Bila Anak-Anak Memasak : Resepi Biskut "Famous Amos" Homemade yang sedap

By Monday, April 18, 2016 , , , , , , , ,

Assalammmualaikum w.b.t

Setelah siap projek membuat topi chef, kini tiba masanya untuk topi-topi itu beraksi dengan tuannya. Baiklah, kali ini chef-chef cilik nak kongsikan satu resepi biskut famous amos yang sangat sedap. Walaupun menggunakan pelbagai  bahan, tapi don't worry sebab rasanya tidak akan mengecewakan. Paling best, bila kita dapat kawal kuantiti gula di dalam biskut ni.

Jom kita semak bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan biskut "famous amos" yang bukan sahaja sedap malah berkhasiat.

Bahan-bahan :
Cara-cara membuat :

1) Pukul butter bersama gula perang sehingga bercampur sebati ( dalam 5 minit  pada kelajuan sederhana)

2) Masukkan pula telur dan pukul lagi sehingga adunan bercampur sebati
3) Akhir sekali, masukkan bahan-bahan kering yang lain. Tepung gandum, serbuk soda bikarbonat, baking powder, garam, chocolate chips, kekacang, oat dan parutan cokelat masakan. Gaul kan sahaja menggunakan tangan atau senduk kayu.
4) Apabila kesemua bahan-bahan sudah digaul sebati dan bercampur mesra bolehlah mulakan proses membentuk biskut.
5) Susun biskut di dalam tray dan bakar selama 10minit pada suhu 180degree Celcius. Tunggu sehingga biskut sejuk dan kemudian bolehlah dimakan.
Sementara menuggu waktu solat Isyak, Hannah pun makan dengan seleranya. Oishii katta!
Sekian untuk cerita hari ini dan salam sayang dari tiga chef cilik.

Terima kasih kerana sudi membaca!

p/s : Maaf kerana saya tidak kira berapa jumlah biskut yang dapat dihasilkan kerana anak-anak membuat pelbagai bentuk dan saiz. Layankan ajer...

You Might Also Like

3 comments

  1. wah kemain chef cilik beraksi..
    amek resepi yer nany..

    ReplyDelete
  2. nmpk happy ank2.. byk letak chip tu..confirm sedap sgt nih

    ReplyDelete
  3. Wahhhh chef cilik ni dah pandai buat cookies. Bestnyaa !

    ReplyDelete