Mari fahami bacaan solat

By Monday, November 07, 2016 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Para pembaca yang budiman. Pernahkan ketika anda semua menunaikan solat...rasa susah sangat nak khusyuk?! Tau tak antara salah satu sebab nya adalah kerana tidak memahami bacaan solat itu sendiri.

Walaupun  semenjak di sekolah lagi  penekanan terhadap amali solat telah dibuat, tapi sayang bila tiada penekanan 'rohaniah' diselitkan. Hasilnya, kita hanya solat dengan menggerak-gerakkan bibir, lidah dan anggota badan yang lain. Tetiba nanti.. "eh! dah bagi salam dah..cepatnya"..Itulah juga yang saya rasa.
Hanya selepas 35 tahun, barulah nak faham kan betul-betul bacaan solat ni. Dah sesungguhnya , saya tak mahu anak-anak saya mengikut jejak kaki langkah saya. Nehi..Nehi..Nehi.

Alhamdulillah..ALLAH S.W.T bagi lagi masa dan nyawa untuk saya bernafas di muka bumi ini. Masih berpeluang untuk belajar dan berkongsi dengan yang lain.

Jadi macamana nak buat?

Ada dua cara. Cara yang pertama adalah google maksud bacaan solat dalam per kata. Kenapa per kata? sebab pada saya, bacaan solat kita akan jadi lebih perlahan-lahan , satu-satu sebab kita dah faham apa yang kita sebutakan.

Cara yang kedua pula kalau nak lagi senang...boleh jer cari dan beli buku  ni :

Buku yang bertajuk "Fahami Bacaan Dalam Solatmu" adalah merupakan terbitan dari syarikat PTS. Saya dapat buku ni dari seorang sahabat. Menurut beliau, buku ini dibeli secara online jer kat Bookcafe. Mudahkan?

Review?

Saya bagi 5 bintang terus!

Inilah yang dikatakan per kata punya style. Nampak tak? selama ni, kalau kita baca Dua Kalimah Syahadah laju menderu jer. Sekarang mungkin tidak lagi. Kita akan cuba sebut one-by-one.

Contoh lain : Doa Iftitah

Target saya dengan Hannah ..selepas bacaan Dua Kalimah Syahadah. Nak cuba hafal semua maksud per-kata dalam bacaan Doa Iftitah ni.

Sangat bagus bila sekarang , Hannah dah boleh ingat few Harof ( Bahasa Arab ) . Contohnya : "waw" yang bermaksud dan. "Bi" yang bermaksud dengan "Inna" yang bermaksud sesungguhnya "Li" kepada / bagi

kalau dulu, baca "Lillah" sekali harung jer..faham gitu-gitu jer. Tapi bila baca dan faham per-kata memang nampak jelas. Sebenarnya.."Lillah" itu merupakan dua perkataan. "Li" bermaksud kepada dan "ALLAH" is ALLAH.

Dan percayalah, lepas dah boleh tangkap conjuction ni, bila baca surah-surah yang lain pun, mata kita akan terus tangkap tulisan tersebut dan terus tahu..apa maksud die. Kelebihan? Of course la kita akan lagi appreaciate apa yang kita baca kan?

Best tau, bila dapat faham apa yang ALLAH S.W.T. bagitahu dan  berbicara dengan kita semua.
Dan bila dah rasa hafal dan ingat. Jangan lupa buat latihan kat next page tuh. Setiap bacaan ada latihan macam ni. Jangan skip ye uolls. Sesuweeiiiii sangat untuk budak-budak dan mak pak budak. Hahah!

Lain-lain.. kena rajin dan sabar. Buat sikit-sikit takper janji berterusan sebab manusia ni mudah lupa. Kalau selalu buat InshALLAH boleh lekat. Lepas tuh, cuba praktis kan masa solat. Percayalah, perasaan BEST tu hanya kita yang boleh rasa tauuu.

Macam tuh juga saya pesan kat Hannah. Nanti nak solat, cuba ingat. Dan response beliau.."susah la, laju nak kena baca, tak sempat"

Saya rasa saya faham apa yang dia cuba sampaikan. Sebab kita tak biasa. Nak baca lepas tuh dalam masa yg sama nak interpret. Lainla, kita ni berketurunan Arab, lidah pun lidah Arab gak kan. Ini lidah oun yang makan masak lemak cili api, teh tarik, belacan, tempoyak budu segala. Memang mencabar jugak lah. Hahah!

Tapi tak per, buat mana yang ingat. Kena dan wajib cuba. InshaALLAH..nanti biasala tuh.

 Di belakang buku ni, ada juga panduan untuk menunaikan solat.
Akhir sekali, adalah glosari. Boleh juga nak hafal yang ni cuma yang ni, die tak ikut susunan.

Nak seribu daya tak nak seribu dalih!

Jadi anda pilih yang mane?

That's All dan thank you for reading.


You Might Also Like

5 comments

  1. Peluang utk belajar kini amat terbuka luas dan mudah diperolehi
    Pilih dan tanya pada iman diri sendiri
    Selagi masih bernyawa peluang kita masih ada jgn dipersiakan.

    ReplyDelete
  2. bagusnya buku tu.

    I baru tahu 'Lillah' tu dua ayat. padahal banyak kali guna, tapi tak pernah tahu pun

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yg sgt2 menarik nany....betul tu x semua tau bahsa arab...makne bacaan alquraa atau solat pun sama....kalolah kite paham setiap patah tu alangkah bagusnye.....

    Tq share buku tu....harus dicari buku nih....satu family boleh baca dan dpt manfaatnye...

    ReplyDelete
  4. Bagusnyaa ni. Setuju kak belajar sikit sikit nanti lama lama in sha Allah melekat dekat kepala dan hati :)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.