cili hijau, and tauhu. Tu main ingredients die, lain aku tak sure la pebende. Rase die? masam2 sket, pedas and masin. Hirup or makan dengan nasi jer.

Bibimbap -  (8,000won ) Atas tu, penuh sayur sayuran and daging sket. Lapisan bawah pulak ade nasi. Kenyang sangat makan ni. Cara nak makan die, kena gaul2 kan everything sampai sumer bergabung. Barulah meletops!

Bulgogi (15,000won) - Daging goreng yang sangat sedap. Rase die manis-manis sket.

Ramyun (8,000won) - patutnye dalam menu is Spicy, tapi tak tau tahap kepedasan nya yang macamane, so kami suh die buat yang plain jer, Nasib baik boleh. Macam makan maggie ayam jer ha..
Total dinner kami malam tu di Murree : 54,000won ( RM160++) 

Tandas disediakan di bahagian belakang kedai dekat dengan dapur

Interior design of Murree Restaurant

Adress :

Murree 
22 Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu 
Seoul, South Korea

Hours :
10:30 - 23:00

You Might Also Like

2 comments

  1. sedap nmpk hannah mkn megi..hhihi..

    ReplyDelete
  2. Wahh..Cik Nie sudah kemabali!!! tahniah ..clap..clap..nanti update la blog..huhuhuhuh

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.