Cashier Malaysia vs Cashier Jepun

By Wednesday, May 25, 2016

Assalammualaikum w.b.t

Tajuk kali ini tidaklah  bermaksud untuk menghina pekerjaan sebagai seorang cashier kerana saya dulu pernah menjadi seorang cashier. Masa itu, umur masih belasan /  awal dua puluhan tahun. Saya jadi cashier sebab nak cari duit poket selepas SPM dan cuti semester semasa di Universiti. Tak nak la menyusahkan mak ayah sebab kami bukannya dari keluarga senang pun.

Dan hari ini, genap 10 hari saya kembali ke tanah air selepas setahun setengah menetap di negara terbit matahari. Jujurnya, saya masih berada di situasi kejutan budaya / 'culture shock'. Tak pernah terfikir sebelum ke Jepun, saya akan menghadapi saat seperti ini. Di negara tanah tumpahnya darah-ku.

Kalau saya tidak berpeluang ke Jepun, saya mungkin tidak ambil kisah hal-hal seperti ini. Malah, mungkin saya rasa, tidak ada yang salah pun..semuanya nampak normal dan tiada cacat cela.

Namun, penghijrahan saya ke sana betul-betul membuka mata dan minda tentang betapa tingginya adab, budi pekerti masyarakat Jepun yang rata-ratanya tiada agama dan tidak mempercayai kewujudan TUHAN!.

Cashier di Jepun sangat ramah tamah, mesra alam dengan pelanggan. Tak kira ianya hanya kedai tepi jalan menjual sayur / buah ataupun yakiimo (sedapnya ubi keledek bakar Jepun ni), gerai-gerai ala-ala pasar malam. Kalau masuk Mall yang hebat ataupun kedai yang jual barang branded lagila..layanan memang tip top!.

Menjadi kebiasaan, untuk mereka mengucapkan selamat datang ataupun "Irraishimase!" dalam bahasa Jepun. Penuh dengan senyuman manis terukir di bibir. 
Saya tidak fasih berbahasa Jepun. Sikit-sikit boleh la..sebab kena survive gak kan. Tapi halangan bahasa itu bukan lah alasan untuk saya tidak  menghargai kebaikan mereka. Seperti contoh..kalau barang yang saya mahukan itu sudah habis ..maka mereka akan bersungguh-sungguh meminta maaf. Saya faham perkataan.."sumimasen", "gomen-ne" yang kedua-dua nya bermaksud lebih kurang meminta maaf.

Kalau kat sini? tengok muka kita pun nak tak nak..sambil lewa jer. Saya sendiri tak tahu kat mana silapnya kita. Kemungkinan, perlunya semua syarikat untuk menyediakan kursus khas cara untuk melayan pelanggan.Kesemua cashier tak kira la, budak sekolah, universiti, makcik dan pakcik untuk ambil kursus ini. Kat stesen pam minyak, dalam GIANT, TESCO, MYDIN, JUSCO dan yang seangkatan dengannya.

Saya faham, bila orang ramai..barisan panjang sampai berlingkar-lingkar lepas tuh siap ada orang buat-buat tak faham 'terpotong' barisan pulak. Lepas tuh, bila dah sampai kat kaunter, tanda harga pulak takda, lepas tuh kena roger colleague die pulak suruh check kan harga. Jadi, dahi pun automatik berkerut, muka masam mencuka. 

Tetapi berlainan dengan cashier di Jepun, mungkin mereka sudah diajar untuk bekerja di bawah tekanan dan sesungguhnya sistem mereka yang ada sangat canggih dan mantap...Iye! semantapnya jati diri masyarakat Jepun tersebut.


Berikut adalah contoh-contoh situasi 'kejutan budaya' yang saya alami ketika berhdapan dengan cashier.

Situasi A :

Cashier sedap mengunyah roti whole meal sambil 'punch' harga-harga barang yang saya beli. Bila nak ambil duit, die letak separuh roti tersebut atas bungkusan sebuku roti yang berada di sebelah beliau. Lepas tuh siap cakap kat anak saya .." adiiikkk!! kenapa tengok akak macam tuh?"..anak saya terkebil-kebil tak cakap apa-apa pun. Kemudian menyambung lagi.."Bye-bye handsommmeee"...

Tahniah! anda sememangnya peramah..tapi saya rasa makan roti di hadapan pelanggan sangatlah tidak sesuai dan ada perasaan 'awkward di situ'.

Situasi B :

Cashier berborak dengan rakan sejawatnya bertanyakan pendapat tentang langsir 'bling-bling' yang berada 200meter di hadapan beliau.Ketika itu, saya sedang menunggu barang-barang saya untuk dikira. Rasa pelik sangat dan ada rasa 'kurang sopan' di situ. Another awkward moment happened.

Situasi C:

Jurutol berborak dengan kawan dalam pondok bayaran tol. Bagi duit tak pandang langsung muka kitaorg. Nak ucap terima kasih? Korang rasa?

Kalau korang nak tahu,  di Jepun, cashier dan staff yang lain sangat berdisplin. Jangan harap nak tengok derang main handphone masa kerja. kalau masa tu tiada pelanggan, maka mereka akan buat kerja lain yang berfaedah. Contohnya, mengemas rak-rak, menyusun trolli dan bakul.

Lagi satu..di Jepun, derang susah sangat-sangat nak mintak duit kecik dari kita. Contohnya, kalau beli barang berharga 113.42 Yen..dan bagila duit 10,000 Yen..derang takkan tanye.."ade duit kecik tak? sambil buat muka kesian"..no-no! derang akan ambil duit kita dan pulangkan bakinya semula sambil kira depan mata kita..selai-selai duit kita tu dan sebut  kuat-kuat setiap nilai wang kertas tersebut.

