Rumah sampah di Jepun

By Thursday, January 14, 2016 ,

Assalammualaikum w.b.t

Entri tema kebersihan ini adalah yang  nak sangat saya kongsikan dengan kawan-kawan di Malaysia.  Melihat bagaimana mereka menguruskan sampah di sini termasuk keadaan rumah sampah di Jepun yang bersih dan terurus menyebabkan saya terkesan dan menyedari yang negara kita terlalu jauh untuk dibandingkan.

Jepun adalah sebuah negara yang sangat berdisplin dan sistematik. Jadi, kadang-kadang arahan dan cara pembuangan sedikit berlainan mengikut prefecture  dan bandar. Sebagai contoh, ada yang perlu menggunakan plastik khas yang telah ditetapkan mengikut standard dan piawaian tersendiri. Namun begitu, mereka masih mengekalkan konsep *5S, Quality circle, Quality Assurance, Continuous Improvement ataupun Gemba Kaize. Iaitu asing, susun, buang, piawaian dan displin (*buku Samurai Kampung Medan)

Ini adalah  rumah sampah di kawasan perumahan saya
Secara amnya, mereka telah mengasingkan sampah-sampah di sini kepada beberapa jenis :

1)  燃えるごみ (もえるごみ - moeru gomi - sampah yang boleh dibakar
2)  燃えないごみ (もえないごみ - moenai gomi -sampah yang tidak boleh dibakar
3)  粗大ごみ (sodai gomi) - sampah yang bersaiz besar
4)  資源 ゴミ(shigen gomi) - sampah yang boleh dikitar semula 

Botol minuman (PET bottle) sepatutnya perlu dibasuh dahulu dan penutupnya perlu dibuang berasingan.
 燃えるごみ (もえるごみ - moeru gomi - sampah yang boleh dibakar dan dihapuskan) seperti contoh sisa makanan, kertas-kertas kecil dan sisa-sisa dapur.
Ini pula bekas polystrene yang sudah dibersihkan dahulu sebelum dibuang
moenai gomi - semua bateri yang tidak boleh digunakan lagi sila letak di sini
Tulisan atas di sebelah kiri dalam katakana yang berbunyi " pu ra go mi" yang bermaksud sampah plastik dan sebelah kanan pula adalah simbol recycle.
Di satu sudut yang lain terdapat tempat khas untuk sampah yang teridiri daripada kertas seperti contoh; majalah, suratkhabar dan buku.  Menariknya, rumah sampah mereka ini siap  dilengkapi dengan sistem ventilation. Tujuannya adalah untuk megelakkan rumah sampah ini dari berbau
sodai gomi - sampah yang bersaiz besar diletakkan di luar dan perlu ikut rules mengikut kawasan masing-masing. Bayaran mungkin akan dikenakan mengikut saiz dan berat sampah tersebut

Sampah-sampah akan diambil mengikut jenis pada hari yang sudah ditetapkan. Lori-lori sampah di sini juga tidak berbau  mungkin disebabkan sistem pengasingan sampah yang dilakukan  terlebih dahulu. Setiap hari ada petugas yang pangkat pakcik / makcik memantau keadaan rumah sampah ini. Mereka akan mencuci lantai simen dan menyusun kembali sampah jika ada yang tidak membuang pada tempat yang betul.
 Kotak minuman susu yang sudah dibersihkan, siap gunting dan disusun sebegini rapi dan kemas (macam lepas gosok baju, lipat susun elok-elok dalam almari)
Tin aluminum yang siap diasingkan
Tiada di fikirian mereka tentang "Kesian pakcik atau makcik cuci..kalau kita buat semua nanti mereka tak de keje la pula". Rakyat Jepun memainkan peranan masing-masing sehingga terlihat  kerjasama berpasukan mereka. Mungkin di sekolah juga sudah diterapkan amalan-amalan untuk menjaga kebersihan.
Sebab konsep susun  ada di dalam konsep 5S mereka
 
Pada mulanya saya juga  ambil masa dan usaha juga untuk follow rules mereka di sini. Tapi lama kelamaan rasa biasa dan seronok dapat buat macam ni. Terasa sama 'berkualiti' dengan mereka. 
Perkara yang sedikit ( sikit jer yer ) mencabar untuk saya  adalah confuse dengan jenis sampah yang nak diasingkan. Sebagai contoh..ni dibuat dari  plastik or aluminium..or kaca ?? tapi ended up, saya letak jer kat atas tempat yang macam para tu supaya senang pakcik tu nak asingkan.

