Jalan-jalan ke Disneyland Tokyo

By Friday, May 06, 2016 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Cerita dua hari lepas bila kami ke Disneyland Tokyo. Ianya dinamakan sebagai GOLDEN WEEK kerana terdapatnya public holiday yang boleh dikatakan setiap hari di sepanjang minggu ini. Meriahnya GOLDEN WEEK ni macam cuti Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Kebanyakan jalan raya sesak dengan kenderaan yang ingin pulang bercuti ke 'kampung' ataupun keluar dari Tokyo.

Kami kat sini, hanya menghabiskan masa jalan-jalan di dalam Tokyo sahaja. Sambil-sambil tu practice menjahit skirt, pencil case,zipper pouch dan tote bag. Next entry la cerita hobi baru ni yer.

Perjalanan dari rumah ke Tokyo Disneyland ni tak jauh sangat pun. Hanya mengambil masa lebih kurang dalam 30 - 45 minit sahaja. Kami ambil ticket petang - malam atau dikenali sebagai "Starlight ticket".

Masa kami pergi tu takde la ramai sangat masa nak beratur. Ok jer..rasenye less than 30minutes dah dapat beli ticket and beratur lagi untuk check bags. Makanan dari luar tidak dibenarkan sama sekali. Air jer boleh. Make sure korang beratur di line yang betul.


Kami tak main ape pun..kecuali masuk ke "It's small world" sebab tau dah kat situ tak yah beratur panjang.
It's small world dalam Fantasy Land
Beratur untuk naik boat besar kat dalam It's small world
Selain dari yang ni, kami juga sempat layan dua parade. Satu waktu petang dan yang satu lagi pukul 7:30 malam.
Sebelum tunggu parade yang waktu malam, kami jalan-jalan jer kat dalam  ni dan dapat makan halal smoked turkey leg . Besar sangat.. makan satu dah kenyang. Rasa die liat-lait sket macam ayam kampung.
Memula ingatkan aiskrim..hahah! sebab tengok dari jauhkan. Rupa-rupanya ayam turkey. Derang jual kat wagon jer kat luar. Bukan dalam restaurant dan halal. Parade seterusnya adalah pukul 7:30 malam. Walaupun lagi sejam ianya berlangsung, orang Jepun ni memang suka menunggu dan tak kisah kalau kena beratur panjang. Contohnya macam gambar di bawah. Mereka sudah siap sedia bentang alas tempat duduk untuk menyaksikan parade tersebut.
Selepas selesai menonton parade parade ni, kami ingat nak layan fireworks tapi ended up cancel sebab angin kuat sangat malam tu. Maka pulanglah kami ke pangkal jalan.

Itu sahe cerita jalan-jalan ke Disneyland Tokyo.

Terima kasih kerana sudi membaca.




You Might Also Like

9 comments

  1. seronoknya. cantik cantik semuanya

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya..bila la agaknya dapat ke sana..

    ReplyDelete
  3. bestnya...one of my wish nak bwk semua adk2 kesini..pray for me too..

    ReplyDelete
  4. ya Allah cantik2nye nany..... gambar2 plak jelas ...puas hati tgk..mcm lieya plak ade kat sane heheheeh...tapi kat disneyland tokyo ade parade waktu malam kan...lieya pi disneyland hongkong takde pun parade malam.... tapi mase lieya pi tu musim krismas dpt le tambahan show parade tema krismas....tgk pic nany terus rase rindu nak pi disneyland..... tapi tgk rate bilik kat disneylang hongkong kemain dah naik compare dgn lieya pergi dulu.....huhuhuhuh....

    ape2 pun tq nany share moment2 best nieh......

    ReplyDelete
  5. Masa nanie pergu japan. Tak sempat ke sana. Sbb schedule tight sgt. Insyaallah one day. Hehe

    ReplyDelete
  6. Kak nani. Actually boleh je bawak makanan luar. Security mmg check bag tapi dia just nk tgk apa isi beg. Setakat azie pergi, security tak pernah pun rampas makanan. Kitaorg pernah bawak masuk nasi lemak, roti sandwich. Hari tu siap kawan azie, mak dia bawak bekal nasi, rendang semua. Alhamdulillah semua lepas. Maybe sebab setakat ni semua tak de masalah sampah ke apa.

    Azie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie!!!

      Thank you la sebab bgtau..serius sebab sebelum ni , member kat sini bgtau tak boleh. Die dah pegi ngan anak2 kecik die. Tapi ended up lepas gak sebab die cakap makanan untuk baby die.Hehehe...ape pun ..again..thanks sebab update kat sini. Nanti if org lain baca boleh dpt latest info.

      Delete
  7. bestnya..msti ank happy sgt kan..tmpat idaman fsya jgk nk jumpa princess ni..

    ReplyDelete