Tutorial mudah untuk membuat DIY Pencil Case

By Monday, May 09, 2016 , ,

Assalammualaikum w.b.t


Bersiaran kembali dengan episode cara-cara untuk membuat DIY pencil case! Sangat mudah dan sesuai juga untuk beginner untuk cuba membuatnya. Untuk menghasilkan pencil case yang comel ni, anda hanya perlukan bahan-bahan seperti berikut :
1) Kain dengan corak kegemaran masing-masing. Sebaik-baiknya gunakan kain cotton sebab tekstur fabric nya sangat mudah untuk diuruskan. Lebar kain perlu sama atau lebih sedikit dengan panjang zip yang digunakan. Ukuran panjang pula ialah 28cm. So, saiz kain yang saya gunakan ialah : ( p) 28cm x 24cm (l)

2) Zip yang panjangnya berukuran 20cm (ukuran zip diukur dari hujung besi ke pangkal besi, bukan dari hujung kain ke pangkal kain)

3) Alat membantu menjahit seperti, pen fabric / kapur penanda / jarum peniti / gunting

4) Mesin Jahit

Cara-cara membuat :

Step 1 :
Jahit tepi di bahagian hujung kain untuk mengelakkan benang atau kain berbulu agar senang proses menjahit nanti. Kalau takde, boleh gunakan mode zig zag pada mesin jahit anda. Seperti yang saya lakukan. Kalau taknak pun takper. Sebab actually, bila dah siap nanti, memang tak nampak pun yang kat bahagian tepi tu.
Ini hasil jahit tepi menggunakan mode zig zag yang ada pada mesin jahit saya
 Step 2 :
 Letakkan zip yang sudah diterbalikkan di atas kain seperti gambar di atas
Step 3 :
Gunakan tapak khas untuk menjahit zip dan perlahan-lahan mulakan menjahit di sepanjang atas zip dan kain tersebut.
Step 4 :
Bila sudah siap bahagian tadi, lipat kain ke atas dan temukan hujung kain tersebut dengan bahagian zip yang masih belum dijahit.
Step 5 :
Kemudian, sambung jahit bahagian tersebut. Jangan lupa untuk memastikan zip yang perlu dibuka separuh supaya senang untuk diterbalikkan nanti
Taraaa!!!! beginilah hasilnya selepas kedua belah kain sudah dicantumkan
Sebenarnya, saya terlupa untuk menjahit bahagian tepi zip tu..tade la die nampak macam ternaik jer dengan kain kat bawah tuh.Tapi, kalau nak skip method yang ni pun boleh...Sebab saya dah tersilap langkah, dan masih nak juga cuba jahit tepi tuh...jadi, saya pun teruskan menjahit bahagian tersebut.
Terbalik kan..dan rupanya adalah seperti gambar di atas. Kelihatan lebih kemas dan nampak 'professional' bila ada jahitan di antara kain dan zip di bahagian tepi tu

Step 6 : 
 Seterusnya, ukur +- 1cm dari hujung kain untuk kedua-dua belah bahagian.
 Tanda garisan tersebuat dan mulakan menjahit kedua-duanya
Step 7 : 
Bila dah siap..boleh terbalikkan dan sebenarnya..dah siap pun pencil case yang paling simple
Kalau nak jadikan ianya bentuk seperti kotak, teruskan dengan kaedah di bawah;
Step 8 :
Buat bentuk tiga segi di setiap penjuru pencil case tadi. Ambil ukuran dari hujung tiga segi tersebut sebanyak 3cm . Jahit lagi untuk kesemua bahagian tadi.
Step 9 :
 Bila dah siap jahit ke empat-empat penjuru tadi, boleh la gunting lebihan-lebihan hujung kain tu
 Dah pun siap!!! mudah kan?
Terima kasih kerana sudi membaca dan selamat mencuba semua!


You Might Also Like

4 comments

  1. Unik dan kreatif. Sy pegang mesin jahit pun keras. Tak seni lgsg. Hehe

    ReplyDelete
  2. nany....rajinnye...kreatif plak tu...cantik dan kemas hasil jahitan nany....eii lieya bab2 jahit ni laaaa lemah kepala lutut....mmg fail abis...nak jahit koyak biase tu pun hasilnyer teruk.....pakai mesin lagi le tak reti...ingat ari tu nak beli gak yg kecik tu utk jahit2 simple2 mcm seluar koyak ke ape kan...sudahnye tak beli pun....takut tersadai jadi tukun hahahhhhaaha....

    ape2 pun mmg lawa hasil tgn nany...untung budak2 nieh...leh bertukar2 pencil case mcm2 corak kain terkini laa gitu ...

    ReplyDelete
  3. waaaa..menarik sgt ni.. tp tgn lya kejung bab2 jahit ni..ntah kalo cuba mjadi k tidak.. tp mmg menarik la kalo pndai mjahit ni..mcm2 blh buat..

    ReplyDelete
  4. Tengkiu ye sudi kongsi ilmu... ^^ saya nak buat lepas nie.

    ReplyDelete