Kisah Pakcik Nihonjin (Japanese) dan tanda Halal.

By Wednesday, March 30, 2016 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Semasa kami ke Shinjuku Gyoen baru-baru ini, kawan saya ingin membeli keropok di sebuah kedai yang menjual snack dan makanan halal. Ceritanya apabila Pakcik Nihonjin si penjual,  tidak pasti samada ejaan HALAL di dalam tulisan jawi tersebut betul ataupun tidak. 

Kawai desu ne (comel kan?)

Lalu kawan saya pun membantu beliau membetulkan ejaan itu semula. Terkagum kami dengan usaha bersungguh beliau. Begitu teliti dengan apa yang dilakukan. Bukan sahaja jujur, tetapi menjaga hati dan sensitiviti para pelanggan.

Jujurnya, bukanlah isu besar mana pun dan kami juga faham kalau ejaan jawi itu tidak betul ataupun kurang tepat. Beliau juga boleh sahaja meniru di atas plastik bungkusan keropok udang tersebut. Tetapi tetap memilih untuk  bertanya. 
Dan Pakcik Nihonjin ini  juga sangat sporting untuk membenarkan gambarnya diambil sambil buat posing ala-ala SinChan.

Peaceeee!!!!







You Might Also Like

5 comments