Tips dan review mencari kain cotton di Nippori, Japan.

By Sunday, April 24, 2016 , ,

Hi and Assalammualaikum..

So hari ni..myself and Hannah ke "Fabric textile town" yang terletak di Nippori. Sesiapa yang mempunyai hobi menjahit baju, seluar, bag atau yang berkaitan dengan art & craft..memang sangat digalakkan untuk datang ke sini. Syok sangat!!!!

Station keretapi yang terdekat dengan "Fabric Textile Town" adalah NIPPORI. Ada beberapa cara untuk sampai ke sini. Saya ambil Yamanote Line dari Akihabara untuk sampai ke sini. Tak jauh pun, dalam 8 minit sampai.

Bila dah sampai Nippori, you will see this signboard and take East Exit.
Selepas ambil kiri..keep walking straight until jumpa tangga ni. Then, nanti kat bawah jumpa another signboard untuk ke "Fabric Textile Town" ni.
You will see this zebra crossing right after the signboard. Lepas lintas ni, amik kiri dan teruskan berjalan.
Selepas melintasi kedai Ginza Coy Corner tu, belok ke kanan dan sambung berjalan kaki lagi.
Kalau nak tau, selepas jer belok tadi..dengan rasminya anda telah pun berada di kawasan Fabric Textile Town. Sememangnya, di kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan kedai-kedai pakaian dan kain.
Okeyy...ini kedai pertama yang kami masuk semalam. Kedai ini merupakan kedai menjual pakaian untuk wanita. Korang kalau lalu sini wajib masuk sebab baju-baju dan seluar dia ada yang murah. Sehelai seluar ala-ala palazo tu dalam RM25. Kain die nipis and very comfortable to wear during summer kat Malaysia nanti. Hehehe...
Ini hasil tangkapan kat kedai ni semalam. Ingat nanti nak beli lagi selai seluar macam tuh
Jom kita meneruskan misi yang asal iaitu mencari kain cotton di kedai Tomato.
 Ini juga salah satu landmark di Nippori. Isi penting..anda berada di jalan yang benar. :)
Bertentangan dengan statue tersebut ada lagi kedai best untuk dijelajahi. Kedai "LEMON" ini menjual pakaian dan aksesessori untuk kanak-kanak. Kalau nak tengok pakaian dan mainan baby..boleh naik ke tingkat atas.
Yukata - pakaian tradisional Masyarakat Jepun yang dipakai semasa 'matsuri' -Festival.
Bila datang sini memang teringat area Masjid Jamek. Cuma, kat sini sangat teratur dan tidak sesak. Tapi, kalau lapar or haus, tade la cendol pulut or keropok lekor nak dibeli di tepi-tepi jalan. Kemungkinan juga, itu salah satu sebab bandar mereka sentiasa bersih dan senang nak mantain kebersihannya.
 Pelbagai jenis dan fesyen pola baju. Semestinya in Nihonggo! (japanese language)
Terdapat beberapa kedai yang hanya menjual butang sahaja. Sampai Hannah cakap.."Hannah rasa macam kat dalam Museum butang la mama" Hahahah! lawak tapi benar
Comel - comel semua kan? geram jer tengok. Tapi takat tengok ajerla, nak buat ape pun tak tau...bab jahit menjahit ni bukan bidang kepakaran. InshaALLAH, suatu hari nanti yer...
 Haa...itu die Kedai Tomato yang dijumpai. Tapi ini Tomato number 2..jual kain langsir dan alas meja
 Oil table cloth type. Permukaannya licin yang mudah dilap dan tidak menyerap air. Kalau tertumpah makanan or minuman atas ni, senang sangat nak bersihkan. Ini corak bunga ala-ala Cath Kidston nyer style
Memang boleh spent berjam-jam dok depan ni.
Selepas misi membelek table cloth tuh, kami lintas jalan untuk ke kedai Tomato yang satu lagi. Dalam kedai ni, tingkat bawah sekali dan tingkat 4 ada menjual kain cotton.
Sape suka merah? Owhh...di section ini terlalu banyaakkkk sangat pilihan. Rasa nak baring jer kat situ sambil belek-belek kain. Itu cantik, ini sweet, eh itu nampak Jepun sangatttt..yang tuh ade sakura motif la!..Hahaha!! dushh~~
 Yang sebelah kanan tu cantik kan? corak bunga sakura tuh..
 Ini beli untuk adik ipar
Lagi contoh kain cotton di tingkat 1
Ini pun lawa...tapi sayang, cuma cukup untuk 3 meter sahaja. Kalau nak beli 2 meter ajer pun boleh, then cari kain plain lagi 2 meter. Mix and match gituuu.

Selain kain cotton, ada juga kain jenis polyester..lembut, sejuk, tak perlu digosok dan agak berat. Bila pakai, terus terletak di atas badan. Cantik dan kemas. Haaa..ini pun berperang ngan nafsu jer semalam.
                                                                Polyester type
Both kain adalah merupakan dari jenis polyester. Kaler tanah biru gelap ini ada member dah berkenan. Cayalah! pilihan anda memang tepat dan bijak!...Cantikkk sangaatttt..

Sekarang, mari kita lihat apa yang menarik di tingkat 4 pula.
Cotton  lagi. Kali ini, banyak pilihan untuk mereka yang gemarkan motif bunga kecik-kecik yang comel dan manis mata memandang. Hehehe..
Tujuan datang  ke sini adalah untuk beli souvenir buat ahli keluarga di Malaysia dan jual kepada sesiapa yang berminat. InshaALLAH, next entry nanti, saya buat khas "cotton untuk dijual".

Akhir cerita...jom tengok hasil tengkapan semalam :
 Untuk adik
Untuk Mak mertua dan adik-adik ipar

 Kiriman kakak ipar
Untuk mak

Untuk diri sendiri
Untuk Hannah

Sekian untuk kali ini. Thank you for reading!

:)




You Might Also Like

7 comments

  1. wahhh alhamdulillah nmpk best je. klu la ada rejeki nk dtg jepun lg nak jumpa akak la. hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh, bestnya shopping kain.. Inshaallah aida nak berkunjung ke jepun tahun depan, dalam perancangan, bolehlah tanya2 info sikit.

    ReplyDelete
  3. mau x rambang mata...corak dia cantik n warna pastel tu lg nmpk cute je...

    kan... bkn mudah nk maintain kbersihan ni..maybe dr attitude jgk..

    ReplyDelete
  4. Boleh tau tak semeter brapa yen kainnya? Tq.. Nak bajet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana...
      Depends la harga kain cotton tuh. Ada yang murah and ade yang mahal. But if not mistaken price range dalam 100 yen smpi 580yen. Ken check current currency lah yer. Harap membantu..

      Delete
  5. Salam. Boleh tau x kedai tomato yg kt corner tu byk x choice kain cotton utk buat bju kurung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslmwarahmatullah. Banyak sangatttt! tingkat bawah sekali ada and kat tingkat atas pun ada. Tak ingat tingakt 3 or 4. Huhuhu..

      Delete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.