Cerita Hari Ihtifal ( graduation ) Umair - Tadika Little Caliphs

By Tuesday, November 22, 2016 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulilllah...

Hari Ahad lepas ( 20 November 2016 )  merupakan hari konvokesyen Umair dan Hannah. Walaupun agak memenatkan sebab back-to-back ..hati dan perasaan seorang ibu ni terus jadi happy bila tengok anak-anak dapat naik stage buat persembahan dan seronok dapat jumpa kawan-kawan.

Majlis graduasi Umair dibuat di Dewan Perdana, di dalam kawasan Kem Tentera di Sungai Besi.

Kami sampai pukul 2:45pm. Pertama kali masuk ke dalam kawasan kem ni. Besar rupanya. Abang jaga (guard) pun askar  siap dengan senapang ke machine gun. Haha! Lalu la UPNM dan MTD. Jauh masuk ke dalam rupanya.

Sampai jer ke dewan, kami ambil tempat terus. Umair with his teacher and friends. Sekali mama lupa pakaikan kopiah pulak. Kacau mood sekejap. Mujur teacher bagi pinjam sape punya ntah. Gomennasai Umair. Mama dah tua ...banyak benda terlupa.
Semua anak-anak ditempatkan di suatu tempat khas di bahagian atas. Senang berkumpul ramai-ramai kat sini.
Berbaris sementara menunggu acara pertama untuk Umair dan rakan sekelas 6yrs old
 First performance by Umair and his classmates.Hafazan beramai-ramai last 10 surahs in Al-Quran.
Seterusnya ucapan perasmian daripada pengetua Tadika Khalifah Cendiakwan, Puncak Jalil.
Then, persembahan by 4 yrs old students. Comel-comel sangat lah budak-budak ni sebab pelbagai gaya, ragam serta aksi. Kawaii!!
 Mak, pak, atuk , nenek, sedara mara pun sakan amik gambar takmo melepaskan peluang merakam segala detik manis ini. Boleh buat kenangan bila dah besar nanti.
Ini la sebahagian dari teachers di tadika Umair. Tengah sama-sama mencuba untuk meleraikan simpulan tali reben belon. Hehehe~~~

 Lama juga tunggu persembahan Umair. Maklumlah, lepas persembahan 4yrs tu ada lagi persembahan lain. Sempat amik few gambar di luar dewan masa beratur tunggu giliran
 Dan bermula lah persembahan choral speaking yang bertajuk "obey your parents" dari Umair and the geng!
 Comel kan? lentok sana, lentok sini. Pandai teacher trained derang.
 Alolo...sweet nyer. Macam popsicles! :)
 Bila dah habis buat persembahan, kesemua anak-anak tadi diberikan belon berbentuk hati dan  ditulis "I love you". Derang kena bawak belon tersebut dan diberikan kepada parents masing-masing.
Thanks so much abang! mama sayang abang sangat-sangat :) I love you too~~~
 Ada banyak lagi persembahan lepas tuh. Antaranya...drama sketsa. Memang kelakar lah! pandai budak-budak ni berlakon. Ada bakat!
Dan sementara menunggu acara kemuncak  majlis iaitu konvokensyen anak-anak 6 tahun. Jom kita lihat apa yang si bongsu buat?
Kebosanan. Awal-awal dah paw belon yang abang bagi kat mama tadi. Takperla nak, janji bahagia. Haha!
Dan sekarang...tiba lah masa yang ditunggu-tunggu. Masa ni semua students 6 yrs old beratur di luar dewan.
Behind the scene :

 "Pusing, pusing..cepatlah pusing...teacher suruh pusing tuh" 

Kecik jer Umair ni. Takperla bang..size doesn't matter. Harap-harap..jiwa abang besar dan kental untuk menghadapi cabaran hidup di dunia yang penuh dengan ujian.
Teacher Ninie. Guru kelas Umair. Terima kasih tak terhingga Teacher Ninie..mendidik Umair selama 6 bulan Umair belajar di sini. Walaupun bila tanya, belajar apa kat sekolah? Jawapan standard..main ajer mama. Hahah! okeyla kan..kata nak jadi macam Negara Findland. Sesuai sangat kot :)
Ada iras Fauziah Gous tak ? Err...yang belakang Umair tu yer. Hehehe~
 Final touch up before naik pentas
 Sempat lagi borak dengan kawan sebelah
 Photos session with all his friends and teachers
 Anak papa. Sama botak sama handsome!
With my two sons. Tahniah Umair! Next year dah standard 1 dah. Cepat jer rasa anak-anak membesar.

Nasib budak-budak size kecik ajer jadi muatlah pentas tu. Habis jer  sesi bergambar , kami terus bergegas untuk ke malam anugerah Hannah pulak. Masa tu dah pukul 6:45pm. Kena ada di Marriott IOI Hotel, Putrajaya by 8:00 am. Memang tak sempatlah nak on time. Nak check in, mandi, solat bagai. Kesian Umair dia cakap lapor. Nasib baik ada beli kek cokelat kat booth dalam dewan tu tadi.

Kita sambung entry lain la eh. Stay tuned!!!!

That's all and thank you for reading!













You Might Also Like

7 comments

  1. salam perkenalan..
    anak saya Genius Aulad..
    pun dah konvo jugak..darjah satu tahun depan..
    sekejap je mase berlalu..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. dah konvo ye..
    Anak kita sebaya.. sekejap je dah nak darjah satu kan.. Seronok mereka bila diraikan begini..

    ReplyDelete
  3. Persedian yang terbaik untuk anak2. Mengikut keterangan awak serta tengok gambar2 dlm entry ni saya percaya pusat kanak kanak tu berjaya memberi asal pelajaran kpd anak2.

    ReplyDelete
  4. sekrang semua musim.graduasi...tahniah dear..anak2 comel2..moga anak2 membesar dengan sihat n berjaya dunia akhirat..amin

    ReplyDelete
  5. sekrang semua musim.graduasi...tahniah dear..anak2 comel2..moga anak2 membesar dengan sihat n berjaya dunia akhirat..amin

    ReplyDelete
  6. olor...comey2 je budak ni semua...
    tahniah buat umair

    ReplyDelete