5 DIY Skin Care Paling Jimat dan Mudah

By Sunday, March 20, 2016

Assalammualaikum w.b.t

Cerita yang ingin saya kongsikan kali ini adalah tentang 5 DIY Skin Care yang anda boleh buat sendiri di rumah.Malah jika dilakukan bersama anak-anak  ianya dapat dijadikan pembelajaran dalam memperkenalkan warna dan buah-buahan yang ada kepada mereka.
    Rawatan Mata dengan Jem Strawberi

Untuk pengetahuan anda, buah strawberi kaya dengan nutrisi seperti Alpha hydroxy acids (AHAs), vitamin C dan antioksidan yang baik untuk kulit kita. Oleh itu, jem strawberi merupakan kaedah rawatan paling pantas dan mudah yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan lingkaran hitam pada sekeliling mata dan inginkan rupa paras yang berseri. 
Cara-cara :
Terdapat dua kaedah yang boleh anda cuba lakukan. Kaedah pertama adalah yang paling mudah. Beli sahaja jem strawberi dan sapukan pada bahagian keliling mata atau bawah mata dan biarkan selama 5-7 minit sebelum anda membilasnya dengan menggunakan air yang sejuk. 

Kaedah seterusnya adalah dengan cara melakukannya sendiri di rumah. Saya sukakan kaedah  ini kerana tiada bahan pengawet atau campuran lain yang digunakan. Ambil garfu atau pengisar untuk menghancurkan buah strawberi tersebut. Jika anda baru mahu mencuba, cukuplah dengan menggunakan 1 – 2 biji buah strawberi dahulu.


Selepas itu, ikuti langkah yang sama seperti di atas. Hasilnya, bukan sahaja kulit muka kelihatan licin dan bersinar malah ianya meninggalkan bau strawberi yang sedap dan manis!
                   Mask Muka Avocado & Labu
Kaedah DIY skin care yang kedua adalah dengan penggunaan avocado dan labu. Avocado mempunyai khasiat untuk menyokong sel kulit di mana kandungan Beta-Karotin, Vitamin C dan Vitamin E yang tinggi. Kandungan minyak dan lemak yang sihat di dalam Avocado mampu memberikan kelembapan kepada kulit.  

Labu pula kaya dengan vitamin A dan zink. Ianya sangat baik untuk kulit berjerawat kerana kandungan Zink akan membantu mengawal paras hormon dan pengeluaran minyak disamping dapat membaik pulihkan kulit. Menariknya, kedua-dua buah ini mempunyai kebaikan yang serupa iaitu dapat mengurangkan kedutan di muka dan kesan-kesan kedutan penuaan.
Cara-cara :
Campur isi labu organic dengan sebiji avocado dan kisarkan kedua-dua bahan tersebut sehingga lumat. Anda boleh gunakan ‘food processor’, mesin pengisar kering ataupun pengisar basah dengan syarat, perlu masukkan sedikit air untuk membolehkan Avocado dan Labu dikisar dengan sempurna. 

Kemudian, sapukan pada permukaan muka anda dan biarkan selama 30 minit ataupun sehingga ianya kering di muka. Anda akan rasakan kulit muka agak tegang kerana campuran Avocado dan Labu tersebut mengering. Kemudian, basuh muka dengan air suam dan kemudian air sejuk untuk menutup liang pori pada kulit muka. Anda akan rasakan kulit muka terasa licin dan lembap.                                          

Kaedah DIY Skin Care yang ketiga pula adalah dengan menggunakan kunyit dan yogurt.
Mask kunyit
Kunyit digunakan dengan meluas di negara-negara Asia sebagai agen kecantikan dan kesihatan semenjak berkurun lamanya. Ianya terkenal sebagai sistem perubatan Ayurvedik di  kalangan masyarakat India. Bakal-bakal pengantin perempuan juga menggunakan kunyit sebagai sebahagian besar dalam persediaan kecantikan luaran dan dalam untuk memasuki alam perkahwinan.  


Kunyit juga bertindak sebagai ejen antioksidan dan anti radang yang baik untuk kulit kita. Sekaligus dapat mengurangkan kesan parut dan jerawat di wajah.  Ia juga boleh membuatkan tona kulit anda kelihatan lebih sekata. Antara lain khasiat kunyit ialah untuk merawat masalah kulit kering , kulit berminyak, mengurangi kesan-kesan halus dan kedutan di wajah. 

Cara-cara:

Campurkan ½ sudu serbuk kunyit bersama 2 sudu besar yogurt dan kemudian sapukan pada permukaan kulit muka anda. Biarkan selama 20-30 minit dan seterusnya bilas menggunakan air suam. 

        Aloe Vera & Air Mawar

Aloe vera sememangnya terkenal dengan khasiat yang dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Ia juga mampu bertindak sebagai ejen pelembap. Kehadiran dua hormon utama iaitu Auxin dan Gibberellins bertindak sebagai pencegahan anti-radang kulit. Daun Aloe mengandungi  bahan  antioksidan termasuk beta karotin, vitamin C dan E untuk membantu dalam menambah baik pulih keanjalan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit. Campuran aloe vera dan air mawar pula memberikan kesegaran pada muka serta memperbaiki tona kulit.

Cara-cara:

Campurkan sedikit air mawar bersama pati aloe vera dan goncangkan supaya sebati. Kemudian sembur pada permukaan kulit muka anda dan biarkan sehingga ia kering sendiri
                           Mask Pisang & Madu 
Pisang adalah antara buah yang kaya dengan Vitamin A,B,E dan potassium. Kepentingan khasiat potassium ialah dapat mengekalkan kelembapan kulit sekaligus dapat menghilangkan masalah kulit yang kering. Madu pula dapat menghapuskan bakteria, mengelakkan jerawat dan dapat meberikan tona wajah yang sekata dan memberikan wajah yang cerah bersinar.  

Cara-cara:

Ambil pisang yang sudah masak ranum dan dengan menggunakan sudu atau garfu lenyekkan pisang tersebut bersama 1 sudu besar madu. Sapukan dengan rata ke atas wajah dan tunggu sehingga 15 minit. Anda dapat rasakan mask mengering dan selepas itu bilas dengan air suam. Hasilnya amat memuaskan!. Kulit wajah akan terasa lembut dan kelihatan berseri.

p/s : Tips lain, saya hanya menggunakan ¼ dari sebiji pisang kerana ianya sudah cukup untuk disapu rata keseluruhan wajah. Anak-anak saya juga sukakan mask pisang dan madu ini kerana ianya amat mudah dilakukan dan sedap juga untuk dimakan.
 

You Might Also Like

2 comments

  1. rajinnya nany DIY utk kecantikan :)

    serius rajin sgt..kalo saya belum tentu, nak beli yg siap aje, malas nk fikir hhhaaa..kecuali utk dlmn rajin gak la mencari bahan2, rebus, minum..senang :)

    ReplyDelete
  2. pergh.. sedap tu tepek jem kat muka.. silap2 terus jilat ngeh2..

    ReplyDelete