Kebersihan di mana-mana bila anda di Jepun

By Monday, April 04, 2016 ,

Assalammualaikum w.b.t

Lokasi kejadian adalah ketika kami berada di tingkat 3 di dalam Railway Museum. Meja dan kerusi disediakan untuk orang ramai yang datang berehat sambil menikmati bekalan makanan yang dibawa atau dibeli. Restoren ada disediakan di tingkat ground floor,tetapi terlalu penuh dan agak sesak untuk ibu bapa yang membawa anak-anak kecil.
Memang saya perhatikan, selepas mereka habis sahaja makan. Semua bungkusan minuman, makanan, tisu, kertas-kertas dan sisa makanan dibuang ke dalam plastik masing-masing. Kerusi ditolak ke dalam. Keadaan di atas lantai pun bersih dan kemas.

Ada satu family, memang lap meja yang yang telah digunakan menggunakan tisu / kain sendiri. Semua ikut arahan untuk membuang sampah sarap ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
Masyarakat Jepun bukan jenis yang suka menyusahkan orang lain. Kemudahan-kemudahan dijaga dengan baik. Masing-masing mengalas tanggungjawab. Tidak kira tua , remaja dan kanak-kanak.

Harapnya sesiapa yang membaca entry saya kali ini boleh fikir , lihat dan buat bandingan bagaimana sikap masyarakat kita apabila makan di luar. Eh! tak perlu makan di luar, kita tengok dalam rumah dulu. Harapnya,dapatla kita cuba amalkan budaya yang  bagus begini.

Kalau baca dan amalkan itu sudah cukup baik. Tapi, kalau baca, amal dan kongsikan dengan yang lain..itu lebih baik!

Terima kasih kerana sudi membaca


You Might Also Like

5 comments

  1. Masyarakat di sana memang patut dijadikan contoh. Terbaik !

    ReplyDelete
  2. Sana mmg menjaga kebersihan. Suka tengok.

    ReplyDelete
  3. Antara satu sbb ua nk g jepun..bkn hnya kerana keindahan di sana ..tpi nk lihat sendr8 budaya mereka yg pembersih dan btngggjwb

    ReplyDelete
  4. mmg salute ttg kebersihan msyarakat jepun..

    ReplyDelete
  5. nanie percaya dgn entry ni sebab nanie dah lihat dgn mata kepala sendiri. mmg kagum dgn kebersihan org Jepun

    ReplyDelete