Resepi Kek Hummingbird Menggunakan Kacang Walnut

By Tuesday, April 26, 2016 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Dah lama nak kongsi cerita pasal kek yang satu ni. Tapi sekarang baru punya masa dan waktu.Kek ini saya buat khas untuk anak kawan di sini yang menyambut hari lahir nye yang ke-16. Namun begitu, si gadis remaja itu masih memanggil diri ini sebagai akak~~~....hahah! terima kasih la dik! terasa tidak begitu kertu di situ.

Okeyla..berbalik kepada cerita asal. Al- kisahnya, bila dok cari kacang "pecan" ni di merata tempat. Tetapi masih tidak ketemu. Ended up, ambil keputusan untuk menggantikan dengan kacang walnut sahaja. Malas nak pening-pening kepala. Rasa nya unik, seakan-akan kek pisang, tetapi ada rasa campuran manis-manis buah dari isi buah nenas dalam tin. Aroma kek ini juga wangi dan menyelerakan. Saya dah adjust kemanisan mengikut citarasa kami sekeluarga.

Saya ambil resepi asal dari blog Azlitamasammanis.

Bahan-bahan yang diperlukan : 
 
100 gm kacang pecan ~ saya gantikan dengan 100 gm kacang walnut
390 gm tepung gandum
300 gm gula halus ~ resepi asal 400 gm - saya kurangkan lagi menjadi 200 gm sahaja
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk cinamon
3 biji telur ~ saiz A
180 ml minyak jagung - saya guna minyak masak rapeseed
1 1/2 sudu teh esen vanilla
227 gm nenas dalam tin ~ tak perlu toskan - saya guna kurang sket jer daripada ni sebab memang banyak tu jer dalam tin tu
400 gm pisang masak ranum

Cara-cara : 

Bakar dahulu kacang walnut di dalam oven selama 10 minit pda suhu 180 degree celcius. Tunggu sejuk dan cincang kasar-kasar.

Pisang dilenyek halusdan isi nenas tadi saya kisar sebentar sahaja menggunakan blender. Tujuan nya utk mendapatkan tekstur yang tidak berapa halus dan kasar. Nak cincang pun boleh, tapi saya nak cepat.

Seterusnya, asingkan bahan-bahan kering dan basah. Bahan kering seperti tepung, gula, garam, soda dan serbuk cinamon. Tepung, serbuk cinamon, soda dan garam kita satukan dan ayak.
Bahan basah pula seperti telur, minyak jagung dan esen kita satukan dalam satu bekas yang lain. Satukan telur, minyak jagung dan esen vanila dalam satu bekas dan pukul dengan wisk hingga sebati sahaja. Kemudian kita masukkan nenas cincang, dan pisang lenyek tadi, gaul rata. Bila dah rata masukkan gula dan gaul lagi
 
Kemudian masukkan bahan kering ( tepung , serbuk cinamon, garam dan soda ) yang telah di ayak tadi.Gaul rata. Akhir sekali masukkan kekacang walnut yang kita telah cincang.
 
 
Sediakan 2 loyang 8 inc. Lapik loyang dengan kertas minyak dan oleskan dengan butter. Tuangkan adunan ke dalam kedua-dua loyang tersebut sama banyak. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 180 C selama 30 ~ 45 minit bergantung pada kepanasan ketuhar masing-masing.
Biarkan kek sejuk sebelum disapu dengan krim keju.Saya kongsikan resepi kek keju kegemaran kami sekeluarga. Selalunya, saya guna frosting ni untuk carrot cake, Hummingbird cake and rainbow cake. Mudah dan sedap. Nanti boleh la cuba.
 
Resepi Krim Keju : 
 
300 gm cream cheese
300 ml double cream
50 gm icing sugar
3/4 tsp vanilla essence

Putar cream cheese bersama icing sugar sehingga lembut. Masukkan vanilla essence dan pukul sebentar. Akhir sekali, masukkan double cream. Pukul lagi sehingga sebati dan membetuk soft peak.

Setelah siap, boleh la memulakan kerja melepa kek tadi. Saya potong kek menjadi dua lapisan. Jadi, hasil akhirnya adalah kek hummingbird yang mempunyai 4 lapisan.

Kesimpulannya, kek ini sangat mudah untuk disediakan. Tak perlu nak pukul yang terlalu lama sangat. Banyak proses menggunakan hand whisk sahaja. Kalau nak rasa yang original bersama caramel tu boleh la cuba. Kurang semangat sket nak buat masa tu sebab kacang pecan tu tade.

Selamat mencuba kawan-kawan!

Muahss!!





 
 
 
 

You Might Also Like

5 comments

  1. Sedapnya tengok. Pandai sis buat kek :)

    ReplyDelete
  2. haaaaaaaaaaa kek ni laa kawan lieya kat fb dok buat...bace name kek dan tegeliat lidah...pastu dok pikir2 kek ape laa ni...awat namenye pelik bebeno heheheeheheh....

    pandai nany buat...bile dah di touch up dgn krim nampak sedapppp betul......kemas jek nany buat...pandai...lieya bab2 kek ni mmg surender....tak reti....takut bantat...buat kek senang mcm kek pisang tu mampu laa kakaakakakaka

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak.. seko pon cantik n simple..

    ReplyDelete