Projek DIY yang menarik dengan menggunakan seluar jeans yang terpakai.

By Friday, September 23, 2016 , , , ,

Assalammualaikum


Korang ada seluar jeans yang lusuh ataupun sudah koyak? Nanti dulu...tunggu sebentar dan jangan dibuang.  Ini kerana, saya akan berkongsi kepada anda semua tentang  beberapa projek menarik yang anda boleh  buat untuk menukarkan seluar jeans tersebut kepada sesuatu yang berfaedah dan boleh diguna pakai. 

Terdapat beberapa idea dan projek mudah yang boleh kita semua mencuba membuatnya. Antaranya adalah  :



-       1)  sling bag. 

 
Sling bag ini dibuat oleh Hannah dan dibantu oleh trainer di Epal Store Puchong


Dengan hanya menggunakan sehelai seluar jeans orang dewasa dan melihat tutorial yang disediakan di laman web yang ada, anda mampu menghasilkan sling bag yang agak trendy dan boleh digunapakai untuk keluar bersantai bersama rakan-rakan. 



-       2 )  Book cover 
 
Ini juga Hannah yang buat. So easy peasy lemon squeezy



Projek seterusnya adalah sangat sesuai bagi mereka yang terkenal sebagai seorang ulat buku.  Jika anda gemar membawa buku anda ke mana sahaja tanpa risau kulit buku kesayangan anda rosak. Maka, saya mencadangkan juga agar  seluar jeans tersebut ditukar menjadi book cover! . 
-       

       3)  Penanda Buku
 
Photocredit and DIY instructions : http://www.thecheesethief.com


Seterusnya, adalah penanda buku. Ini merupakan projek DIY paling mudah yang anda boleh lakukan. Pelawa anak-anak  untuk membuatnya bersama-sama. Fikirkan bentuk yang diingini dan seterusnya suruh mereka lukis di atas kain seluar jeans tersebut. Saiz nya yang kecil dan proses membuatnya juga agak mudah jika dibandingkan dengan projek-projek lain yang dikongsikan di atas. Kini, anda sudah mempunyai penanda buku yang digunakan bersama book cover dan tersimpan di dalam sling bag yang kesemuanya projek DIY dari seluar jeans



-        4) Soft Toy 
Photocredit : http://valaanvillapaita.blogspot.my



Akhir sekali, walaupun proses pembikinannya agak rumit tetapi anak-anak kecil pasti menyukainya. Ianya  boleh dijadikan sebagai bantal peluk atau  juga soft toy untuk kanak-kanak. Sungguh selamat dan selesa. Tukarkan seluar jeans tersebut menjadi seekor ikan dolfin yang comel atau apa sahaja jenis binatang kegemaran anak anda.


Menarik bukan? Siapa sangka, dengan sehelai seluar jeans, kita dapat menukarnya menjadi beberapa projek DIY yang menarik dan berguna. Disamping dapat menjimatkan duit, ianya juga boleh dijual dan dijadikan sebagai sumber pendapatan. Jadi ingat! Fikir dahulu sebelum buang. Kerana anda mampu mengubahnya!







You Might Also Like

3 comments

  1. macam-macam boleh buat dengan seluar jeans yang dah terpakai kan.

    ReplyDelete
  2. Kalau kreatif dan rajin tak mustahil bahan yg nak dibuang boleh mendatangkan manfaat baik. Cantik pulak tu:)

    ReplyDelete
  3. mmg menarik sgt..asal ade kerajinan tu..smua jadi

    ReplyDelete