Jalan-jalan ke "Railway Museum" di Bandar Saitama

By Saturday, April 02, 2016 , ,

Assalammualaikum w.b.t
Ini cerita kami ke Railway Museum di Saitama baru-baru ini. Museum yang sangat besar dari Ground Floor sampai ke Roof Top (tingkat 4). Setiap level ada daya tarikan yang berlainan. Sesuai untuk kanak-kanak hingga lah orang dewasa.
Museum yang banyak menyimpan sejarah tentang perubahan teknologi pengangkutan awam mereka, iaitu keretapi.
Terdapat pelbagai jenis keretapi sebenar yang dipamerkan. Setelah kami ke sini, baru tau bahawa keretapi yang mereka ada adalah bukan sahaja digunakan sebagai pengangkutan awam untuk rakyat biasa, tetapi ada juga yang direka khas untuk  keluarga diraja dari zaman Meiji - Taisho dan akhir sekali Showa.
Tengok la!
Tahun 1860 dah ada keretapi jenis lokomotif ( iaitu menggunakan tenaga stim dari arang ). Lengkap dengan pakaian seragam lagi. Walaupun tengok seluar dia sama macam seluar track suit Hannah, tapi dah cukup kagum dengan inovasi dan teknologi rekacipta yang mereka ada ketika itu.
Replika comel interior dalaman tempat duduk para penumpang.
 
Ada beberapa keretapi lama yang masih dijaga dengan elok dan orang ramai boleh mengambil peluang untuk masuk ke dalamnya.
Lantai dan bingkai cermin adalah diperbuat daripada kayu. Namun masih nampak utuh dan cantik
Keretapi electric pertama yang digunakan untuk menghubungkan seluruh tempat di Jepun dalam kategori 'limited express'. Ianya dicipta pada tahun 1965. 
Ikebukuro ini adalah nama station. Masih disimpan untuk menjadi tatapan anak cicit dan generasi masa depan. 
Bahagian-bahagian dalaman enjin yang merupakan mekanisme keretapi juga ditunjukkan.
Seperti yang diberitahu tadi, di museum ini juga anak-anak boleh mempelajari sesuatu tentang pergerakan termasuk daya tarikan dan tolakan. Semua ini ada di tingkat 2, di bahagian "learning zone"
Hannah sedang mencuba menekan butang lampu isyarat dan melihat perubahan warna pada lampu isyarat tersebut.
Ini pula, percubaan menggerakkan tayar di atas 'track' yang disediakan. Kalau pilih bentuk tayar yang salah, maka ianya akan tergolek jatuh di atas net hijau tersebut. Hehehehe...
Kami kemudian ke roof top level. Nak tau sangat apa yang ada kat situ
Ramai orang duduk-duduk kat sini sambil tunggu train yang betul lalu kat bawah. 
Dan ada juga 'park zone' untuk orang dewasa dan kanak-kanak menaiki keretapi mini di atas track yang siap dengan lampu isyarat ni. Kitaorang nak juga bawak budak-budak ni naik. Tapi malangnya, tiket sudah pun habis. Tips : kalau target nak naik mini trainni boleh terus tanye di service counter untuk booking ticket. Kalau sampai awal, boleh terus pergi beli kat "park zone" ni jer. Lokasinya terletak di ground floor.
Panorama deck di roof top
Seterusnya, kami ke "Teppaku Playground" yang terletak di aras ground floor. 
Terdapat beberapa buah bas di bawah syarikat JR yang dijadikan sebagai daya tarikan untuk kanak-kanak mencuba menjadi pemandu bas.Seronok kan?
 Ini pemandu bas muslimah di Jepun. Haii! Dozoo!!!
 Sebab topi tu lagi besar dari kepala. Hahaha! tapi Uwais la paling syok dan gembira. Dapat pegang-pegang stereng, tekan butang itu ini. 

 Smart kan baju seragam pemandu bas kat sini? Macam Pilot. 
Di playground ini juga terdapat mini shinkansen (bullet train). Ibu bapa boleh naik dengan anak-anak dan train ini akan bawak round satu padang ni. Kalau nak tau, lebar track tu hanya 5 inci sahaja! . Nak naik ni pun beratur panjang macam apa jer. Seronok tengok  parents Jepun ni. Rajin melayan anak-anak.
Ok, untuk sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut tentang Railway Museum ni. Boleh pergi ke laman rasmi mereka iaitu : http://www.railway-museum.jp/en/index.html
Semua maklumat tentang bayaran dan cara nak sampai ke sini ada diberitahu. Kalau nak  tahu, kebanyakan museum-museum di Tokyo memang menarik!. Banyak ilmu dan pengetahuan yang diperolehi. 
Disamping itu, kita dapat refleks dengan apa yang ALLAH S.W.T  bagitau di dalam Al-Quran tentang pengciptaan manusia yang berpuak-puak, berbilang bangsa dan agama. Supaya kita boleh mempelajari sesuatu dari mereka. Ambil yang baik-baik sahaja yer~~~
Sekian untuk cerita kali ini.

Terima kasih kerana sudi membaca

Jumpa lagi di next entry!



You Might Also Like

3 comments

  1. Besarnyaa muzium ni. Seronoklah anak anak syurga ni dapat berjalan sambil belajar :)

    ReplyDelete
  2. peminat keretapi mesti akan excited pergi sini. Saitama, sepupu ipar pernah belajar di sini dulu.

    ReplyDelete