Trip to Kawaguchiko and Saiko Lake from Shinjuku - Day 1

By Tuesday, December 22, 2015

Assalammualaikum w.b.t

Akhirnya, impian kami untuk melihat Gunung Fuji berjaya. Sabtu lepas, kami menaiki express bas dari Shinjuku ke Kawaguchiko Station. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45minit itu sangat lancar dan tiada sebarang traffic jammed. Cuaca pun sangat cerah tapi sejuk sket la. 


Dari Shinjuku JR station, amik exit south. Lepas tu, ke kanan dan jalan terus. Kalau kat dlm gambar ni..kitaorg dah amik kanan. Keep walking straight then lintas jalan. Lepas tu amik kanan lagi. Teruskan berjalan smpi jumpa KFC then lepas tu amik kiri jalan terus sampai jumpa simpang 4 then masuk kanan pula. Terminal Express Bus tu betul2 berhadapan dengan Yodobashi Kamera. Kalau tak sure, sila google map yer.
Di kawasan menunggu bas, Shinjuku Express Bus Terminal
Sampai sini, terus tukar e-ticket yang dah siap print kat rumah dengan tiket bas di kaunter. Bas kami bertolak pukul 1:10 pm dan kebetulan masa tu bas pukul 12:40 pm ada kosong tapi kami tak nak naik yang awal. Ikut jadual asal jer
Sempat amik phamplet apa yang berkenaan.
Kalau nak beli online ticket bas tu boleh beli and booked kat sini : https://www.highwaybus.com/rs-web01-prd-rel/gp/foreign/frgSelectLine?lang=en

Harga tiket untuk dewasa YEN1750 dan kanak-kanak pula YEN880.

Tempat duduk kami paling belakang sekali. Memang berdepan dengan toilet bas. Tak tau camane nak pilih seat number tu masa buat reservation. Kalau korang dapat tiket number 10 and 11 sah dah korang dok belakang macam kami. Hehe..tapi OK jer, sebab toilet tak de bau busuk langsung maka perjalanan pun selesa.


Kesampaian di Kawaguchiko Bus Station. Sejuks...brrrr...
Sesampai jer, terus pegi ke office ticket sebab nak tau details tentang bas and transportation yang effective nak guna masa kat sini nanti. Masa sampai sini dah pukul 3:00pm dan bas terakhir pula pukul 4:00pm. So tak sempat dah nak jalan-jalan. Jadi kami teruskan perjalanan ke rumah sewa kami. Tak jauh pun, jalan kaki kurang dari 5min dah sampai. Wahh...bahagia betul rasa...hahaha...


Rumah sewa yang menggunakan perkhidmatan Airbnb.Kalau ade sesiapa yang berminat dengan rumah yang kami sewa ni boleh check kat website Airbnb : https://www.airbnb.com/rooms/7656783?eluid=1&euid=15786276-2970-4e39-1252-affdfbd9d625

Beautiful hand writings by Sushi / Mitsui San! Thank you!!!!
Hallway ke main hall. Rumah Jepun ni kecik jer. Tapi sumer lengkap. Bilik ade 2. Boleh muat maximum 5 orang dewasa.

Peralatan memasak juga disediakan


Dapur yang ni jer la. Ok la, takat nak masak meggi ker, goreng telur ke sebab nasi segera banyak dah jual kat 7-Eleven. So, tinggal panaskan ajer dalam microwave

lengkap dengan peti ais, cerek dan microwave. Senang jenjalan dengan anak kecik kot2 nak minum susu ke kan



Room number 1 : Japanese style room called "tatami room". Sedap tido atas set futon ni..sooo comfy!!!

Another view of tatami room

Nak basuh baju? pun tade masalah!
Room number 2 with two single beds.
Nak tau ape yang paling best pasal rumah ni? Tu dia...bukak balkoni terus mata tak puas dok tatap Fuji San. Riang ria hati gembira bahagia. Chewwahh!!!
kemain kan, minum kopi panas kat balkoni berlatar belakang kan Fuji San!
Ini Fuji San di waktu malam. Subhanallah...terlalu cantik susah den nak kobar kan kek sini...Rezeki kami sebab awan pun tade hari yang kami sampai tu. Jadi, nampaklah bintang bintang bertaburan di angkasa langit.
Dinner kami malam itu.



Luas kedai ni. Selain dari meja yang style macam ni, ada juga few meja yang disediakan khas untuk family yang ada kanak-kanak ribena. Waiter and waitress juga fasih berbahasa eigo ( English language ). 
Menu kami malam itu. Kat sini, ade tamago juga as tempura. Bila belah tengah-tengah , egg yolk die still ade cair-cair gitu..fuhh..5 bintang terus!.







Sejuk-sejuk memang best makan set tempura ni. Layan habisss!!!
Ini sos bawang yang dimakan bersama tempura. Sedap sangat okeyyy..ala2 sos cili tapi cair and warna agak gelap tanpa rase pedas langsung. Rugi pula tak beli sebotol bawak balik Tokyo.
Bila dah habis makan, perut  kenyang sampai nak naik tangga rumah  pun semput...hehehe..
Alhamdulillah...tamat cerita kami untuk hari pertama di Kawaguchiko.Nantikan esok kami jalan-jalan ke :

1) Kachi Kachi rope away
2) Kawaguchiko music forest museum
3) Saiko Iyashi no Sato Nenba

You Might Also Like

5 comments

  1. yaAllah bestnye nany...untung dpt jalan2 tgk budaya negara org....semantara kat sana puas2 laa round2 jepun kan.... seronok lieya bace...pic lawo2...pastu info pun details gileeeee..senang kalo kata org nak buat rujukan.... mknn jepun tu lieya suke...lagi2 kalo sashimi die...kat sane okey ke nany...boleh ke makan sashimi die....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer lia nak makan sashimi die..tapi nany tak leh masuk tekak sangat..haha...sushi ok lagi suke gak..Cuma sos kicap die ade yg letak alkohol and ade yang tak letak pun macam Kikkoman OK.

      Delete
  2. kak.. ayu jeles.. hahaha.. ayu nak pi lagi lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..Ayu! before balik Malaysia pergi la semula. Semoga diberi kelapangan dan murah rezeki Ayu untuk melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Illahi... :)

      Delete
  3. Jatuh cinta ngn gunung fuji berlatar belakang bintang tu . Arggghhhh cantiknyeee.Subhanallah.

    ReplyDelete