Eksperimen yis dan belon

By Saturday, November 07, 2015 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Aktiviti ini kami lakukan 2-3 bulan yang lepas. Baru sekarang nak tulis dan kongsikan bersama pembaca semua. Anak-anak sangat teruja dan  seronok bila tengok belon ni mengembang hasil dari tindak balas yis, gula dan air suam. Dari saiz yang kecil hinggalah agak besar.  

Bahan-bahan yang diperlukan :
- 2 sudu besar serbuk yis atau boleh guna sepeket terus
- 2-3 sudu besar gula
- Air suam
- Belon
- Botol mineral kosong bersaiz kecil

Teknik :
- Tiup belon berulang kali untuk memudahkan proses bagi melekapkan belon 
  pada botol mineral
- Bancuh serbuk yis bersama gula dan larutkan di dalam air suam
- Tuangkan bancuhan yis ke dalam botol mineral
- Akhir sekali, lekapkan belon pada muncung botol mineral
- Dalam beberapa minit, belon tersebut akan mula mengembang dan tegak

Apa yang boleh anak-anak lakukan :
- Minta anak anda lukis eksperimen di atas kertas kosong :

Dengan menggunakan pita pengukur, ambil bacaan ukur lilit belon setiap 30minit. Catitkan bacaan di atas kertas lukisan tersebut :

Dengan belajar mengukur, mereka akan belajar untuk menulis angka dan mendapati bahawa nombor akan menjadi lebih besar setiap kali bacaan diambil.

Apa yang boleh anda ceritakan :
Beritahu mereka tentang gas karbon dioksida yang dilepaskan apabila yis dan gula tadi berkawan. Mereka gabungan yang  hebat sehingga dapat menghasilkan 'kuasa' yang dapat membuatkan belon tersebut mengembang. Buih buih yang ada juga adalah seperti apabila kita bermain dengan sabun di dalam 'bath tub' dan hanya dihasilkan apabila mereka bermain bersama-sama. 

Jadi,

Kalau nak dapatkan yang baik dan power kenalah sentiasa menjadi abang dan adik yang  baik. Takmo la gaduh-gaduh . Ok, itu mak tambah sendrik..hahaha!

Apapun, eksperimen tidak la susah mana. Cuma perlukan masa dan kerajinan selain dari bahan-bahan yang disenaraikan di atas. 

Selamat mencuba!


 



 








You Might Also Like

4 comments

  1. menariknya...
    nnti nk buat jgk dgn asya...
    bgus sgt xtvt ni

    ReplyDelete
  2. Hurmmm....nk buat utk apek qarl....

    ReplyDelete
  3. Hurmmm....nk buat utk apek qarl....

    ReplyDelete
  4. Oh best experiment ni nany, nak try buat dengan the kids soon. Thank you for sharing.

    ReplyDelete