Seronoknya bermain layang-layang di Taman Metropolitan Kepong

By Sunday, October 09, 2016 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Seriously, pertama kali sampai ke sini semalam rasa seronok dan teruja sangat! Tak sangka ada taman yang best macam ni kat Malaysia. Haha..aduhhhaii. Poyo jer bunyi nyer. Sekurang-kurangnya, terubat rindu dengan koen ( park ) di Jepun.

Bertolak pukul 3:00pm dari Puchong dan berpandukan Google Map dan pedoman dari ILLAHI, kami sampai juga di taman ni. Cuma nak bgtau, masa kecederaan ditambah lagi 15minit sebab terlepas masuk simpang tuh. Maklumla, tak pernah sampai. Ingatkan ada lagi jalan masuk kat depan. Tapi sangkaan ku meleset sama sekali. Huk!

Dan..terima kasih ALLAH..sebab dah terlepas simpang masuk tuh, saya terpaksa U-turn semula di bulatan Batu Caves tuh dan terus singgah di Stesen Minyak Pam Shell. Memang ngam-ngam masuk waktu Asar. Dalam pukul 4:15pm macam tuh. Cantik percaturanNYA. Sebab sebelum pergi memang memikir mana nak solat asar.  Ade hikmah di sebalik terlepas simpang. Jadi, pengajarannya..sentiasa positif dan bersangka baik dengan ALLAH yer kawan-kawan :)




Okey...walaupun sampai agak awal, memang susah sket nak cari parking dalam ni. Kena berpusing-pusing juga beberapa kali dan mula lah mama ni minta anak-anak semua berdoa , berselawat untuk mencari parking. Dan akhirnya....jumpa juga. Alhamdulillah..ada juga rezeki kami. The power of du'a!

Anyways, next time kalau parking dalam penuh, korang boleh ajer parking kat luar taman. Tengok ramai jer orang park kereta sepanjang jalan kat situ.  I is tak berani nak buat macam tu sebab husband tade. Kang kena block ke ape ker..malas nak "menguruskan" kejadian tu sesorang dengan anak-anak lagi.
Masa ni belum ramai lagi. Jadi, bayangkan belakang tuh ala-ala Mount Fuji. Bhahahah! Sambil-sambil tunggu Lin dan Kak Nadia datang. Cuci mata juga tengok apa yang ada kat sini. Macam-macam rupanya! Boleh main kat taman permainan, ada roller blade, trek jogging and basikal untuk disewa.

Anak-anak terus excited and rambang mata tengok pelbagai bentuk , warna dan saiz layang-layang yang dijual ni. Memang cantik sebenarnya pemandangan ni. Kat Jepun dulu tak jumpa gini. Hahaha...!

Kami rehat santai kat area sini ajer. Fokus nak main layang-layang dan giant bubbles . Tunggu husband balik lah ajak round lagi. Menurut kata Lin, taman ni besar ada tasik lagi. Mesti lawa photoshoot kan?

Yang ditunggu sudahpun tiba. Inilah Lin. Sahabat ketika hidup merantau di Jepun :) Korang kalau datang sini, jangan lupa bawa tikar boleh buat lapik piknik terus. Berbaloi tau uolls!
Tengoklah aneka roti sandwich yang Lin bawa. Saya cuma buat brownies. Keropok lekor tuh beli kat sini ajer. Eh! ada macam-macam gerai makanan tau kat sini. Air pun sama. Jom tengok apa ada orang jual kat sini
Lagi satu, sebelum terlupa..kalau nak beli air milo yang sedap sila pergi ke gerai yang ade tulis perkataan milo tu yer. Memang sedap sangat, berlemak cukup rasa milonya. Siap ada tagline lagi kat situ.."kalau tak sedap, boleh kembalikan duit". Memang statement berani mati gitu..hahah..
Saiz kecil Rm2 jer. Which is saya rasa, yang saiz kecik tuh pun dah banyak dah sebenarnya. Kalau saiz besar RM3 sebekas. Jadi, jangan lupa dapatkan air milo original dari abang tuh yer.
 Muka seronok dan excited dapat main bubbles
 Amni. Sangat stylo ala-ala ballet macam tuh sambil main bubbles
 Main puas-puas yer nak~
 Ini memang ada darah kelate ni.Ewauu bule sangat mung Eji! Hahaha~
Ceria ajer bila tengok layang-layang Eji ni. Senyum sokmo !

 Pandai Yaya main Giant bubbles ni~
Eji pun nak main jugak. Seronok sungguh nampak yer
Maka, kedua anak lelaki saya bersetuju memilih layang-layang bercorak Doraemon. Ni tengah berbincang sape nak tarik tali sape nak pegang layang-layang. Hehehe~
Lajuuuuuu tau Uwais lari. Semangat betul dia nak kasi layang-layang die terbang tinggi. Kelakar pun ada tengok die berlari bersungguh tuh.

