Kelas menjahit untuk kanak-kanak dan dewasa di Epal Store

By Tuesday, July 19, 2016 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Nama kedai sweet jer kan? nama buah EPAL gitu :) . Sabtu lepas merupakan kelas pertama Hannah menjahit di Epal Store. Selain dari menyediakan kelas-kelas jahitan untuk yang level beginner and advance, kedai ini juga menjual mesin jahit jenama JANOME dan alat-alat kelengkapan menjahit.


Epal Store ini ada few branches di seluruh negara. Saya pergi yang berdekatan dengan rumah di Bandar Puteri, Puchong. Kalau nak tahu, ada macam-macam project menjahit yang korang boleh join. Jahit bag pun ada macam-macam pattern tau. Contohnya, jahit 5 jenis bag dengan yuran sebanyak RM150. Cuma kain tak silapnya kena bawak sendiri or nak beli kat sana pun boleh. Mesin jahit juga disediakan. Kalau nak jahit baju kurung pun boleh, langsir, sulam-menyulam, buat bunga dan macam-macam lagi lah! Dan lagi satu part best nya kan...masa belajar adalah flexible since business hour derang Isnin - Sabtu ( 8:30 am sehingga 6 : 00pm ) Ahad lambat sket start.  Nak belajar buat sampai siap satu hari pun boleh takpun buat 2-3 jam sehari jer pastuh sambung la esok lusa ke minggu depan ke. Haa...sampai la siap. Ikut pace and availbility masing2.

Untuk Hannah as a beginner, saya amik tahap 1 punya project. So, she will learn on how to do a hand-sewing. Semuanya hands on 100% dan diajar cara memegang jarum dan memasukkan benang di dalam jarum. Ada beberapa jenis jahitan tangan yang diajar.Seperti contoh jahitan sembat, silang pangkah, jahit butang dan ada few lagi yang mak tak ingat.
Then, lepas tu ...move on untuk 1st DIY menggunakan mesin jahit pulak. Tapi sebelum tuh, kasi warming up dulu. So, langkah pertama adalah..buat jahit lurus dulu sebab nak kasi biasa gunakan  mesin.
 Ok, jom kita buat tissue pouch!. So, langkah pertama sila buat macam ni yer murid-murid~~~~
Hannah pilih zig zag nyer stitch untuk 1st jahitan atas dan bawah tempat pembukaan nak amik tisu tu.
Aunty ni pun bawak anak remaja dia belajar menjahit kat sini. Tumpang seronok dia tengok Hannah dok menjahit ni ha...
Cikgu Lida...baik dan penyabar orangnya. Terima kasih cikgu...tak sabar nak belajar buat project lain pulak.
Taraa~~~ ini hasilnya. Dah siap pun...hehehe. Tahniah Hannah. Not bad for the 1st timer. Nanti keep practicing guna mesin jahit kat rumah pulak tau. Saya dan anak-anak menjadi peneman setia Hannah selama 2 jam semasa beliau belajar menjahit di sini. Boleh tahan jugak Upin dan Ipin dua orang tu. Si adik takmo balik yang si abang boring ajak balik. Mama pun pening..ajak gi 7-Eleven cari air. Dapat la sorang satu kotak buat upah. Hahaha..
 Uwais di kala kebosanan~
Untuk sesiapa yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang kursus-kursus yang ditawarkan di Epal Store ini boleh la baca kat website mereka di sini :http://epal.com.my/

That's all and thank you for reading!

You Might Also Like

6 comments

  1. wahhhh kecikl2 lagi nak mnjahit ni. siap ada kursus khas lagi, budak besar bolej ke nak blajar yg beginner. huhu

    ReplyDelete
  2. kakak. nanie ada buat entry khas utk akak nk ucap terima kasih..

    http://nurulharnanikasmari.blogspot.my/2016/07/terima-kasih-daun-keladi-lain-kali.html

    ReplyDelete
  3. bgusnya...kecik2 dh ajr ank skill mjhit..lya pom suatu hri nnti nk htr jgk fsya kls jahitan.. kalau pndai mjahit mmg leh pndapatan lumayan jugak skrang ni..

    ReplyDelete