Aidil Adha & Cerita Kami di Kampung :)

By Thursday, September 15, 2016 , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Salam Aidil Adha untuk semua pembaca blog ini. Alhamdulillah...Dapat meraikan Aidil Adha yang pertama selepas pulang dari Tokyo. Kali ini, giliran pulang beraya di kampung halaman saya di Bagan Datoh, Perak.

Kami bertolak pagi raya dan hujan membasahi bumi Bandar Kinrara. :) Sejuk sket perjalanan. Pagi tu memang tak masak apa-apa pun. Niat nawaitu dari malam sebelumnya nak makan kat luar ajer. Hahaha...Actually, banyak kedai makan tutup. Sudahnya, kami bersarapan pagi di restoren mamak di Klang Sentral.

Hannah order Nasi goreng pataya terus. Huhuhuhu
 Anak bujang macam biasa peminat tegar roti canai
Ni kongsi budak-budak tu makan. Kalau order sorang satu..susah sket nak habis. Kalu macam ni, InshaALLAH confirm habis sebab satu lagi berebut nak makan.

Jalan memang clear jadi perjalanan pun seperti biasa. Dari Puchong ke kampung saya cuma ambil masa dalam tiga jam sahaja (non stop). Semua orang dah balik awal agaknya. 

Mak macam biasa...masak macam-macam termasuk menu legend setiap tahun yang pasti ada. Ayam kampung masak kicap, sambal kacang, nasi himpit buatan sendiri, lemang, kulit lembu pun ada buat masak lemak, perut campur tumis dengan kacang panjang, suun dan sup tulang. Sedap. Sedap. Sedap. Sedap. Tak tau nak cakap camana sampai malas nak bawak keluar kamera. Nak makan dan hayati betul-betul! :)

Petang tuh...ayah bawak balik lagi  daging korban. Ketang ketung kat luar guna kapak potong-potong tulang lembu tuh. Mak pula buat kuih siput. Homemade you~~~ sangat sedap tapi nak buat boleh tahan berejam juga la.
Ini rupa doh kuih siput yang dah siap dibancuh. (Nanti saya buat entry lain untuk resepi kuih siput ni yer)
 Selain bentuk nya seperti siput, cara membuat nye juga sangat slow macam siput. Hahahah!
Ada budak yang excited nak tolong buat sebab die eager sangat nak tahu camane kekdahnya buat kuih siput ni. Jadi opah memang melayan sungguh  the cucu(s) .
 Antara beberapa 'ekor' siput yang siap dibentuk
Ahah! ni anak saudaraku yang berusia 3 tahun lebih. Sibuk juga nak tolong buat. Memang seronok la sangat budak ni.
Tadaaa~~~~ kuih siput yang dah siap digoreng. Meletops sangat rasanye. Budak-budak ni, makan kuih ni macam makan nasi. Bayangkan la, nak buat from scratch sampai siap ambil masa berejam. Tapi cepat jer habis. Memang leka makan krup..krap..krup ..krap mengunyah.

Aktiviti lain budak-budak di kampung adalah termasuk bermain-main seperti gambar di bawah. Teringat zaman kami adik beradik bermain. Sama la macam ni.....
Masa main ni tak ingat panas. Yerla ..dengan cuaca yang memang panas ditambah lagi dengan korang yang dok main dengan api tuh. Aiiyaaa~~~ masuk jer rumah habis semua berpeluh lepas tuh masing-masing kehausan.
 Ni antara pokok-pokok bunga yang mak tanam di sekitar halaman rumah. Senang ajer nak jaga kan..
Esoknya, kami ziarah saudara mara. Dapat juga bertandang ke rumah mereka. Maklumlah, Hari Raya Aidilfitri ari tuh, kami tak sempat nak jumpa.
Petang nya, berehat ajer kat rumah. Esok nya pula kami jalan-jalan ke Teluk Intan. Niat nya nak cari telekung and tudung instant Hannah. Dapat pun yang berkenan di hati. Lepas tuh jalan-jalan cari makan kat restoren Mee Mastan Ghani.
Ini nama kedai yang jual shawl dan telekung tuh. Lokasinya bertentangan dengan CIMB BANK di Teluk Intan. Harga telekung cuma RM30 dan kualiti kain nya sangat bagus ditambah dengan kepanjangan dan kebesaran telekung tu. Sesuai sangat untuk Hannah. Susah nak cari yang harga macam tuh di area Puchong ni dengan kualiti yang tip top!
 Murah-murah ajer..RM20 selai. Macam-macam kaler dan agak cantik juga bila dipakai
Lepas shopping ..kami lunch kat sini pula....
 Budak ni cakap..."Uwais nak makan ABCD" eh! nasib baik tak habis sampai Z ko sebut nak oiii...
                  Tengok Umair makan mee rebus ni, agak-agak sedap ke tidak yer? Hahahah!
 Tekak Melayu sangat anak dara sorang ni

*
*
*
*
*
*
*
Sebelum pulang ke rumah, sempat juga ajak suami round-round tengok sekolah lama dan menara jam condong Teluk Intan.
Ini sekolah yang banyak menyimpan 1001 kenangan manis, pahit, masam, tawar semua la ada. Lain sangat dah rupanya. Jauh berbeza. Rindu betul alam persekolahan.

*
*
*
*
*
*
*
Petang nya, ayah bawak balik durian pulak. Uiiiiii....sedapnya laahai. Tapi tak makan banyak pun sebab dah rasa tekak ni perit pedih. Nanti lagi panas dibuatnya. Makan la 2 ulas ajer. 
 *
*
*
*
*
*
Dan pagi tadi sebelum pulang ke pangkal jalan, sempat lagi mak melayan cucu-cucu. Disuruhnya siram pokok bunga. Memang seronok la derang.
Terima kasih mak dan ayah. Kasihmu tak bertepi...semoga syurga balasan buat kalian berdua. InsyaALLAH...ada masa cuti panjang lagi, nanti kami balik yer.

That's all from me and thank you for reading!

:)

See you in the next entry, InshaALLAH.



You Might Also Like

5 comments

  1. Alhamdulillah raya aidiladha penuh dgn cerita. Best jalan2 sy raya kl je kak. Hehe

    ReplyDelete
  2. Meriahhh kan sambut raya dekat kampung. Hehe. Salam Aidiladha kak:) Mee rebus tu mengancam, durian jugak. Haha. Nani balik Pahang ingat nak makan durian tapi dah takdek buah T_T

    ReplyDelete
  3. seronoknya ada kampung kan.umi UA pun menu raya sama,ayam masak kicap!must have kalau xtak lengkap raya hehe..kueh siput tu sedapnya.tak pernah tahu cam mana buatnya hehe..baru tahu tgk entri ini hehehe..selamat hari raya nany

    ReplyDelete
  4. seronoknya ada kampung kan.umi UA pun menu raya sama,ayam masak kicap!must have kalau xtak lengkap raya hehe..kueh siput tu sedapnya.tak pernah tahu cam mana buatnya hehe..baru tahu tgk entri ini hehehe..selamat hari raya nany

    ReplyDelete
  5. syoknya blk kg..mcm2 xtvt blh buat

    ReplyDelete