Gigih sangat Dede a.k.a Eji ni melayan anak-anak. Sampai Hannah pandai buat sendiri. Terima kasih Dede..Semoga ALLAH murahkan rezeki and dipermudahkan urusan untuk ke alam perkahwinan yang tak lama lagi


 Seiring  dan sejalan~
 Semua ikut kata Dede. Dah macam sukan dah gayanya.
Fokus yer Abang Umair. Betul-betul dia tengok bagaimana bubbles tuh nak mengembang membentuk jadi belon yang sempurna.

 Masing-masing pasang kekuda dah ni. Tunggu arahan dari coach ajer nak bertindak
 Yaya~~
 Masa menghapuskan belon!!! Serangggggg~~

 Dan ahli yang seterusnya sudahpun tiba. Kak Nadia in the house!!!
Kat Jepun bawak troli untuk shopping..kat sini pun bawak lagi troli bawak makanan pulak! Hahaha!~
Pisang goreng, keledek goreng, jagung rebus beli kat sini jer. Yang sambal kicap tuh memang Kak Nadia bawak from house. Rajin sungguh la kakak ku ini. Sambal kicap dia ni memang signature kami masa kat Jepun dulu. Teringat-ingat dibuatnya. Ahaks!
Haaa...Rambutan pun Kak Nadia bawak jugak. Buah nangka pun ada. Meriah betul...memang kenyang. Alhamdulillah.

Kami bertolak balik dalam pukul 7pm macam tuh. Singgah solat kat rumah Mak Lin sebab dekat jer dalam 5 minit dah sampai. Kat sana, makcik hidangkan kami dengan teh -o panas, pulut durian, kek lapis and cempedak goreng. Alahaiii.... Terima kasih sangat-sangat atas layanan yang baik ni. Terharu betul. Walhal nak singgah solat ajer pun.

Thanks Lin and Kak Nadia. Anak-anak seronok sangat dapat jumpa balik. Next time ada rezeki sihat tubuh badan, ALLAH izinkan..kita gather lagi macam ni yer.

Total kami spent semalam :

Air milo dijamin sedap, InshaALLAH = RM4.00
Bubbles botol kecik 2 =RM6.00
Bubbles besen kecik = RM5.00
Bubbles besen sabun pekat = RM6.00
Jumlah =RM21.00 


Untuk review yang kali ini, saya tak leh nak komen pasal toilet dan surau sebab tak menjengah langsung ke sana. Rasanya macam ada, tapi tak dapat dipastikan betul atau pun tidak. Nanti, InshaALLAH..kalau pegi sekali lagi boleh la pegi tengok. Hehehe

That's All and Thank you for reading!


 






You Might Also Like

10 comments

  1. wahh bestnya piknik ramai ramai.

    best kan situ, tapi tu lah bab parking tak pernah dapat kat dalam. selalu kena menapak. lepas tu kalau public holiday memang tak sanggup ler area situ. jem melekat kang. hehehe. Last pergi Maira dalam stroller lagi. kali ni kalau pergi Ash pulak naik stroller T_T

    http://mommycici.blogspot.my/2015/02/lepak-di-taman-metropolitan-kepong.html

    ReplyDelete
  2. bestnya...
    pernah lalu sana tapi tak pernah singgah. Banyak kedai jual makan, tak payah bawa bekal dari rumah.

    ReplyDelete
  3. Sedapnyer...meriah rasanya baca entri nie...rasa macam saya dah sampai Taman Metropolitan Kepong.

    ReplyDelete
  4. Pergi tempat macam ini kalau tak bawa makanan pun tak takut lapar sebab banyak gerai menjual. Boleh buat duit.

    Anak-anaklah yg seronok nampaknya.

    ReplyDelete
  5. tempat ni punyalah dekat ngan rumah irda...baru sekali p masa joging hari tu...lama sangat tak p..huhu....meriah ..anak2 paling suka kan ...

    ReplyDelete
  6. Wow, terasa teringin pulak nak menjengah kat sana. Tapi apakan daya... kita ni nunnnn jauhhh dekat Terengganu. Pejam mata ajer lah ^_^

    ReplyDelete
  7. nampak best sebab pic2 nany lawo2...hidup jek gambar2 lieya tgk....

    piknik sambil makan2, anak2 plak main bubbles main kites...adoii best sgt nany...sambil tu kite dok chit chat ngan kawan....silap2 tak sedap mase berjalankan heheheeheh...cume tu laa kat sini panas...dok piknik kejap ketiak dah basah dah hahahahahaha

    ReplyDelete
  8. Meriah nya sne.siap ada gerai lg..kt setia alam pun best juga tau nany cantik ...

    ReplyDelete
  9. patutlah jalan jem ritu... ponuh kete tepi taman layang 2 tuh.

    ReplyDelete
  10. tq promote milo sy....sila dtg lg...insyallah kalau bgtau saya saya belanja

    ReplyDelete