JR Tokyo Wide Pass : Day 1 to Gala Yuzawa

By Friday, March 04, 2016 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Let's continue a story on the JR Tokyo Wide Pass .

Kami bercadang dan sudah pun membuat keputusan dengan jayanya untuk menggunakan pass tersebut ke tempat-tempat berikut :

1) Day 1  : Bermain snow di Gala Yuzawa
2) Day 2  : Ito Station - Kawazu Station untuk melihat bunga sakura
3) Day 3 : Ito Station - Pulang ke Tokyo

Day 1 :

Kami booked tiket seawal pukul 8:52am sebab nak sampai awal and nak main snow sepuas hati kat sana. Jadi, bangunlah emak ini pukul 5:00am untuk preparation termasuk menggoreng donut, masak spaghetti olio sebagai bekalan.

Ayaii Sir!!! let's go now!!! (ps : Hannah is wearing her neck shawl 100% crochet by me! ..Weee~~)
Ini pertama kali aku gi jenjalan time peak hour masa Nihonjin nak pergi office. Penuh sangat rapid train dari Shin koiwa Station. Dan ini pula, gambaran di Tokyo Station.
Beratur panjang nak naik escalator. Tapi bagus sebab sumer beratur dengan tertib. Derang ni suka pakai warna hitam kot.
Pukul 8:15am dah sampai kat Tokyo Station. Menunggu la kejap before train kami sampai.
Ini dalam shinkansen ( bullet train )
Ada orang dah terlalu mengantuk sebab bangun awal dari biasa. Tidurlah dalam keadaan begini. Anak oooww anak~~~
Dengan menggunakan shinkansen, perjalanan hanya mengambil masa selama 1 jam 40 minit sahaja.
Dari luar station dah nampak putih memutih
Owh yer, masa nak masuk gate untuk menuju ke train. Gunakan laluan khas yang disediakan. Tunjukkan sahaja pass tersebut. Simpan tiket train untuk rujukan tempat duduk semasa di dalam train nanti. Bila sampai di Gala Yuzawa Station, jangan lupa check jadual train pulang ke Tokyo pula yer. Boleh planned nak rehat, nak sambung main balik ke and nak solat sekali. Kami booked terus tempat train untuk pulang ke Tokyo petang tu.

Sampai sini nanti, boleh tengok-tengok poster, phamplet yang disediakan. Selalunya ada staff mereka yang fasih berbahasa Inggeris sudi membantu.

Ikut sahaja signboard kat mane nak sewa set baju, seluar, boots dan gloves. Dengan JR Tokyo Wide Pass tadi, kita akan mendapat discout untuk sewa winter gears kat sini. Lagi satu, kami datang hari Selasa, so ade lagi discout 20%. Berbaloi kan?

Sila ukur ketinggian masing-masing sebab ada borang  nak kena isi

Lepas tu, kalau tak sure saiz kasut yang mana, boleh la cuba terus kat sini.

Macam-macam saiz ada, dari yang besar smpi la yang kecik
Bosan dah tunggu papa isi borang. Hahaha!! Borang ini die akan suh isi nama setiap orang dengan umur, ketinggian dan saiz kasut

Bila dah siap isi form, bawak form tu dekat kaunter yang disediakan. Hannah tengah try gloves. Kalau tak muat or terlonggar boleh mintak tular yer kawan-kawan!
Taraaa~~~~ dah siap tukar. Sekali bila check , adik pakai kakak punya!!! abang pulak pakai adik punya. Bila kakak nak tukar uniform, tengok apasal yanga de kecik sangat?? hahaha~~~ berpeluh la tukar balik sumer. 

Kami sewa full gears untuk anak-anak dan diri sendiri. Puas hati sebab kain derang ini material yang kalis air, so tade la baju and seluar kat dalam yang kita pakai tu basah. Tapi kalau tak nak pun takper. As for kids memang derang nak main dengan bersungguh kan..so better sewa jer semua.
 
Bila sumer dah ready, kami pun menuju ke arah ropeaway cable car untuk bermain snow




Memang cantik sangat pemandangan dari atas. Putih habis! seronok sangat rasanya.
Nasihat penting atau tips yang sangat perlu diambil kira adalah pemakaian spek mata. Kalau masa matahari tengah memancar terik, tolong pakai spek mata hitam yer. Nak bawak sendrik pun boleh or nak sewa pun boleh. Kalau tak, memang sakit mata, berpinar jer rasa. Hilang mood terus nak main. Kami lupa nak sewa kat bawah , nasib baik kat atas ni pun ade tempat sewa gak.
Keep calm and let's sleding!
Maafkan diri ini kerana jakun dan excited untuk sama-sama bermain sled!
Gigih tarik sled ke puncak
Pasrah sebab kena tarik sendrik
Hari weekdays tak ramai sangat orang.
Focus nyer lahai~~~


 
Dah letih main dengan sled, so kutip snow nak buat Olaf katanye

Tu Olaf ke orang gemok version kerdil?
Merenung sesuatu yang belum pasti

Emak dan anak-anak
Di suatu sudut yang lain
Bila dah kelaparan, kami masuk ke restaurant kat dalam ini. Sled dilarang untuk dibawa masuk ke dalam. Boleh simpan kat luar dengan harga YEN100.

Cara nak beli makanan atau minuman kat sini kena beli and bayar through their machine. Bila dah dapat resit tu, bawa kat kaunter food yang kita nak beli tuh. Kalau tak tau, camane nak beli jangan takut-takut dapatkan bantuan staff dalam tuh. Mereka sedia membantu!
Sebab dah ade bekal spaghetti dari rumah, kami beli pizza jer la kat sini. Pizza sayur-sayuran jer. Selamat nak makan.
Besar dan luas juga dalam ini. Boleh muat ramai orang
Lepas rehat dan makan sambung main lagi
Pesanan kami, boleh main dalam 30minit jer lagi ok?


Untuk sesiapa yang pandai main ski boleh naik gondola ini straight sampai ke tempat die.
Dalam rope away cable car balik ke Gala Yuzawa Station
Pemandangan di luar. Cantik kan?

Sempat lagi nak amik gambar kat sini.
OK!

Dah sampai station, kami solat jamak+qasara terus. Kat mane nak solat? Boleh solat di dalam kawasan bilik persalinan dan locker. Luas sangat dan memang selesa.

Ini kawasan bilik persalinan wanita. Kat luar tu...ade banyak locker. So, kami solat kat situ
Hannah is taking her ablution :)

Lepas solat kami pulangkan segala baju dan alatan yang kami sewa tadi. Jangan lupa simpan resit tadi sebab die nak tengok balik.

All in all, kami sangat berpuas hati dapat menjejak kan kaki di sini. Satu pengalaman manis bersama keluarga yang takkan kami lupakan. Alhamdulillah..for the good and bad.

That's all and thank you for reading!



You Might Also Like

3 comments

  1. ya Allah..seronoknya main snow!!

    bukan aje anak3 tringin, dgn mak budak pun tringin nk rasa snow hhheee..

    bertuah awak :)

    ReplyDelete
  2. Bestnyer,,,cnfirm ank2 happy sgt2,..

    walaupon nmpk ramai dkt station tu, tp semua nmpk tersusun n beratur elok j naik eskalator.

    ReplyDelete
  3. KAKKKKK!! nape la sy x ambil gambar se perfect akak. sy pergi GALA YUZAWA juga masa trip ke jepun masatu

    ReplyDelete