Jalan jalan di Edo Wonderland

By Sunday, January 24, 2016 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Selepas jalan jalan di Tobu World Square esok nya kami ke Edo Wonderland pula. Tempat tunggu bas sama nak ke Tobu World Square di Kinugawa Onsen Station.

Dari Tobu-Nikko train station sila tunggu di platform 1 untuk ke Kinugawa Onsen. Jangan lupa check jadual train, masa dan number platform .
Kat dalam train..berjaya gak amik gambar berdua tapi ada gak makhluk kat belakang tuh nak jugaaaaaa masuk dlm kamera khenn..isk.isk..sik
Dari Tobu-Nikko Station untuk ke Kinugawa Onsen, perlu tukar train di Shimo-Imaichi terlebih dahulu. Masa ni sangat krtikal sebab gap masa yang kami ada adalah dalam 3 - 5 minit saje. Turun jer dari train 1st tu, terus lari naik tangga untuk ke platform sebelah. Anak-anak pun lawan lari gak masing-masing. Sampai dalam train tu mengah jap..dah nak masuk 40yrs old ni alahai..stamina pun dah tak power macam zaman remaja dulu
Sampai di Kinugawa Onsen Station, terus beratur naik bas. Time kami pegi ni  bas kosong jer maybe Nihonjin balik kampung or gi tempat lain since hari tu public holiday kat sini
Dalam masa 30minit perjalanan maka sampaila kami di Edo Wonderland. Cuaca nampak cerah tapi totemo samui (sangat sejuk)
Tunjuk Kinugawa Pass tu then nanti dapat admission tiket macam ni
Penting ni..kena mintak showtime schedule kot eigo jadi boleh la plan nak gi yang mana satu dulu
Aktiviti pertama di pagi itu adalah memberi kuda ini makan carrot
video 
Show pertama yang kami layan adalah "grand ninja theater". Memang awesome! subarashii!!! 

Persembahan cukup mantap dan penuh aksi. Seriously, kalau pergi sini wajib tau korang gi tengok ni.

Bersama barisan pelakon 'ninja' 2016


Next agenda..is feeding the fish! ..oh mann!!! geram sungguh tengok ikan-ikan ni. Pandai buat mulut bulat macam tu sebab nak makan punya pasal. Rasa nak sauk jer buat jadi lauk! hahaha...

Gemuk-gemuk ikan ni tapi still kelaparan. Leka la budak-budak ni dapat buat aktiviti macam ni

Suasana di dalam Edo Wonderland ketika musim winter

Ada persembahan di kawasan terbuka. Jadi, tak perlu nak beratur masuk untuk duduk. Boleh jer nak duduk or berdiri kat mane pun janji tak menghalang pandangan orang lain

Khusyuk layan performance sambil kunyah potato chips

Ini mascot Edo Wonderland yang diberi nama Nyanmage. Sempat juga amik gambar sama-sama

Rules to enter house of illusion ( Ninja Kai Kai Tei)


Rekaan binaan rumah ini sememangnya senget. Patutla dalam tu rase pening and tak leh berdiri straight..aiyoooo!!

Ini bukti nyer...haha! nak amik gambo pun susah

Lepas masuk rumah yang pening lagi memabukkan tu, kami layan show "mizugei-ga' ( the water magic tricks). Nak masuk sini kena bukak kasut dan  masukkan dalam plastik yang disediakan. Mungkin untuk mengelakkan kesesakan  masa nak keluar nanti or takut kasut hilang / tertukar

Tiada kerusi disediakan. Jadi, semua orang kena duduk bersila atas lantai

Walaupun tak faham apa yang nihonjin ni cakap tapi kami sangat enjoy dengan persembahan mereka. Terhibur tengok!

Terdapat juga tempat untuk belajar membuat senbei - sejenis biskut yang bahan utama nya dibuat dari beras. Memula ingatkan senbei ni digoreng, rupanya dibakar.

Sumimasen! isshoni shasshin o tomarimasenka. Haiii!!!

Omiyage - souvenir


Boleh juga menyusuri anak sungai ( O-hori Canal) mengelilingi Edo Wonderland. Sampan yang digunakan juga sangat tradisional. Tader enjin, kena dayung manual


Kawasan lapang yang penuh dengan alat permainan tradisioanl masyarakat Jepun pada zaman edo. Dapat la budak-budak ni menghiburkan diri masing-masing

Di Edo Wonderland juga merupakan lokasi perfileman cerita-cerita ninja

Persembahan terakhir sebelum kami pulang. Oiran parade

Tertarik sangat melihat unik nya parade ini berlangsung. Pakaian, dari rambut sampai la ke kuku. Cara mereka berjalan pun lain dari yang lain. Kalau tengok sekali, macam menari jer..ke depan ke belakang sebab tu la lambat nak sampai. Hehehe

Mungkin ada lagi persembahan selepas parade tadi. Tetapi ,kami terus pulang kerana perlu mengejar train dari Kinguwa Onsen Station untuk pulang ke Tokyo


Untuk sesiapa yang berminat boleh juga menyewa costume traditional Nihonjin di sini.


Jom balik!!!!
Memang menarik dan lain dari yang lain pengalaman berjalan di Edo Wonderland ni. Dapat melihat cara hidup termasuk pakaian, permainan, pertanian, seni mempertahankan diri - ninja di zaman edo. Hampir kesemuanya dijaga dengan rapi dan baik sekali. Ada juga kemudahan khas untuk parents yang ada baby seperti nursing room jadi tak perlu risau kalau  nak tukar diapers or breastfeed your baby.

That's all and thank you for reading!




You Might Also Like

2 comments

  1. rindunyer nikko...
    last year pi pun skyjou jer
    nany tua setahun dari ai
    kena pangey kak nany ker??
    ai 34 this year but now still 33 sebab bufday on dec hahahaha....
    nihongo adam oniichan mmg jyozu sebab since youchien dia belajaq khen now dah nak masuk 5 nen sei dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! oi..tak yah la panggil kakak..macam ni dah OK. Lagi mesra gittewww...hehehe ..sure teringat memori lama ni Tochigi kan..lama gak kan dok situ..

      Delete