Tips jika berseorangan keluar bersama anak-anak kecil

By Friday, October 07, 2016 , , ,



Keluar berseorangan bersama anak-anak kecil sudah pasti sesuatu yang agak mencabar untuk dilakukan. Ada kalanya kita tiada pilihan melainkan untuk membawa kesemuanya sekali. Walaupun sukar tetapi percayalah, dengan sedikit persediaan dan jiwa yang kental kita semua boleh melakukannya!

Sebelum berkongsi tips dengan lebih lanjut,  perkara yang paling utama untuk diberi perhatian di sini adalah pentingnya untuk mengenal diri kita sendiri. 

Ya! Kita semua mempunyai personaliti yang berlainan antara satu sama lain. Anda yang jenis bagaimana? Sukakan sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan? Seorang yang mampu berdikari dan suka mencuba sesuatu yang baru? Selain itu, lihat dan kaji tahap kesabaran yang ada di dalam diri masing-masing.

Penting! Supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kesian anak-anak dan malu juga pada orang ramai.

Seterusnya, kenali perwatakan anak-anak anda. Mungkin jenis yang introvert ataupun ekstrovert. Kemungkinan juga anak anda  mempunyai sindrom penyakit  lain seperti ADHD iaitu Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Di sinilah anda perlu berusaha memikirkan cara yang terbaik untuk keluar bersama mereka tanpa sebarang masalah ataupun masalah dapat dikurangkan.


Berikut adalah tips yang ingin dikongsikan bergantung kepada situasi yang berlainan :

1)     Situasi ketika mahu membeli belah barang dapur :


Elakkan pasar borong kerana keadaan lantai yang sentiasa berair dan kawasan yang sempit. Ianya boleh mengundang bahaya kepada anak-anak anda. Carilah pasar raya yang menyediakan khidmat parking dan lebih mesra kanak-kanak. 

Pesan terlebih dahulu kepada mereka apa barang ataupun makanan yang boleh dibeli dan yang tidak boleh dibeli. Anda juga perlu tegas dan sentiasa mengingatkan mereka. Berilah anak-anak makan dan minum terlebih dahulu. Jika mereka pergi dalam keadaan lapar, kecenderungan mereka untuk buat hal adalah lebih tinggi. Ini akan merumitkan keadaan dan kemungkinan anda terpaksa pulang ke rumah dan membelli belah di atas talian sahaja. 

Buat senarai barang yang perlu dibeli bersama anak-anak. Minta mereka menulisnya dan jangan lupa untuk semak kertas tersebut ketika aktiviti membeli belah dilakukan. Percayalah! Ianya sangat menyeronokkan kerana mereka akan berlumba-lumba membaca, mengambil barang dan menanda barang yang sudah dibeli.

Jika lalu di bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan. Beritahu mereka dan tunjukkan apakah nama sayur sayuran dan buah buahan tersebut. Terangkan juga warna dan rasanya. 

2)    Ketika menunggu di klinik atau di pejabat pos atau di mana-mana sahaja :


Menuggu tanpa melakukan sesuatu adalah sesuatu yang sangat tidak disukai kanak-kanak. Oleh itu, perlu untuk kita membuat beberapa persediaaan awal. Antaranya ,sila semak masa operasi urus niaga. Lagi bagus jika boleh datang seawal mungkin. Ini boleh mengelakkan masa menunggu yang boleh menjadi sangat lama. Jangan lupa barang mainan kegemaran anak-anak yang mudah dan senang dibawa. Seperti contoh : kereta mainan kecil ataupun soft toys.

Lakukan aktiviti lain seperti membawa sebarang majalah atau buku kesukaan anak-anak untuk dibaca bersama-sama. Kertas kosong dan pensel juga sangat membantu. Lukis objek sekeliling yang dapat dilihat seperti meja, kerusi, kereta dan pokok. Seterusnya, kira jumlahnya bersama-sama. Anak-anak juga cepat lapar dan haus. Bawalah sedikit bekalan makanan seperti biskut atau roti dan air masak.

3)  Memenuhi jemputan kenduri atau sebarang majlis harijadi



Pastikan perut anak-anak anda tidak terlalu lapar ataupun kenyang sebelum menghadiri sebelum majlis tersebut. Terangkan majlis yang akan dihadiri itu bagaimana. Majlis harijadi tidak sama dengan majlis kenduri kesyukuran ataupun perkahwinan. Sentiasa ingatkan kepada mereka untuk tidak berebut-rebut ketika mengambil makanan ataupun minuman. 

Akhir sekali, kita sendiri perlu tenang dan pastikan perut juga sudah diisi. Barulah senang untuk mengawal anak-anak. 

Jadi anda semua bagaimana? Sudah berani untuk membawa anak-anak keluar berseorangan ?
Sila kongsikan  jika anda pernah mengalami  situasi seperti di atas dan mempunyai tips lain dan lebih menarik!

That's All and Thank you for reading!

 


You Might Also Like

5 comments

  1. Dah lupa cara kakak dulu macamana sebab anak-anak semua dah remaja:)
    Tapi tips yg diberi memang boleh diaplikasikan.

    ReplyDelete
  2. Salam BW dari Diari Dandelion,

    Tips yang bagus NF.
    Since anak saya sekarang pun boleh tahan lincahnya, buat saya risau nak ke mana-mana tanpa papa dia.

    ReplyDelete
  3. dah berjaya bawak Lihin ke bank, dia nampak agak rimas. ahahaha.

    ReplyDelete
  4. Thanks for the tips! Baru bawa sofia yang 2 months ke tesco... Er. Tak sampai sejam kut sebab tak reti nak handle sangat lagi..

    ReplyDelete
  5. Kalau bawa sorang pnh la nani ok lg yg adik tu.kalau bwa dua2 msyallah mencabar btul..tu bru dua..kdg fikir 2 3 kli nk kuar ke tak kalau tak ada suami..huhu

    ReplyDelete