DIY Chocolate cake & toppers cake idea

By Thursday, March 17, 2016 , , , , ,



Assalammualaikum w.b.t
Baru-baru ini, diberi kesempatan untuk membuat kek sempena hari jadi Hannah dan kawannya, Ilmam. Rasa excited dan tak sabar nak try resepi baru ini. Yerla, sebab sebelum ini asyik buat rainbow cake jer. Nak juga tukar resepi tapi takut nak mencuba.

Pengalaman sebagai seorang amateur pembuat kek ini memang kadang-kadang 'menakutkan'. Macam-macam kejadian pernah berlaku. Sebagai contoh, kek yang tengah dibakar nampak naik cantik membukit, bila dah nak masak tetiba mendap ibarat berlakunya mendapan tanah di atas highway atau mana-mana jalan raya. Pernah juga, kek plain saya bertukar menjadi corak berbelang plain 2 lapis. Lapisan atas gebu teramat lembut, manakala lapisan kedua agak keras dan liat seperti bengkang. Itulah bantat namanya. Hohoho..
Nasihat saya..

Jangan putus asa dan kena bersabar. Biasalah, langit kan tak selalunya cerah..kadang hujan di petang hari , takpun sampai esok pagi. Tapi ..pelangi dan matahari itu pasti akan datang suatu hari nanti. InshaALLAH...


Untuk resepi kek saya ambil  dari sini :http://addapinch.com/the-best-chocolate-cake-recipe-ever/
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan serta kaedah untuk membuatnya :

Bahan-bahan membuat kek :

  • 2 cawan tepung naik sendiri / tepung kek
  • 2 cawan gula - saya kurangkan jadi 1 cawan setengah 
  • ¾ cup serbuk koko
  • 2 sk baking powder
  • 1½ sk baking soda
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk espresson
  • 1 cawan susu segar
  • ½ cawan minyak sayuran / minyak jagung
  • 2 biji telur
  • 2 sk vanilla extract
  • 1 cawan air panas yang baru dimasak


Cara-cara


Untuk penyediaan kek :
  • Panaskan oven pada suhu 180 degree C
  • Tambahkan tepung, gula, serbuk koko, baking powder, baking soda, garam dan serbuk espresso ke dalam bekas yang besar.Gunakan spatula atau hand mixer pada kelajuan paling perlahan untuk kacau rata semua bahan-bahan kering.
  • Masukkan susu segar, miyak, telur dan vanilla extract ke dalam campuran bahan-bahan kering. Teruskan memukul campuran tersebut. Kurangkan kelajuan mixer dan tambahkan air panas. Kacau pada kelajuan yang tinggi selama 1 minit.
  • Bahagikan adunan ke dalam pan bersaiz 8 inchi x 3 inchi sama banyak. Bakar selama 30-35 minit ataupun sehingga masak
  • Apabila kek sudah masak, tunggu sehingga kek agak sejuk sebelum menyapu krim pada kek tersebut.
Hasilnya, memang moist dan sedap. Penambahan espresso memberikan rasa campuran chocolate dan caffe bergabung. Cuma, kek ini pada saya sangat manis. Walaupun gula sudah dikurangkan. Rasa frosting nya juga begitu. 5 cups confectioner's sugar memang banyak!. Takut kalau tak follow 100% nanti tak menjadi.

Cara-cara membuat frosting : 
Bahan-bahan :
  • 1½ cawan butter (3 sticks), suhu bilik 
  • 1 cawan serbuk coco  
  • 5 cawan confectioner’s sugar 
  • ½ cawan susu segar 
  • 2 sk vanilla extract
  • ½ teaspoon serbuk espresso  
  Cara-cara : 


  • Sediakan bekas yang besar. Masukkan serbuk koko dan dengan menggukan hand mixer, putar perlahan-lahan serbuk koko untuk memastikan serbuk koko tidak berketul atau melekat antara satu sama lain.
  • Tambahkan butter ke dalam serbuk koko dan putar kembali sehingga adunan menjadi sebati dan "creamy"
  • Masukkan gula dan susu. Mulakan dengan 1 cawan gula dan diikuti dengan 1 sudu besar susu segar. Putar pada kelajuan yang tinggi. Teruskan dengan cara memasukkan susu dan gula berselang seli, diakhiri dengan susu.
  • Apabila adunan frosting yang anda inginkan sudah menjadi. Masukkan vanilla extract dan serbuk espresso. Putar kembali sehingga kesemuanya menjadi sebati.


Maaf, gambar in the making saya tak sempat nak ambil. Tapi, frosting jenis yang ni memang 'kukuh' dan agak stabil. Cuma, kurang sifat 'creamy' nyer di situ. Dari awal memang inspired nak buat kek yang disalut penuh dengan kitkat. Antara 'trick' untuk menampakkan kek ini kelihatan lebih kemas di sekelilingnya. Akhir sekali, jangan lupa cari ribbon warna merah untuk menaikkan 'seri' kek ini.

Untuk cake toppers, saya gunakan pinterest sebagai rujukan. Banyak idea on DIY yang dikongsikan di sana. Pilih jer mana yang berkenan dan practical untuk dibuat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah ; kertas keras berwarna hitam, marker pen yang nampak 'outstanding' bila digunakan di atas kertas. Lidi cucuk sate, washi tape or decoration tape (optional).

Kalau pening tak tahu nak tulis macamane..jangan risau sebab penyelesaiannya tetap ada. Sila bukak microsoft programme - word atau power point. Pilih font yang berkenan, tulis semula di atas kertas cup board tadi. Untuk keselamatan bersama , sila gunakan pensel terlebih dahulu. Tapi, jika anda cukup power untuk terus menulis menggunakan marker pen..sila teruskan usaha tersebut.

Kemudian, gunting ikut saiz dan bentuk yang dimahukan. Agak-agak dengan saiz kek yang dibuat. Bila dah siap, lekatkan dengan selotape di atas lidi sate. Kalau fokus dan tiada sebarang gangguan dari anasir luar, InshaALLAH..dalam masa 30minit dah boleh siap.Untuk bunga kipas pula, boleh cari di google taip 'tutorial bunga kipas'

Omedetou tanjyoubi (Happy birthday) Hannah and Ilmam!. Masing-masing dah 8 tahun dan 10 tahun. Dalam banyak-banyak pesanan penaja, mama nak pesan supaya korang jangan lupa solat. Tingkatkan amal kebaikan dan contohilah akhlak Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W (pbuh).


Itu sahaja untuk entry DIY kali ini. Selamat mencuba dan berdekorasi yer!

:)


 





 




You Might Also Like

4 comments

  1. comelnya kek diy.. kte pun fail la buat kt..slalu tgh tak masak.. :)

    ReplyDelete
  2. lapar pulak tengok kek tu pagi2 ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. Uissshhhhh....sedap nampaknya...kita pernh buar ice cream cake and dikelilingi kitkat je..blom cukup berani nk buat kek sendiri..hahahaha...
    tahniah kak nanny...akk mmg sumber inspirasi...hihj

    ReplyDelete