Tips and review Yakiniku-Panga Restaurant (updated!!)

By Thursday, January 28, 2016 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Sabtu lepas, kami dinner di Yakiniku-Panga Restaurant yang terletak berdekatan dengan Station JR Okachimachi.

Cara untuk ke sana dari Station Shinkoiwa :

Shinkoiwa --------- Akihabara (JR Chuo Sobu Line / yellow line)
Akihabara ----------Okachimachi (Yamanote Line / green line)

Setibanya di Okachimachi Station, anda akan lihat Uniqlo di sebelah kiri
Di hadapan pula adalah Ameyoko
Sila ambil kanan dan jalan terus ke hadapan. Terdapat beberapa simpang , jalan sehingga jumpa bangunan TAKEYA Mall berwarna ungu
Pemandangan di sebelah kanan jalan
Tungu lampu isyarat bertukar warna hijau sebelum melintas. TAKEYA Mall di hadapan.
Bila berada di hadapan TAKEYA Mall. Amik kanan dan jalan beberapa langkah. Pusing kiri pada simpang pertama. Landmark nya adalah apabila terjumpa Bank SMBC.
Teruskan berjalan
Nanti akan lalu kedai sayur and buah buahan ni. Terus lagi berjalan
Jumpa 1st simpang then amik  kanan
Jalan jer terus
Sampai jumpa playground ni. Jalan lagi
Sampai jumpa As-Salam Mosque di sebelah kiri.
Lepas tu, jalan jer lagi sket sampai jumpa simpang. Then, amik kiri
Jalan straight sampai jumpa another playground
Jalan dan jalan lagi..sampai jumpa ni kat sebelah kiri

Sebelah kanan pula ada KUMON centre
Dari KUMON Centre tu tak jauh dah. Dalam 100-200meter jer. Bila nampak bumbung hijau ni maknanya dah nak sampai dah kedai tu. Kedai bumbung hijau ni ada 2 bahagian. Kiri dan kanan. Sila amik yang ke arah kanan
Jalan terus dan bila jumpa Kedai Indian ini, maksudnya dah nak sampai la tu
Okey dah sampai. Penat tak berjalan? hahaha! senang jer actually, wlupun kelihatan complicated kannn

Info berkaitan Yakiniku-Panga Halal Restaurant :
Opening hours : Open Daily (無休)
                 Mon-Sat(月-土) 11:30 - 23:00
                 Sun,Holiday(日,祝) 17:00 - 23:00
 
Address          :  3-27-9, Taitou, Taitou-ku, Tokyo 110-0016

Phone             :  03-3839-8929 (+81-3-3839-8929)
 
p/s : Jangan lupa telefon dulu yer untuk membuat reservation.
 
Menu-menu kat sini ada unsur K-POP. Semua side dish adalah makanan Korean. Sesiapa peminat kimchi, bimbibap tu boleh la nak try .


Kami try menu ini juga. Num 37 ( Seafood Buchimgae) Owhh!! rase die macam makan cucur udang, boleh kenyang tau kalau makan ini jer
Main dish. Kalau nak tau, yang kat tengah tuh was innards ( macam perut lembu kot) Liat..so, kalau korang nak tukar dengan ayam pun boleh juga. Takut budak-budak tak makan
Real looks of seafood buchimgae. Oishikatta!!!
Side dish sayuran tu memang die akan bagi. So, nasihat aku..tak yah la order sayur lagi kecuali korang adalah herbivor. Haa...yang tu takper! Air tu pulak air ko-hi ( coffee ) . Pilihan air tak banyak macam kat Malaysia, limited sangat. So, untuk kanak-kanak kami order air jus oren jer segelas kongsi 3 orang.

Sayur yang macam daun sireh ni, kena makan dengan daging yang dah dibakar tu. Caranya mudah, balut jer daging dalam tu, lipat-lipat terus masuk mulut. Sedap juga!
Maka, proses pembakaran pun bermula
Sos perapan die tu sangat sedap. Ada masin and manis, cukup rasa la pada pendapat aku.
Sebab takut tak cukup, maka kami mengambil tindakan bijak dengan meng'order' daging ayam pula. Ternyata, pilihan kami tepat..hahah! tapikan...anak-anak aku pun suker daging gak sebenarnya...ayam ni, slow sket la nak jalan. Tapi habis gak akhirnya, kecuali innards tadi.
Makan dengan sungguh selera sekali. Si kecik tu, gi letak perahan lemon dalam nasi die. pastuh complaint la 'masin' (sebab tak tau nak explain, rasa masam tu camane, jadi die main pick jer mana-mana words yang die rase sesuai) hahahah!! 
Contoh bapa penyayang dan mithali :P .  Daging kena hiris dulu kecik-kecik, sebab mulut derang kan comel ajer..kang takut tercekik lak. :)
Selesai dah. Alhamdulillah
Total harga makan dinner kami untuk malam itu tak silap aku dalam YEN8,000 kot. Murah la sket dari Yakiniku Wagyu yang kat Yoyogi tu. Tapi still, tak leh beat kesedapan kat sana tu. Hehehe..padan la dengan harga. Seterusnya , kita tengok interior dalam restaurant ni macam mana. Restaurant ni 2 tingkat, which is aku rase besar la jugak untuk kedai di Jepun ni. Mungkin sebab konsep yakiniku kot..jadi kena complies with all safety and regulations. Termasuk la space kedai ini. Unlike, ramen yang very simple dish tu sebab macam makan megi jer kan, jadi mmg style restaurant pun lain lah. 









Ok, sekian untuk laporan jalan jalan makan halal kami ke Yakiniku-Panga Halal Restaurant di Tokyo. Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang mencari kedai halal di Tokyo nanti.
 Thank you for reading!
 

You Might Also Like

3 comments

  1. Kakak. April spring sy dtg sana. Boleh jumpa kan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehhhh!!!! meh dtg nanti akak bwk gi jalan cari makan ramen halal..hahah! Tapi End April akak dah balik..huhuhu

      Delete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.