Kisah Saya, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun

By Tuesday, November 01, 2016 , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Saya merupakan anak ke -2 dari 5 orang adik beradik. Kesemua adik-adik , abang dan suami yang tersayang pernah belajar bahasa Arab di peringkat sekolah menengah rendah.

Berlainan dengan saya seorang.  Yang dari sekolah rendah hingga sekolah menengah rendah hingga sekolah menengah tinggi hingga ASASI (Matrikulasi) masuk Universiti hingga ke alam pekerjaan. Knowledge saya tentang arabic adalah "Zero".

Saya hanya membaca ayat Al-Quran tanpa mengambil tahu sangat maksud yang tersurat dan tersirat. Hanya setelah 9 tahun bekerja saya menjinakkan diri dengan join kumpulan usrah di tempat kerja. Di situ, kami tadabbur ayat-ayat Al-Quran dan cuba untuk refleks dalam diri masing-masing. Bagaimana ayat itu dapat digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Sehingga penghijrahan saya ke Negara Jepun pada akhir tahun 2014. Masyarakat Jepun sukar memahami bahasa asing. Jadi, saya gigihkan diri belajar bahasa ibunda mereka. Lagipun, waktu itu saya merupakan suri rumah dan terfikir aktiviti lain yang boleh saya lakukan sambil-sambil menjaga anak-anak.

Saya ambil kelas online melalui KUMON. Pembelajaran banyak self learning. Kena push diri sendrik untuk siapkan sebelum deadlines. Perjumpaan dengan sensei pula hanya melalui skype. Kalau tak silap saya, sebulan sekali. Sekali perjumpaan dalam 20- 30 minit sahaja. Sensei akan check bacaan saya dan ada verbal test juga la. Ohaiyo Gozaimasu! O genki desuka? Nani o tabemasuka?

Saya belajar grammar juga. Selain itu, kalau nak tahu...tulisan orang Jepun ni ada 3 jenis. Dan sangat digalakkan untuk master ketiga-tiga jenis tulisan mereka ni. ( Kanji, Katakana dan Hiragana) . Bukan apa, sebab tulisan mereka memang bercampur baur. Sedap la di mata mereka agaknya. Macam makan nasi kerabu diagul dengan budu. Eh!
Cara penulisan juga perlu betul. Nanti sensei akan buat tanda 'flower' macam kat dalam gambar tuh. Itu bermaksud "Hanamaru". Hana itu bunga..maru tuh bulat/ zero. Jepun tidak menggunakan tanda "tick" jika jawapan tersebut betul sebaliknya, akan ditandakan bulat :) . Comey dak? hehehe~

 Jom mengira dalam bahasa Jepun. Alhamdulillah..masih boleh ingat tulisan hiragana di atas tuh :)
Dan sehingga lah saya stop sampai ke level D. Level E saya buat separuh jalan sahaja. Alasan tak nampak hala tuju dan mula rasa give up di situ. Mereka di Jepun juga ada dialect sendiri. Saya cuba praktiskan tapi hanya yang pernah melalui nya sahaja yang memahami. Ditambah lagi, saya hanya menetap di sana lebih kurang setahun lebih sahaja. Kalau lebih lama mungkin saya akan teruskan. Bolehlan nak cakap sikt-sikit. Tapi kalau dah kena dengan orang Jepun yang cakap laju macam shinkansen tuh memang nangis tak berlagu juga. Wuwuwuwuwu~~~

Dalam hati, saya terdetik...lagi bagus kalau aku belajar bahasa arab. Boleh faham apa yang ALLAH SWT cuba sampaikan dalam Al-Quran. Boleh faham bacaan solat. Boleh juga apply dekat anak-anak.

Semua orang tahu, Al-Quran itu mukjizat. Kalau yang lebih terperinci..ianya  merupakan Mukjizat Maknawi. Bermaksud, Mukjizat yang tidak dapat dilihat dengan mata pancaindera tetapi hanya boleh dirasai dengan mata hati dan akal yang sentiasa berfikir.

Dan

Sesungguhnya...niat yang baik..ALLAH S.W.T permudahkan.

Pulang saya ke Malaysia dengan hati yang berat. Sedih meninggalkan bumi Jepun yang banyak memberi erti kehidupan dan persahabatan untuk saya sekeluarga. Saya hanya berserah pada ALLAH S.W.T tentang kehidupan saya yang seterusnya nanti.

Dua bulan selepas saya settle down di bumi negara sendiri. Saya dpertemukan  dengan seorang hamba ALLAH yang juga baru resigned dari dunia korporat dan masing-masing ingin melakukan kebaikan dan kebajikan bersama-sama.

Melalui beliau, saya jumpa sahabat-sahabat yang lain. Tak ramai. Tapi cukup berkualiti untuk saya jadikan mereka sebagai supporter untuk terus mendalami ilmu bahasa arab ini.

InshaALLAH..esok merupakan kelas ke-3 belajar bahasa arab. Kelas yang hanya dilakukan di rumah saya sahaja. Kami buat berkumpulan . dan ada 3 orang termasuk saya. Tutor kami memang pensyarah bahasa arab.