Moga perkongsian saya di sini dapat mengubah sikap negatif yang datang dari tangan kita sendiri. Belajarlah berhenti membuang pembalut makanan, gula-gula, putung rokok dari dalam kereta ketika di atas jalan. Didik anak-anak untuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Kita mulakan dari sekarang dan dari rumah supaya generasi yang akan datang adalah lebih berkualiti dan terus dapat menikmti udara yang segar dan bersih. Bukankah agama ISLAM itu sendiri  menuntut umatnya menjaga kebersihan.

Kita ambil contoh yang baik dan cuba praktiskan pada diri sendiri yer. Mungkin usaha kita yang sedikit ini lama kelamaan akan membuahkan hasil di  masa hadapan. InshaALLAH..












You Might Also Like

7 comments

  1. Dlu masa mula blk dr france, niat makcik nk recycle semanga,mmg beriya gi pusat recycle tgk dh tutup, cal mbsa byk kali, katanya kena byr lori, kami ckp ok,nati dia akn cal blk, smp ke sudah senyap.akhirnya, makcik buang je sume dlm tong sampah biasa.(brg besar2 mcm rak buku, kaca gitu)

    ReplyDelete
  2. ya Allah nany...ni laa paling lieya suke bab jepun...kebersihan tiptiop...mcm ni le bagus....tgk le rumah sampah die 1000 kali ganda bersih dari rumah sampai mlayaisa....malaysia punye pakej dgn ulat dan bau busuk lagi tauuuu hahahahhahaha...mmg terbaik lah.... kemas dan sistematik sgt sistem pungutan dieorg...

    lieya ade kawan U dulu yg jadi penduduk tetap kat kyoto sbb husben die keje sane...mmg selalu skodeng fb blog die bace kisah2 die kat sana...teruja bab2 kebersihan ni lah....

    ReplyDelete
  3. Dedulu masa mula smpi 7 years ago mmg blur bab sampah ni😅😅😅
    But displin tu akan dtg sendiri bila tgk displin nihonjin sendiri😊
    Nice n3

    ReplyDelete
  4. setuju lieya..mmg terbaekkkkk la jepun..bersih ya amat kan :)..mmg tahap kebersihan tip top mcm kata lieya..

    tringin nk bawak anak3 gi Jepun sgt..nk tgk budaya, kebersihan dll..itu semua kita kena contohi kan :)

    ReplyDelete
  5. Yes nani. Aku pon kat sini bila buang sampah teringat kat malaysia. Sebab system kat sini so logic and easy malaysian dah ready for this. But dato' bandar kena start. Kat canada sampah diasing as recycle(polysterinne, box, paper,glas botle even plastic they can recycle), compose(all food stuff, diapers, sanitary pads, tisue-all these they process as compose and given back for citizen free untuk bajakan tanaman mereka) and garbage(sebb most sampah kite dah masuk category berguna diatas sampah yang dibuat amat sedikit-this goes to landfill). All citizen participate rensposibily. Harap malaysia will do this soon.

    ReplyDelete
  6. sangat sangat disiplin dan teliti dorang kat sana..respect giler..
    jangan compare ngan malaysia nanny..memang jauh panddang dari api..sedih..

    ReplyDelete
  7. Perfect summary utk jepun. Even nanie yg tak pernah pergi sana memang tergambar tentang Kebersihan dan disiplin.

    ReplyDelete