Kuih Siput Resepi Emak.

By Saturday, September 17, 2016 , , , ,

Assalammmualaikum w.b.t

Kali ini saya kongsikan resepi dan cara-cara nak buat kuih siput. Balik kampung baru-baru ini, emak saya ada buat stock kuih siput ni satu balang kecil tapi tak sampai sehari jer dah habis kena makan dengan cucu-cucunya. Memang sedap sebab bahan-bahannya asli serta tiada penggunaan bahan pengawet  dan semestinya dibuat dengan kasih sayang.  Hehehehe!

Saya dah tekad nak buat sendiri from A to Z sambil dimonitor oleh Chief dapur iaitu emak. Kalau hands on memang akan lebih ingat dan tau kat mana salah silapnya. Sebelum terlupa, saya tulis dan kongsikan kat sini la yer. Kot-kot ada yang nak buat bersama anak-anak or ade yang rajin nak jual buat business. Susah nak jumpa kuih siput yang sedap sekarang  ni. Yang memang rasanye meletop-letop dalam mulut bila kena kunyah (pinjam ayat masterchef jap)

Bahan-Bahan dan cara membuat :

8 senduk kecil tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari, 1 sudu besar serbuk cili, 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil black pepper (optional)
Taburkan bahan-bahan perasa tersebut di atas tepung gandum tadi. Kemudian, ambil 3 ulas bawang merah kecil dan bawang putih kecil. Tumbuk sehingga betul-betul lumat. Ini sangat crucial untuk memastikan proses mengacu dan menggulung adunan kuih siput tidak tersekat-sekat if bawang-bawang tidak hancur betul-betul.
Ambil pula 3 sudu besar udang geragau. Basuh cuci dan toskan. Kemudian, masukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk bersama-sama geng bawang.
Sambung tumbuk sehingga lumat. Bila dah sekata, curahkan 1/4 cawan air ke dalam geng bawang dan geragau tadi. Boleh juga letakkan secubit garam dan kacau sehingga menjadi sehati sejiwa.
 Inilah rupa keadaan campuran geng bawang + air + geragau bila bersatu.
Langkah seterusnya, panaskan 1/4 cawan minyak. Nak panaskan lebih sket pun boleh tapi masa nak curahkan atas tepung tu nanti, kena agak-agak. Tak boleh terlalu banyak nanti adunan bila goreng jadi kurang rangup. Just nice yer puan-puan~ . Bila minyak dah panas, slowly and carefully...curahkan di atas tepung gandum tadi. Ambil sudu, kacau rata. Then, bila dan agak 'sejuk' sket, dengan menggunakan hujung jari, gaul adunan untuk jadikan ianya seperti  bread crumbs. ( Maaf la, gambar tade sebab sibuk uli tepung ) . Then, baru masukkan bancuhan air geng bawang dan geragau tadi. Gaul sebati sehingga terbentukya doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
Sekarang, boleh la kita mulakan acara untuk membentuk kuih siput ni. Tekniknya, ambil secubit dan tekankan atas acuan papan khas macam kat dalam gambar tuh. Nak buat saiz besar mana boleh ikut suka la yer. Hehehe..
Boleh juga minta tenaga buruh kecil untuk membantu membentuk kuih siput ni. Kena tekan dulu, gulung dengan jari sambil tolak terus ke depan.
Budak besar ni, memang excited kalau minta tolong buat sekali. Boleh improve derang punya soft motor skill gitu.
Sesuai dengan nama dan rupa kejadian, kuih ini juga sangat slow proses untuk membentuknya. Siput oh siput!
Kemudian, bolehlah kuih siput tadi digoreng dengan menggunakan kaedah 'deep fry'. Emak pesan, api kena sederhana jer and masa mula-mula masuk tuh, jangan kacau-kacau dulu sebab takut gulungan siput tuh terbuka pulak nanti. Tak cantik lah..tak bentuk rupa siput pula.Kang jadi sama macam papan acuan jer nanti.
Bila agak-agak dah nak kekuning kuningan, sila masukkan daun kari ke dalam minyak gorengan ni.
Kacau-kacau dan angkat. Toskan minyak dan biarkan dahulu kuih siput menjadi sejuk. Lepas tuh dah ready to eat dah. Memang tak sedar kalau makan kuih ni, tengok-tengok balng penuh dah tinggal separuh. Budak-budak ni, makan kuih siput macam makan nasi. Lagila kalau makan ramai-ramai. Memang berebut-rebut semuanya.
Ok!

Selamat maju jaya pada yang ingin mencuba.

That's all and thank you for reading!

:)




You Might Also Like

4 comments

  1. Memang sekejap je kan habis kalaukuih macam ni, sedap buat kudapan masa tengok tv. Ehehe. Boleh try ni nanti tapi kena pi beli udang geragau dulu

    ReplyDelete
  2. adoi berbunyi pulak perut. sedap ni buat ngunyah sambil BW. hehehe. thanks share resepi :D

    ReplyDelete
  3. sedapnya..nnti kalau rajin boleh la UA buat hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya...
    cuma part nk bentuk siput tu perlu ksabaran nk siapkan

    ReplyDelete