Majlis Malam Anugerah IISPJ (integrated Islamic School Puncak Jalil) - Hannah

By Thursday, November 24, 2016 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Habis jer konvokesyen Umair kami terus bergegas macam lipas kudung ke IOI Marriott Hotel di Putrajaya. Nasib baik tak jauh sangat Sungai Besi and Putrajaya. Dalam 20 minit dah sampai.

Untuk memudahkan urusan kami anak beranak, memang terus check in kat situ. Masuk bilik terus mandikan anak-anak, sambil gosok baju dan tudung. Usai solat maghrib, terus turun menuju ke Grand Ball Room.

Pihak sekolah dah sediakan meja mengikut nama anak masing-masing. Jadi, all parents kena duduk di tempat yang  ditetapkan. Satu meja bulat dalam 10-15 orang termasuk parents dan anak-anak. Hannah with her friends and teachers kat belakang stage. For me, okey ajer sebab meja besar dan muat. Selesa Alhamdulillah.
Majlis bermula pada pukul 8:30 malam.
Based on my observation, all tasks and duties did  by all the teachers of IISPJ.Termasuk lah tukang emcee, photographer, penjaga sound system, jaga murid-murid . And I know, persiapan yang  dilakukan bukanlah mudah. Banyak perkara yang mesti diambil kira dari awal sampai la akhir. Sian cikgu cikgi.
Bacaan Al-fatihah dan doa dari salah seorang pelajar darjah 1 . Untuk makluman, sekolah ni baru  beroperasi pada Janurari 2016 dan ini kali pertama mereka mengadakan majlis malam anugerah. Murid-murid pun tak ramai. Ada darjah 1 dan darjah 2 sahaja. InshaALLAH, jumlah bilangan pelajar akan meningkat pada tahun depan - darjah 1 , 2, 3 dan 4. Permintaan yang agak menggalakan dari ibu bapa di luar sana.
Ini lah pengetua IISPJ. Tuan Sheikh Zaki. Masih muda dan sangat berwibawa. Salute dengan usaha beliau yang membangunkan idea sekolah sebegini dan untuk pengetahuan, Muallim Zaki ni ada mengusahakan tadika juga bersama isteri beliau. Kiranya, Malam Anugerah ni cover untuk Tadika dan ISSPJ terus. Senang kan buat sekaligus.
Persembahan pertama adalah tarian indang dindin badindin dari pelajar-pelajar perempuan :) Comel ajer menari. Step pun banyak melibatkan pergerakan tangan jadi tak der la susah mana pun nak buat. Janji semua enjoy kan?

Teringat dulu masa darjah 5, saya pun ada join tarian ni utk persembahan hari penyampaian hadiah akhir tahun. Tapi pakai baju kurung sekolah jer warna putih, pastuh pakai tracksuit, pakai cekup kepala itam tuh then lilit kot dengan selendang. Hahah! Berubah betul zaman kan. Practice pun dulu cikgu pasang guna kaset. Kalau salah step..tekan butang rewind kat radio tuh. Agak-agak jer sampai jumpa kat mane lagu yang nak repeat tuh :) Nowadays, carik jer kat Youtube sekali dengan step lagi.
Suka ajer moment bila parents semua ke depan berebut amik gambar anak-anak. Tekun masing-masing melayan persembahan.
Acara seterusnya adalah Spelling Bee contest. Untuk acara ini, pengetua sekolah sendiri iaitu Muallim Zaki mengambil alih sepenunhya. Pandai dan berbakat lah beliau! sama macam program reality TV dah jadinya. Kitaorg pun sama-sama eja kat tempat sendri. Hehe~
Selepas spelling Bee contest, ada persembahan story telling pula
Sambil melihat persembahan  anak-anak, kami juga dihidangkan dengan makanan. Tak amik pun gambar makanan sebab segan pulak nak amik gambar depan tetamu yang tidak dikenali. Ditambah pula dengan Umair dan Uwais yang sedang  kelaparan. Suap anak-anak jer la makan.  Hehehe~
Yeayy~~~ Hannah merasmikan baju kurung sakura yang mama dia jahit. Actually, niat asal jahit baju kurung ni untuk dipakai masa kenduri kawen saudara sebelah husband bulan depan. Tapi , kebetulan derang ni kena pakai baju tradisional. Jadi okey sangatlah..masuk tema dah ni. Mama pun tak payah penin cari baju apa nak pakai.
Setelah habis persembahan nasyid barulah acara penyampaian hadiah untuk murid-murid IISPJ. Ada award untuk best student for all subjects, peningkatan terbaik mengikut kelas dan akhirnya tokoh pelajar 2016.

