Trip to Kawaguchiko and Saiko Lake - Day 2 (part 1)

By Wednesday, December 23, 2015 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Awal pagi sebelum bas pertama beroperasi, kami sudah pun sampai ke bus stop di Kawaguchiko. Breakfast kami ditaja oleh 7-Eleven! Hahaha...macam biasa la ...onigiri, roti dan biskut-biskut.

Sebelum pergi jauh bercerita panjang..jom layan Fuji San di awal pagi. Time ni, matahari tengah naik kat sebelah kiri sebab tu ade effect warna merah-merah sket.
Bas pertama start pukul 9:00am. Tengok jam kat belakang tu baru pukul 8:40am. Awal sebab tak nak beratur lama masa nak naik kachi kachi rope away nanti dan bas akhir pukul 4:00pm takut nanti tak sempat pulak nak ke Saiko Lake.
Ini tiket bas yang kami gunakan untuk jalan-jalan di sekitar kawasan Kawaguchiko dan Saiko Lake.Pass ni untuk 2 consecutive days. Walaupun pegi sehari jer, kami rase tetap berbaloi beli tiket ni sebab ianya unlimited use for all sightseeing bus. Nanti amik map kat ticket office ..banyak sangat tempat menarik boleh pergi guna tiket ni.
Yeayy!!! bas dah sampai. Sightseeing bus kat sini setiap 15min untuk red line dan 30min untuk green line. Bas red line cover untuk Kawaguchiko lake and green line cover Saiko Lake.
Perjalanan dari Kawaguchiko Station ke destinasi pertama kami iaitu  "sightseeing boat/ ropeaway entrance" hanya memakan masa selama 16minit.
Masa sampai tu, kaunter tiket belum buka tapi orang dah ramai beratur maybe sebab derang datang dlm group
Naik ke atas untuk ke kaunter tiket
Kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke atas sahaja dikenakan bayaran untuk menaiki rope away ni.
Tak sempat nak amik gambar masa cable car kami sampai sebab lepas bayar tiket ni jer, terus jer naik dalam tu. Spot pulak tak best untuk amik gambar. Naik ke atas tu dalam 5 minit jer dah sampai. Jom layan gambar Fuji San dari observation point ;

Nak guna binocular ni kena masukkan YEN100 dulu then baru leh guna. Jap jer pun tak smpi 2 minit dah gelap tak nampak ape.


Lepas puas bergambar dan budak-budak makan. Kami pun turun ke bawah sebab nak pegi ke Kawaguchiko Music Forest Museum pulak. Sebelum tu, boleh tengok video suasana di area observation point ni .


Round trip ticket for Kachi Kachi Ropeaway. Kalau nak naik sighseeing boat pun boleh ade lain package masa nak beli tiket ni tadi. Tapi, kami tak beli pun yang tu.
Jom turun!
Dalam rope away
Bas kat sini memang menepati masa. Aku memang suka sangat sebab senang nak plan trip especially kalau ade anak-anak kecik ni
Sebab dah terlepas satu stop dari stop yang sepatutnya..so, on the way nak jalan balik. Kami singgah sini dulu. Superb view!
Biasala budak-budak ni, main tanah la, baling batu dalam tasik, cari ranting kayu..explore habis!
Di hadapan entrance museum
Nak masuk dlm ni kena bayar sorang dlm YEN1500 tak silap
Dah namanya forest music museum, jadi banyaklah instrument music dalam ni. Eh! tapi tade lah smpi drum, piano, violin sumer tu. Hehehe
Tak tau la ape yg terhibur sangat tu
Kesan dari matahari yang dah naik tinggi..Fuji san dlm gambar pun tak jelas. Kalau tengok real, silau berkilat habis kat top die tu

Sebelum balik, singgah sini dulu layan persembahan  solo soprano
Serius tak dapat tangkap ape yang dia cakap ..hahaha! tapi anak-anak terhibur..aku pun kagum jap dengar sore die and masa tu..Ooooooowhhh!!! begini rupanye persembahan LIVE soprano. Kekekekek!
Last photo at Forest Music Museum
Kami pun naik bas nak pulang ke rumah Airbnb tapi sebelum tu ingat nak makan kat sini :

Tapi tader rezeki sebab full house. Restoren die pun kecik jer..ade satu meja sederhana besar untuk satu family.
Minum air beli kat vending machine sementara tunggu bas sampai
Lunch kami makanan yang dibeli dari Lawson convenient store pula. Macam biasa, onigiri inti tuna, nasi putih set ikan dan  roti-roti yang selamat untuk dimakan.

Pukul 2:40pm kami naik bas 'green line' untuk ke Saiko Iyashi "no" Sato Nenba (Thatched Houses)

To be continued.....

Thank you for reading!

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.