Resepi Kek Pandan Gula Melaka & Italian Frosting yang sedap!

By Wednesday, April 13, 2016 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Kek ini dibuat sempena majlis makan-makan yang dianjurkan oleh tempat syarikat suami berkerja. Ianya bertemakan BBQ dan potluck. Setiap seorang kena bawa  satu signature Malaysian Dish. 

Maka, setelah berfikir agak lama saya memberanikan diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Alhamdulillah...kek tak bantat ataupun tenggelam di tengah-tengah lalu membentuk kolam yang cetek :p

Penggunaan daun pandan serta gula melaka pada saya sangatlah masuk dengan tema "Malaysia Truly Asia". Ditambah lagi dengan Italian buttercream yang dicampurkan dengan gula melaka di dalamnya. Manakala aroma daun pandan pula menghasilkan rasa kek ini bertambah unik dan wangi. Terbayang-bayang dan teringat buah melaka yang selalu mak buat di kampung.


Segala-galanya terbaik untuk saya kecuali rasa manis yang agak terlebih pada kek ini. Walaupun penyediaan frostingnya agak leceh sedikit, tetapi hasilnya tidak mengecewakan! Senang untuk dilepa di atas kek dan bentuknya kekal cantik walaupun tidak diletakkan di dalam peti ais. Syaratnya, perlu ikut langkah demi langkah dan tips yang telah dikongsikan.
Jika anda seorang peminat plain cake ( tak suka makan dengan sebarang jenis krim )  kek ini juga sedap dimakan begitu saja. Resepi asal adalah untuk cupcake, tetapi saya nak cepat dan takder cupcake cases yang saya berkenan kat sini. Saiz loyang yang digunakan adalah 8 inci (diameter) x 3 inci (tinggi). 
Saya ambil resepi dari blog azlitamasammanis. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi kongsikan kek yang sedap ini!. Untuk kawan-kawan di luar sana, kalau teringin nak buat dipersilakan..kalau ada orang jual pun, boleh la cuba beli. Kot-kot masuk dengan tekak kan~~.  Hehe...

Ok, jom tengok bahan-bahan dan cara membuatnya ;

Pandan Cup Cake
Resepi Oleh : Bitter Sweet Spicy

200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder ~ double acting - saya guna yang biasa ajer.
125 gm unsalted butter ( butter tanpa garam ) ~ lembutkan - saya dah cuba guna yang salted dan unsalted. Both sedap!
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula halus atau gula caster ~ kurangkan 160 sahaja - saya kurangkan jadi 120gram
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
75 gm santan KARA + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau

Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan

Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
Tuang ke dalam loyang mengikut jumlah yang sama banyak ( saya guna 2 loyang, bakar satu-satu)

Bakar selama 35 minit ataupun sehingga masak
Setelah masak, sejukkan atas redai


Gula Melaka Italian Meringue Buttercream
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air

Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan

80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter tanpa garam ~ di potong dadu
1 sudu besar caramel gula Melaka ( adunan gula Melaka yang di masak tadi )


Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat. ( rujuk blog azlitamasammanis kerana ada gambar disediakan )


Kemudian tuangkan caramel gula Melaka tadi , gaul rata biarkan sekejap sehingga ia pekat.


Sementara anda lihat gula dah didih dan dah terbentuk kaki itik tadi, baru putar telur dan kuning telur dalam mesin pemutar hingga kembang, bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati.


Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali ( ingat !! bukan mesin pemutar ya, hanya mangkuk dan alat pemutar sahaja )


Bila dah betul-  betul sejuk ( sejukkan 1 ~ 2 jam ) keluarkan
Putar semula dan masukkan esen vanilla, dan  butter satu persatu sambil putar hingga kembang dan halus.
Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan atas cup cake tadi


Caramel Gula Melaka
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air

Satukan adunan dan masak hingga gula larut dan pekat
Jika kurang pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh sedikit air
Masak semula hingga pekat. (saya gunakan api yg agak kecil dan masa yg diambil agak lama untuk menjadikan bancuhan caramel ini betul-betul pekat)
Sejukkan
Bila dah sejuk baru drizzle atas cup cake tadi

Tips untuk sesiapa yang mahu menggunakan cupcake cases :
Adunan untuk kek pandan tadi hanya dapat 12 cup cake sahaja
Adunan Italian meringue pula untuk 24 cup cake ~ 30 cup cake
Jadi untuk seimbangkan anda kena buat 2 atunan untuk cup cake
Untuk caramel gula Melaka .. kalau tak nak 2 kali kerja, masa buat caramel gula Melaka untuk frosting, anda boleh lebihkan sukatan buat terus 2 adunan.



Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.



You Might Also Like

17 comments

  1. nanti nak cubalah buat..UA suka kek pndan..pndan layer pun sedap..teringin plk

    ReplyDelete
  2. Tumpang tanya, untuk resepi Buttercream tu, memang menggunakan telur kuning ke? Dan macam mana kita nak tau untuk pukul hingga kembang ya? Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fasya! terima kasih sudi singgah ke blog saya ni. Ha'ah. Guna kuning telur as resepi yang saya follow. Tade la kembang sangat...pukul macam berbuih2 agak2 dalam 5 minit macam tuh.

      Delete
    2. Maksudnya 1 whole egg + 1 telur kuning ke?

      Delete
    3. Kenapa yer bila nak buat frosting, bila masukkan butter, butter tu mcm taknak sebati dengan meringue. Berketul. 2 kali buat, 2 kali mcmtu. Kali ke2 worse

      Delete
  3. salam sis.. tepung kek tu self rising flour ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslmwarahmatullah. Alamak sis..akak dah terlupa. Sebab beli tepung kek ni masa kat Jepun. Nanti kalau gi kedai bakery try tanya.

      Delete
  4. Tepung kek is superfine flour.
    Self raising flour tu is tepung naik sendiri.

    ReplyDelete
  5. Salam sis nany...sy dh cuba buat cakenya...alhamdulillah sedap :) Tapi sy rasa agak manis bg sy walaupun ikut sukatan yg sis dh kurangkan tu...so lainkali sy akan kurangkn lagi gulanya insyaAllah. Tq share resepi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslmwarahmatullah. Wahh...terima kasih sebab sudi mencuba. Ha..bagus tuh kurangkan manis. Sihat sket..saya pun dah lama tak buat kek ni. Sighhhh

      Delete
  6. sis nak tanya, utk resepi yg ni boleh ke guna utk sebiji kek?

    ReplyDelete
  7. Sedapnya..nnt cikmiey nak try jgk lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...silalah cuba! lepas tuh pos sini sket. Hahah!

      Delete
  8. Sedapnya..nnt cikmiey nak try jgk lah

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.