"Hama-Rikyu Garden" taman cantik dan bersih yang tersembunyi di Tokyo!

By Thursday, March 24, 2016 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Siapa sangka di tengah-tengah kesibukan dan pesatnya pembangunan di Tokyo, terletaknya sebuah taman yang cantik dan mendamaikan. Berkeluasan sehingga 250,165 m² dan agak mudah untuk dikunjungi menggunakan  pengangkutan awam.

Antara densha (station train / subway) terdekat adalah :
Menggunakan Toei O-edo Line. Nama Station : Shiodome Station. Jika anda mengambil exit yang betul, maka jarak perjalanannya hanya memakan masa dalam 5 - 7 minit dengan berjalan kaki.  Ataupun, boleh menggunakan water bus ke arah Asakusa melalui Hinode Pier.

Taman ini pada asalnya adalah milik keluarga Tokugawa Shogun dan namanya ditukar menjadi Hama-Rikyu selepas ianya dijadikan istana oleh Kerajaan Meiji untuk didiami oleh keluarga diraja. Sehingga selepas berlakunya Kanto gempabumi yang teruk dan kesan dari peperangan, banyak pokok-pokok dan bangunan/ rumah teh yang musnah. Lalu mereka menyerahkannya kepada City of Tokyo pada November 1945. Selepas kerja membaikpulih dan mecantikkan siap, taman ini dibuka untuk orang ramai pada April, 1946.

Jadi, apa yang menarik nya tentang Hama-Rikyu Garden? . Di dalam taman ini terdapatnya "Flower Garden" yang akan mengeluarkan bunga mengikut musim dan bulan. Sebagai contoh ; pada akhir bulan Februari - Pertengahan  bulan April, anda boleh melihat lautan bunga kuning Rapeseed. Jom kita layankan gambar-gambar di bawah.

Seluas mata memandang
Ini cerita bila baru nak belajar amik gambar guna tripod and self timer. Tak sempat nak kejar 8 saat sebelum sampai ke Nana. Selama ini, suami yang buat semua. Tapi saya tetap happy sebab dapat belajar benda baru dan lebih yakin untuk menggunakan kamera canggih dengan sendiri.
Bunga Rapeseed ini ada mengeluarkan sejenis bau. Selain burung, lebah juga sibuk  mencari 'makanan'. Sesuai untuk photographer beginner belajar mengambil gambar.
Di antara Rapeseed, pokok-pokok hijau dan bangunan konkrit
Ibu dan anak-anak
Ini juga menggunakan tripod dan self timer. Nasib baik menjadi walaupun di photobomb oleh makcik Nihonjin di belakang. Jangan main-main, beliau dan 2 rakannya yang lain juga mempunyai kamera canggih seperti kami :p
 Cantik kan gabungan warna tudung merah dan background kuning.
Jenuh juga  mencari tempat 'best spot' untuk ambil gambar dengan tenang dan cantik. Memang sangat terjaga dan bersih.  Tiada satu pun bungkusan makanan ataupun tin-tin air yang bersepah di taman ni.
Ini Hakim. Budak paling handsome kat Shinkoiwa - gambar dirakam oleh ibunya sendiri, Nana. Pun cantik!
Credit photo - by Nana
Cuaca musim bunga antara yang terbaik. Berangin tapi tidak terlalu panas. Selain dari antara aktiviti berlari ke sana ke mari, boleh juga sediakan 'bubbles' untuk anak-anak bermain.
Aktiviti orang dewasa dan ada yang kategori atuk dan nenek Nihonjin. Melukis! . ( Credit photo - Nana).
Terdapat juga padang yang luas untuk ber'picnic' bersama keluarga. Jangan lupa bawak bekal seperti kami iaitu vanilla cupcake, air kopi kacip fatimah dan nasi goreng Cina.
Vanilla cupcake yang sedap from yours truly. Simple and easy recipe.
Tengok! bahagia sangat kan? siap ada yang baring. Padang ini bukan sahaja luas,tapi rata dan bersih sangat!. Tong sampah juga ada disediakan. Anak-anak juga suka bermain dengan burung merpati tu. Lari-lari dan kejar mengejar.
Berdekatan dengan flower garden, terdapat pokok-pokok plum blossoms. Tetapi, banyak yang dah gugur dan tempoh ianya berbunga memang sekejap sangat. Ditambah lagi dengan faktor cuaca seperti hujan dan angin.
 Pokok pokok pine yang berusia 300 tahun!
 Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam Hama-Rikyu Garden
Setelah 3 jam , maka masa untuk pulang.
Jom balik!

Overall, kalau ada lebih masa anda ke Tokyo, boleh juga masukkan Hama-Rikyu Garden ke dalam itinerary anda. Tengok juga di mana hotel anda tinggal. Bagi sesiapa yang inginkan maklumat lanjut tentang Hama-Rikyu Garden, boleh la click di website :  http://teien.tokyo-park.or.jp/en/hama-rikyu/

Thank you for reading.
 




You Might Also Like

5 comments

  1. Ya Allah nany bestnyeeeee...jeles wooooo.... cantiknye view...ish rase mcm nak golek2 jek atas bunga2 tu haahahahaha...terbayang2 lieya citer hindustan tau....berlatar belakangkan view bunga2 comel mcm tu....bertuah nany dpt jadi perantau negara org....dpt rase semua tu sendiri....lieya ni takat tgk tv jek laaa hahaahahah.... lagi satu, lawonye pokok plum blossom tu.....tu dah gugur tak byk bunga...kalo tgh byk mesti lagi lawoo kan....lieya ari tu ade tgk pic kat alamanda pokok tu...mmg lawooooo.....

    ReplyDelete
  2. apa yg tak cantik kt tokyo...aaarrgghhhhh..jeles saya tau!

    serius..kalo dpt tanam pokok bunga tu depan umah, mmg bergolek gelantang je dlm bunga2 tu hhheee

    ReplyDelete
  3. Cantiknya..duduk situ piknik smbil sketching..wuu mesti best!mood berangan.hehe..

    ReplyDelete
  4. cantiknyaaa !! yaa pemilihan warna sangat penting. nak kena contra. kalo akak pun tudung kuning ehehe.. jadilah minion kat situ =P

    ReplyDelete