Malam itu, Hannah menerima dua anugerah
1) Tempat pertama dalam kelas
2) Tokoh Pelajar Perempuan (banat ) untuk 2016

Semestinya satu kejutan buat kami. Yerla, Hannah bersekolah di sana hanya 6 bulan dan sejujurnya, saya tidak mengharapkan 'sesuatu' dari beliau. Cukuplah yang dia boleh adapt dengan sistem pendidikan di Malaysia.

Malam itu  juga saya diberikan peluang untuk menyampaikan short speech berkenaan perkembangan Hannah dan sekolah IISPJ.

So I came with some preparation with the speech. Actually, dah lama tak cakap depan orang ramai and if ada pun..the topic and the audience pun lain. Technical vs parenting. Haaa~~ macam langit ngan bumi kan?

I can't thanks enough for this opportunity and rizq. For me, rewards come in many forms. It depends on how we interpret it and what we are focusing our life. Our story will not be the same. For me, It's just a beginning and a long way journey to go. Therefor, we must feel ups and downs so that we will appreciate our life more and know how to be a grateful person.

Let's enjoy other moments that I able to capture during the event. Entry about speech kita sambung next time ok?

Azni @http://modernmumthingy.com/ and the husband is watching their son taking part in Spelling Bee contest!
Tukang jaga sound system. Muallim Mahfuz
An Iron Lady in action! Style sangat. She's a mommy, muallimah and photographer. Kasut nampak comfy lah muallimah! Beli mane tu?  Hahah~
Di suatu sudut dan ruang. Rindu ku pada sakura. Adakah berjodoh kembali dengan mu?
A passionate mommy recording her daughter's performance
Ada yang mencuit hati nih yer? :)

Kain skirt tu saya jahit sendiri. Sebab nak tema tradisional, jadi carilah yang ada unsur songket. Beli kain kat Kamdar ajer. Nasib jumpa warna yang berkenan dan sesuai nak pakai dengan baju warna mustard.
So,

Thank you to all teachers in ISSPJ. Muallim Zaki, Muallim Afi, Muallim Mahfuz, Muallimah Haida, Muallimah Zaitun, Muallimah Ain, Muallimah Syuhada, Muallimah Adila. You did a great job through out this year.

Tak sempat nak mention nama each one of you hari tuh. May ALLAH SWT rewards you abudantly and make all your affairs ease!

That's All and Thank you for reading!













You Might Also Like

6 comments

  1. owh dear...i baca n tengok setiap pic..sangat grand n hebat anuerah cemerlang buat kat marriot gitu..bytheway all anak2 nampak gembira n ibubapa apatah lagikan..momoent yg indah paut diabadikan kan..nanti bila baca balik bila anak dah besar mesti rasa nak bergenang air mata..my doter darjah 2..she not so clever like hrr mom..hahahha...so xde dtg anugerah cmerlabg..maknyaa dulu tiap tahun dot no 1..hahaha nak jugak bgtahu tu..maybe silap i juga..too busy with works..insyaAllah start next year i will focus for her education..the obly doter i have for now..bytheway im happy to c this activity...

    ReplyDelete
  2. Meriahnyaa majlis. Anak anak pun nampak comel sangat semua :)

    ReplyDelete
  3. fuh siap kat marriot tu nany...mmg best...alhamdulillah...hannah boleh adapt dgn sistem pendidikan kat sini...malah cemerlang lagi...bijak le ikut parentsnyer....moga hannah terus sukses dan cemerlang dunia dan akhirat....

    ReplyDelete
  4. wow..memang grand majlis anugerah ni sis..alhamdulilah berjalan lancar, kan.byk acara jg.. tahniah Hannah...pintar nya..moga terus cemerlang dunia akhirat.... *salam follow sini :)

    ReplyDelete
  5. mau x eksitedkan ibubapa nk tgk persembahan anak2..

    alhamdulillah

    tahniah buat Hannah..
    tahniah juga buat cikgu2 n ibu Hannah sendiri...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.