Book's review time! ( "Selamat pagi Cikgu")

By Friday, December 30, 2016 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi semuaaaaa! Selamat pagi cikguuuuu! ( sila baca dalam intonasi Upin Ipin )

Cikgu-cikgu semua apa khabar? Tinggal few days jer lagi before cuti sekolah habis dan bermula semula rutin harian cikgu-cikgu di Malaysia.  Tak sure if ada pembaca setia di blog saya ni yang kerjaya nya seorang guru. Kalau ada, jangan lupa kenalkan diri, tinggalkan komen. Nanti saya jejak cikgu cikgi semua.

Oklah,

Di Pagi Jumaat yang penuh barakah ni, saya nak kongsikan review tentang buku yang saya baru habis baca. Tajuknya seperti gambar di bawah :

Cita-cita menjadi cikgu bukanlah dalam list saya. Tapi kalau masa kecik dulu, bila cikgu suruh tulis apakah cita-cita kamu bila besar , maka kerjaya cikgu tiba-tiba dalam senarai. Selepas doktor dan pegawai bomba. Apsal ntah saya letak pegawai bomba. Hahaha! Budak kampung kot...tengok pun cerita "roda-roda kotaraya"lakonan Yusuf Haslam dan A. Galak. Minda tak terbuka sangat.

Tulisan Tuan Haji Zainal Haji Bujang ni pada saya agak luar biasa dan menyebabkan saya tak sabar nak tunggu ending cerita dia. Dah menjadi kebiasaan, kalau buku tuh best saya akan habis baca dalam 3-4 hari jer ( kira hebat dah ni sebab kena buat kerja rumah yang lain..hehe)

Jadi, apa yang menarik?

Kisah pengalaman beliau pada zaman 60an yang merupakan pemuda kampung di Negeri Sembilan akhirnya keluar dari kepompong pergi ke tempat yang terlalu asing bagi beliau. Kuala Lumpur. Ada banyak juga moment yang menyebabkan saya teringat kisah saya sebelum berhijrah ke bandar kerana ingin menuntut ilmu.

Antaranya, bila penulis menceritakan emosi nya tatkala berpisah dengan ibu bapa yang sanggup menaiki bas dari kampung bersama-sama penulis ke Kuala Lumpur dan akhirnya terpaksa berpisah berpelukan sebagai tanda ucapan selamat tinggal. Saya ingat yang itu! mak saya menangis ketika menghantar saya ke asrama semasa saya ingin meneruskan pelajaran di tingkatan 1. Walhal bukan jauh pun, 1 jam ajer dari rumah.

Dulu saya tak faham..kenapa mak nak nangis. Bukan saya sakit ke ape...tapi sekarang dah bergelar seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Barulah saya faham perasaan itu. Setiap kali nak berpisah kalau hantar saya jauh ke tempat lain, pasti emak sedih. Klimaksnya, semasa saya ingin memasuki ASASI Matrikulasi di UM. Emak menangis lagi. Banyaknya air mata emak menitis kerana anak-anak :(

Cerita penulis lagi menggambarkan tentang bagaimana serabut dan takutnya beliau ketika ingin mengharungi kehidupan pertama di Kuala Lumpur. Korang bayangkan la, mana ade LRT, UBER,Grab, Waze adn google map masa tuh. Eh jap! handphone pun rasenye tak smpi lagi Malaysia. Dalam was-was nak naik bas hari pertama ke sekolah tempat beliau mengajar tuh akhirnya sampai juga. Saya pun excited sekali! hahahah!

Menurut beliau lagi, ladang kebun getah juga masih banyak dan merupakan salah satu laluan untuk  sampai ke sekolah SRJK Batu Empat, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Lagi satu, buku ni bagus sebab banyak juga diselitkan ayat-ayat Al-Quran yang memujuk hati. Disertakan sekali dengan nama surah dan nombor ayat ke berapa.

Dari seorang cikgu biasa , guru penolong kanan, guru besar dan akhirnya menjadi salah seorang penyelia KBSR di Unit Kokurikulum. Part kelakar masa tuh, semua orang pakai komputer tapi dia jer pakai mesin type writer. Malu! tapi beliau tidak lekas putus asa.  Cepat bertanya pada yang pakar dan tidak malu meminta tunjuk ajar.

Banyak lagi nak moment2 best dalam buku ni. For me, buku ni sesuai sangat dibaca untuk cikgu-cikgu di luar sana. Semangat jitu dan minat beliau sebagai seorang pendidik betul-betul di ekspressikan dalam buku ini. Semoga menjadi pencetus semangat dan dorongan buat kita semua. Untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang yang kita ceburi, pastikan kita berusaha bersungguh-sungguh dan banyakkan bersabar. Buat lah sesuatu yang kita minat. Selagi hayat dikandung badan.

That's All and Thank You for reading!






You Might Also Like

4 comments

  1. rindu rasanya nak membaca. sekrang irda ada buku lambat nak habis.. btw ..bila dikatakan zaman tu banyak lagi takde.. kan..sungguh sulit dan susah zaman dulu..skrg semua dah ada..tp kdg2 kemudahan tu ada yg buay kita ni ada yg semakin malas...

    nany..thank u for sharing.i enjoy reading this.i on my way to work now...happy friday dear..

    ReplyDelete
  2. Suka jugak baca buku yang menceritakan pasal pengalaman dia dulu dulu. Hehe. Nani pulak kalau tiap kalah nak berpisah ibu cool aje, Nani pulak yang sebak. Hahaha. Masa sekolah menengah even duduk asrama tapi dekat aje dengan rumah sekali bila dapat belajar nun jauh di temoat orang rasa perasaan tu lain bila duduk jauh.

    ReplyDelete
  3. Meraih kejayaan dari mereka yg pernah merasa perit tak sama dgn mereka yg berada di atas dgn jalan mudah Nany. Penulis merupakan anak yg lahir sebelum merdeka atau selepas beberapa tahun merdeka kakak rasa sebab itu laluan baginya tidak semudah sekarang.

    ReplyDelete
  4. Tuan Haji Zainal? macam nama pengetua sekolah I dulu.

    Nanti kena intai buku ni.

    I sekarang kalau masuk bookshop dah jarang ke bahagian buku. dok terjah stationery je

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.