Saya memilih rumah saya sendiri kerana anak-anak masih kecil dan waktu pembelajaran saya adalah ketika waktu mereka tidur petang. Alhamdulillah...Allah makbulkan impian saya dan HANYA DIA yang memudahkan semuanya.

YANG MAHA MELEMBUTKAN hati suami saya agar memberi izin untuk rumah kami dijadikan markas tempat menuntut ilmu

YANG MAHA MENGETAHUI kenapa saya dan suami sekarang melalui PJJ dan kenapa saya tidak bekerja seperti dahulu

YANG MAHA PENGASIH dan PENYAYANG kerana melindungi anak-anak saya dan sentiasa melimpahkan rezeki nya.

And the list of Asm'aul Husna is keep going on....





Baru kelas ke -2 saya dah excited nak cari contoh-contoh yang saya belajar di dalam Al-Quran. Seronok nya sangat bila dapat faham dan tengok terus direct yang ALLAH SWT sampaikan dalam Al-Quran

Contohnya dalam suratul Al-Kahf ayat number 2. "Solihaat". Penambahan huruf alif dan ta di belakang merupakan kata nama jenis jamak untuk "muannas" (female). Bermaksud juga banyak kebajikan. Bukan satu atau dua. Tapi lebih dari tiga. (plural)
 Al Kahf ayat 13 - "fitayatun". Perkataan tersebut diakhiri dengan ta marbutoh yang memberitahu kita bahawas perkataan tersebut adalah bersifat "muannas" (female)
 Al Kahf lagi - Kali ini bilangan pemuda-pemuda As-Habul Kahfi. Salasatun, Khomsatun dan Sab'atun. Perhatikan juga kesemuanya ada ta marbutoh. Lalu, kesemuanya adalah bersifat "muannas" (female)
Al-Kahf : ayat 32 pula. Rojulain (dua orang laki-laki) dan Jannatain ( dua buah kebun ). Setiap perkataan tersebut diakhiri dengan huruf ya berbaris atas dan nun. Jadi, terus membawa maksud spesific 'dua' sahaja.

Hebatkan?

Bilangan kata nama di dalam bahasa arab ada tiga jenis. Satu, dua  dan tiga atau lebih. If bahasa Inggeris hanya ada singular dan plural.

Untuk saya yang baru belajar dan beginner level. Saya rasa amazed sangat-sangat. MashaALLAH. Memang lain rasanya kalau kita sendiri yang ingin belajar bukan sebab nak exam or bukan takutkan cikgu atau mak ayah.

I hope this entry will benefit those who wants to do something good but macam tak berkeyakinan atau ragu-ragu. Istighfar banyak-banyak dan minta lah segala nya dari ALLAH SWT. DIA sahaja yang memegang hati kita semua.

Kan?

Okeyla thank you for reading

Till we meet in next entry. InshaALLAH






You Might Also Like

7 comments

  1. Syabas Nany. Satu pilihan yg memberangsangkan
    Pencapaian yg membanggakan juga.
    Semoga terus istiqomah dlm mencari kebaikan ini.

    ReplyDelete
  2. Terbaikkk nany..semoga kita semua terus istiqomah dlm melakukn sesuatu kebaikan

    ReplyDelete
  3. wahh hebatnya you.

    Teringat zaman sekolah rendah, Bahasa Arab ni compulsory untuk kelas I. Tapi I tak paham apa apa pun. I tak nampak ke arah mana . time kecik kan. mindset I, "buat apa nak belajar bahasa Arab I bukan nak jadi ustazah"

    pastu I minat Jepun sebab anime and drama. I nak belajo, dah siap pergi kat language centre dah. Tapi kena bayar yuran setengah tahun terus rasanya. My parents taknak sebab katanya I jenis belajar separuh jalan. hehhee. so I belajar dari kamus je lah. beli kamus tebal, baca sorang sorang. Tapi memang dah masuk high school dah kurang minat

    tapi bila dah masuk alam dewasa ni, teringin jugak nak mendalami semua benda. bahasa al-Quran, dan bahasa bahasa yang ada dalam dunia ni.

    insya Allah soon

    semoga istiqamah ye ;)

    ReplyDelete
  4. hahahh.. saya dah 2-3 tahun belajar bahasa Arab sekali seminggu 1-1.2hr gitew di surau.. belum pandai 2..
    Bagus juga post you ni boleh saya tumpang sekaki.. hehe .. semuga di berkati Allah jua

    ReplyDelete
  5. Seronoknya kak boleh belajar banyak bahasa :)

    ReplyDelete
  6. kagumnya.. Hsna yg 5 tahun duk sekolah arab pun rasanya tak seexpert akak..huhuhu..xminat!

    respek org jepun..nak duk negara mereka by hook by crook kena jgka bljr bahasa diorang...

    ReplyDelete
  7. Bestnya kelas kat rumah sendiriii! All the best sis Nany😘.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.