Jalan Jalan Japan Malaysia Vs Book Off Japan

By Friday, November 18, 2016 , ,

Assalammmualaikum w.b.t

First of all, I would like to thank to my blogger friend : Mommycici. Thanks for the entry and share it with all  us!
Rindu sangat dengan Japan dan sebab pernah sampai di "Book Off" Japan, jadi nak sangat tengok and 'feel' how 'Japanese' the shop will looks like. Hiks!

Jom throwback jap. Ini cerita kami ke Book Off fi Minami Funabashi, Tokyo. Japan.

 http://www.nanyfadhly.com/2014/12/kedai-second-hand-di-jepun-second-hand.html

December, 2014. Minami Funabashi, Tokyo. Japan
 During Grand Opening today, 18 November 2016

Jalan Jalan Japan, level 1A, One City Mall ( Sky Park ), Subang Jaya.
Jambangan bunga penuh sana sini. Maklumlah, inikan hari pertama pembukaan Jalan Jalan Japan. Seronok sangat bila melangkah masuk ke dalam kedai ni. Terus disapa “irrashaimase” yang bermaksud selamat datang. Rindu betul nak dengar suara asli orang Jepun. Slang tu original. Penting untuk dapatkan 'feel'.

Kedai ini agak luas, ada dua tingkat. Tingkat atas menjual barangan orang dewasa termasuk, baju, seluar, handbag, kasut kanak-kanak, kasut dewasa, alatan sukan dan terselit di bahagian belakang barang keperluan bayi termasuk - stroller dan car seat.
Baju - baju ini kesemuanya dijual dengan harga yang berpatutan. Belek-belek, terjumpa yang serendah Rm10.
 Macam-macam jenis seluar jeans dan jacket yang dijual
 Rambang mata kan tengok? Nak belek satu-satu memang lama la. Mau satu hari kat dalam ini. Huhu
Kasut boot comel-comel sesuai dipakai di musim hujan sekarang ni. Cuma RM5 ajer. Quality memang terbaik. Berpatutan sangat dengan harga.
Kasut dewasa, ada yang saya tengok tadi harga dalam Rm15.
Brand Osh Kosh pun ade tau! Cuma size jer la mungkin problem. Lagi satu, derang takder stok. Apa yang ada atas rak tu ajerla yang ada. Harga kalau tak silap boot Osh Kosh is RM15. Murah khenn???
 Pelbagai jenis handbag yang mampu membuat anda terduduk nak belek satu-satu
Luggage ada macam-macam size dan warna. Nak buat balik kampung, gi jenjalan obersea pun boleh. Dipersilakan...hehehe..
 Kot-kot ada yang minat sukan air. Surfing gittew. RM100 ajer!
Untuk anak-anak yang suka naik roller blade atau basikal dan mementingkan keselamatan. Boleh la beli ni kan?  Untuk golfer pun ada! Jangan lepaskan peluang yer.
Seterusnya mari kita lihat dan cuci mata barang keperluan bayi dan kanak-kanak pula. Untuk sesiapa yang ingin mencari stroller branded dengan harga yang murah boleh lah dtg sini. Personally, bila dah anak tiga ni.. penting rasa nya untuk mencari stroller yang tahan lasak especially kalau memang  nak guna betul-betul bila outing. Maclaren is one of our favourite brand. Ringan, tahan lasak dan boleh lipat-lipat. Sapa yang ada anak twins tuh boleh la kot cari kat sini. Kena cepat, sebab kalau lambat takut kena rembat!
 Percubaan untuk menjadi baby semula! Hahaha!
 Eh-eh! muat la pulak!
 Selain stroller, car seat pun ada yer.
Dan dari tingkat atas tersebut, sudah jelas kelihatan barangan mainan kanak-kanak. Emak adalah manusia paling excited selepas anak-anak . Lihat sajalah pelbagai jenis kereta sorong yang masih baik keadaan nya.
 Perabot pun ada. Tapi tak banyak. Heheh...

 Nah amik...beratur penuh rak dengan soft toy.
Sepasang Hello Kitty yang memakai pakaian tradisional Jepun. Hanya berharga RM2! Elok bersih patung dia . Tak comot pun!
Toys section. Umair and Uwais memang lama sangat kat sini. Semua derang nak belek. Rambang mata dibuatnya. Kesian. Haha!
 Khas untuk peminat ultraman
 Skirt panjang dan seluar kanak-kanak.
Tersusun kemas mengikut size. Takde la penin nak memilih dan membelek macam kedai bundle biasa. This is so Japanese!
Apa lagi yang menarik?