Ala..contoh kat Malaysia..harga beli kopi hipster RM10.30. Bagi la RM11.00 then, nanti cashier mintakla 30 sen. Nak bagi RM50 kat sini..tak sampai hati sebab kadang malas nak dengar derang tanye..ade duit kecik tak?. Duit syiling kat sini, cepat jer habis dari wallet...sebab semua minta duit kecik..kat Jepun, wallet berat dengan duit syiling..lagipun 1yen yang macam 1sen kat Malaysia ni masih berharga kat sana.

Percayalah...akhlak dan adab kita sebenarnya berbeza dengan Masyarakat Jepun. Bukan macam langit dengan bumi lagi dah..tapi dah macam angkasa lepas dengan kerak dalam bumi. Terlalu jauh..sukar untuk dihuraikan lagi.

Kalau la semua orang kat Malaysia ni mampu travel ke Jepun. Memang saya galakkan sangat ke sana. Pergila..tak payah sibuk nak shopping..korang duduk jer..perati setiap pelusuk bende kat situ. Nanti korang akan faham dan rasa sedih bila bandingkan diri kita dengan dengan mereka. Bab kebersihan tu satu lagi..huwaaaaa!!!!!!!! nangis bila nak guna toilet kat sini. Sobssssss!!!!

Eh!
 
Tapikan, saya nak puji yang our government staff dah banyak sangat kemajuan. Pengalaman baru-baru ini, semasa ingin mengambil mykad di JPN, Putrajaya. Layanan dari awal sangat tip top. Penuh dengan senyuman dan sentiasa nampak cool!. Kalau semua orang macam ni kan bagus.

Akhir sekali, saya ingin memohon maaf, kalau apa yang saya tulis ni, membuat kan ada yang terasa. Mungkin suasana dan budaya kita sudah tersurat sebegini rupa. Jadi, perkara begini nampak biasa. Kalau saya boleh putarkan masa..pasti saya berazam untuk menjadi seorang cashier yang TERBAIK.






You Might Also Like

7 comments

  1. satu penulisan dan luahan rase yg baik nany...serius lieya suke bace...dan semua point2 yg nany tulis lieya setuju 100%...tu laa jadinyer bile sukatan matapelajaran dari kindy tu ade kurangyer...mcm di jepun mase kindy dan sekolah rendah mereka menerapkan nilai2 budaya kemanusiaan yg sgt2 kuat...lieya ade tgk cerita di tv berkenaan sekolah2 di sana...mmg sgt2 teruja...patut laa warga jepun semua berdisplin sebab dah di asuh dan dididik mcm tu dari sekolah ....

    lieya ngan husben pun ade ramai kawan2 yg penah stay di jepun sebab buat hlp dan posting di embassy..bile balik for goods mmg ini laa situasi yg mereka selalu komplen.....moga2 nany cepat sesuaikan diri okey....lagi satu bab toilet tu mmg takleh nak ckp ape dah.... kalo kat mall2 yg baru tu ok lagi bersih...tapi kalo kat public toilet, euww sanggup tahan n lepaskan hajat kat rumah kot huhuhu...oh malaysia kuuuu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju jugak dgn lieya 100%..mmg beza budaya m'sia dgn timur..bab kebersihan jauh sekali la..

      didikan dr rumah dan sek amat penting kan..m'sia ni exam oriented so anak2 berpaksikan buku, bukan tak elok tp praktikal ttg nilai budaya tu kurang ya amat..

      sedih..tp tu la m'siaku...

      Delete
  2. hi dear. agreed. tapi yelah bukan semua kan. kekadang tak tertakluk kat cashier je. sales assistant pun sama. my first job was sales assistant kat KLCC. my manager was super garang, firm tahap bila dia buat lawak pun kami seram nak gelak. memang tak boleh pegang phone ( kena simpan) tak boleh borak ,berdiri jeblablabla. kami sangat berdisplin okay -_-'. then masa cuti sem I kerja part time kat another mall, kat sana semua borak borak, main phone blablabla. i tak selesa sangat.

    tapi memang betul. kalau tengah kat counter tu pastu dia dok borak pasal benda tak berkenaan ( ada yg borak pasal boyfriend/dating) rasa sangat awkward. kalau bab makan, tak penah jumpa lagi. ehhe hopefully dia ada alasan lah untuk makan kat situ; puasa maybe =p

    ReplyDelete
  3. Akak dah balik Malaysia rupanya. Hiks. Welcome back :) Suka lah baca cerita2 akak dekat Jepun, memang nampak diorang kaya dengan ADAB. Yang situasi A tu serius Nani terkejut. Sambil kerja boleh makan? Huhuhu. Memang banyak dah situasi yang B dengan C tu berlaku tapi entah lah macam tak ada perubahan. Mungkin mereka ni dah terbiasa buat macam tu sampai dah tak boleh nak ubah gamaknya

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat duduk kat Jepun.. nak stalk abis2san la blog akak ni.. salam perkenalan dr saya kak..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Akak. Nanie stuju. Even nanie stay 11hari kat japan pun da terasa perbezaan especially bab kebersihan dan respect dorang. Tip top sebab sudah di latih dari kecil lg

    ReplyDelete
  6. lawak cerita angah ni pasal cashier2..ayom pun sekang mcm phobia kalu x de duit kecik sebab diaorg sukaaaaa mintak duit kecik,..adoiii..haha. pehtu kt paso malam plg berdebar. sebab bila x de duit kecik, tukang kedai cakap....lain kali la bayar ye diikkk... rasa nak letak je balik benda yang da beli tu..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.