JR Tokyo Wide Pass : Day 2 & 3 to Kawazu Zakura Festival

By Thursday, March 10, 2016 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hari ke 2 dan ke 3 kami berangkat ke Kawazu untuk melihat keindahan bunga sakura. Kali ini, kami bertolak sedikit lewat sebab nak relaks sket lagi pun kami check in hotel. Jadi, ada banyak masa kalau compare dengan balik hari.

Kalau semalam berhimpit-himpit dengan orang lain yang  nak pergi kerja, tapi hari ini train Rapid untuk ke Tokyo Station agak lengang sebab kami bertolak dari rumah pukul 9:30am
Train kami pukul 11:00am (Super View Odoriko)
Limited express train dah sampai. Siap bercorak bunga sakura lagi!
Keadaan di dalam limited train express Superview Odoriko. Nama pun Superview sebab tu tingkap dalam train ini luas dan besar. Pemandangan pula, kiri kanan laut dan gunung ganang. Memang cantik!
Pagi tu, sempat masak nasi goreng sebagai bekalan.Jadi, makanlah dengan sungguh berselera sekali.Hehehe~
Kat dalam train ini juga ade disediakan snack bar dan kadang-kadang staff mereka akan lalu dari satu gerabak ke gerabak yang lain. Mungkin cara ini lebih mudah untuk penumpang-penumpang memandangkan kedudukan snack bar agak jauh (bergantung kepada lokasi tempat duduk kita)
Perjalanan dari Tokyo Station ke Ito Station mengambil masa selama 1 jam 39 minit.
Setibanya kami di station, owner rumah yang friendly dan baik hati, Kaname San datang menjemput kami
Tengok dari luar tak macam tempat tinggal kan
Bilik yang kami sewa terletak di atas. Takde lift, jadi gigih la angkat luggage ke atas. Nasib setingkat ajer
Tempat berehat, minum teh dan kopi
Sebab rumah ni used to be a restaurant, so banyaklah segala perencah masakan yang disediakan. Dan yang bestnya! kita pun boleh guna jer secara percuma
Cantik interior dalaman die
Ini bilik kami
Owner rumah ni baik hati, bagi pinjam slide anak die untuk anak-anak kami main
Selepas makan ala kadar dan solat, kami pun keluar rumah menuju ke Ito Station untuk ke Kawazu. Kami naik limited express train jugak, so nanti jangan lupa tunjuk pass tersebut dan cakap nak book tempat duduk. Nanti die akan keluarkan tiket lain khas untuk ke Kawazu Station.

Tak ramai pun orang petang tu. Mungkin sebab kami pergi time weekdays
Pemandangan dari dalam train menuju ke Kawazu
Wee~~~~ kesampaian sudah
Turun dari escalator terus bergambar kat poster ni.
Ok, jom kita mulakan perjalanan.
Kat Jepun ni, orang tua memang ramai yang masih bekerja. Kebanyakan, kerja yang mudah-mudah la contoh nya macam Pakcik Nihonjin ni..jaga traffic.
Lepas jer lintas traffic light tadi, teruskan berjalan sedikit ke hadapan dan akan nampak banyak street foods kat sini. Kebanyakan menjual makanan-makanan, buah-buahan, hidupan laut yang sudah dikeringkan.
Udang geragau kot?
Pelbagai jenis keluarga limau
Ikan kering
Sampai sekarang tak tau apebende la ni
Kitaorg tak beli pape pun kat sini. Kecuali test kuih and kismis sket sket..hahah!
Gerai-gerai tersebut memang terletak dengan arah yang sama untuk melihat pokok bunga sakura ni. Memang cantik sangat pemandangan sepanjang Sungai Kawazu ni. Sebenarnya, kalau nak cover betul-betul, kena berjalan sejauh 4km. Tapi kami rasenya cover dalam 1 km jer kot..hahaha!
Uniknya di Jepun, musim bunga sakura tidak berlaku dengan serentak. Contohnya, di Kawazu pokok sakura mula mengeluarkan bunga pada 10hb Feb sehingga awal bulan March. Boleh rujuk website kat sini untuk lebih lanjut ; http://www.kawazu-onsen.com/eng/

Di Tokyo , sakura baru nak mengeluarkan bunga. Masih belum rimbun lebat lagi. Tak sabar nak ber o-hanami di sini pula.
 Cantik sangat kan? Subhanallah~~~

Selepas 5-6 kali percubaan bergambar bersama
Let's walk towards the success~~~
My baby koala
 Jalan terus sampai ke sini. Then, lintas jalan menuju ke kawasan laut.


 Sejuk sangat kat sini. Dengan angin nyer..fuhhhh~~~
Memang sesuai kalau nak berphoto shoot
Hannah chan!

Kami memang datang sini untuk tunggu sampai malam. Lain suasananya bila bunga sakura dilimpahi dengan cahaya lampu dari atas dan bawah.
Opss!! tetiba ade wartawan dari Channel 7 TV Tokyo datang terjah. Hehehe~~
Uwais pun kena interview jugak

Lepas habis bersakura, kami pun pulang ke Ito Station. Masa tu, express train dah tade. Jadi, kami guna local train saje. Masa perjalanan jadi sejam instead of 40 minit. Perut pun dah lapar, jadi singgah sebentar untuk makan tempura
Set tempura yang disaluti dengan tepung dan digoreng dengan minyak yang panas. Dimakan pula dengan sup miso.Sejuk-sejuk macam ni, dah la memang lapar..memang habis licin la jawabnya.

Malam tu kami kepenatan. Masa untuk tidur~~~~. Pagi bertolak balik pada keesokkan harinya
Ito Station di pagi hari. Cuaca hari itu hujan turun renyai-renyai. Nasib dah pegi Kawazu semalam nya. Kalau tak berpayung la kami nak tengok sakura


Train kami untuk ke Tokyo sudah sampai. Masa untuk pulang ke pangkal jalan. Terima kasih kerana sudi membaca kisah kami ke Kawazu.

You Might Also Like

3 comments

  1. ya Allah nany....sukenye lieya tgk....tengkiu sgt2 share gambar2 cantik nieh...dpt gak org malaysia tgk pic2 sakura yg super duper lawa nieh.....siap ade train khas pic sakura....bestnyer...lawoo sgt2.....

    seronok pi cuti kat jepun ni kan nany..serba serbi bersih ajek...tgk le dlm train tu leh golek2 baring kat lantai hah punye laa tahap bersih die tip top....

    ReplyDelete
  2. bestnya nany.. boleh tgk bunga sakura..lawa2 gambar bunga u capture.one day insyallah i nk travel ke sana juga..mmg jatuh cinta dgn jepun dr sekolah lagi.hihihi

    ReplyDelete
  3. Salam sis, sy nak mintak tolong sikit. boleh x bg route yg guna JR Tokyo wide pass untuk ke sini(kawazu)..sy dah cuba guna google tapi sedikit keliru..minta sis emailkan pada saya lovely.purple09@gmail.com terima kasih

    ReplyDelete