Nursing and kids room! Hoyeahhh!!!! ini berita yang sangat menyeronokkan  untuk ibu bapa yang ada baby and anak-anak kecil. Sementara ibu or bapa bershopping, boleh la anak-anak main kat sini. Bersih dan luas sangat kawasan nya. Harap sangat, kita dapat menjaga kecantikan dan kekemasan yang disediakan ni. Please jangan rosakkan or conteng anything kat sini. Perents tolong sama tengok anak-anak while they are playing at this area ok? Takmola nanti Nihonjin (org Jepun ) ingat Malaysian tak pandai jaga barang.
Jalan depan sket lagi, jumpa sket lagi toys. Tapi yang ni small sizes la. Macam miniature. Then, lepas tuh...akan ada jumpa section pinggan mangkuk, cawan, gelas, periuk belanga bagai. Eeeee..geram tau tengok! kalau pandai pilih memang dapat corak yang lawa-lawa. Unik sangat!



Saya beli bekas ni. RM50! ringan and sesuai la nak hidangkan kuih ke, mee goreng ke, pasta ke, spaghetti ke. Haaa..macam-macam la lagi. Haha!
Lepas ni, kalau nak pegi jalan-jalan ke negara 4 musim during winter time. Boleh la datang sini belek-belek. Mana tau jumpa yang sesuai kan!
Ada satu section tu, sekali tengok macam koperasi sekolah dah. Hahah! pen, pensel, pensel kaler pun derang jual. Macam dalam gambar kat atas ni la. Derang bungkus-bungkus ajer dalam plastik biasa. Ada yang dah terkoyak pun. Harap takde yang panjang tangan la amik bende kecik-kecik macam ni. Huhu...
 Barang perhiasan rumah
Teko merah tu lawa uollss! buat la teh tarik ke kat dalam tuh..kopi O atau sirap! pun boleh!!!! Haha~
Next is kimono!!!! Tak sangka, yang ni pun derang bawak masuk. Cayalah! Cuma, tak derla banyak sangat pilihan.
Barang-barang lain yang lebih berharga diletakkan di dalam almari cermin macam ni. Sama seperti di Book Off, Japan. Bag LV pun ade. Tak check pula harga berapa RM
Jam G-Shock!
 Sementara nak tunggu beratur bayar. Belek la ultraman masing-masing. Rm6 and RM10 each!
Tu diaaa!!! so far, kaunter bayaran ada 2 jer. Jadi, lama la sket beratur nak bayar. Hehehe...
Lepas habis bayar, jangan  lupa ambil gambar di photobook yang disediakan. Nanti tunjuk gambar tuh kat kaunter then dapat 5% discount.

Tadi sempat berborak dengan one their staff yang  memang orang Jepun. Suka sangat bila dapat cakap dengan derang. Borak punya borak, die bagi business card dia. Managing Director rupanya. Tapi sempoi ajer, pakai Tshirt biasa sama macam staff derang. Sama-sama turun padang buat keje.

So, korang apa tunggu lagi?

Terjah la cepat yer. Kalau tak nanti..yang best-best kena rembat dulu. Parking pun banyak kat sini tade masalah.

That's all and thank you for reading!


You Might Also Like

8 comments

  1. Bestnya.. boleh dapat barang bagus2 dgn harga yg berpatutan..

    ReplyDelete
  2. haii dearrr...hehehe enjoykan kat sana..i pergi ngan cici hari tu...cam tak cukup sehari rasanya...hehe

    ReplyDelete
  3. tadi g beli bumbo seat nasib sempat rembat.. heheheh..

    ReplyDelete
  4. Wow. Nampak menarik dan murah ni. Nk cuba pergi la. Tq for info kak

    ReplyDelete
  5. Murah murah tengok, nanti kena terjah jugak macam ni :)

    ReplyDelete
  6. eh untungla ultraman tu harga camtu. bolehla nak gi cuti sekolah ni

    ReplyDelete
  7. bestnya....klo dekat..confirm pergi jgk ni

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.