Enjoy balik kampung!!!

By Thursday, December 08, 2016 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua..
Rindu nyer nak berblog selepas 6 hari 5 malam kami pulang ke kampung. Line internet takdak since kampung saya tuh memang jungle style. Kiri kanan kelapa sawit, pokok pisang and pokok kelapa. Kalau nak cari line takat nyawa-nyawa ikan tuh kena gi celah2 bilik, dapur ke, rak baju ke. Takpun, keluar gi pekan sat . Sambil-sambil beli sayur dan ikan, boleh la check seround FB / IG . Blog pulak takat mampu baca tajuk . Kalau nasib baik, dapat la baca komen sekali. Hehehe..

Apa pun, seronok sebenarnya dapat duduk balik bawah ketiak mak ayah. Layan kerenah anak-anak tanpa gangguan 'dunia luar ' . Ikan, ayam and sayur-sayuran juga sangat segar dan banyak pilihan. Lagi apa? Owh masakan mak yang luar biasa sedapnya. Tak payah la nak guna sangat kuali Tefal yang non-stick tuh. Kuali biasa yang nipis tuh pun dah habis sedap dah kalau mak yang masak.

Bangun pagi-pagi lepas subuh, tengok mak tengah sibuk bungkus nasi lemak. Since rumah parents kat kampung ni banyak sangat pokok pisang, jadi tader masalah lah takat nak balut 10 bungkus nasi lemak. Kalau derang tahu, harga daun pisang kat KL ni camana, sure bising :) . Lalu, saya pun join sekali lah tolong mak.  Memang sedap lah makan panas-panas nasi lemak ni kan.  Ada banyak lagi makanan yang menjadi signature bila kami balik ke kampung. Contoh lain ; sup Bagan Datoh yang power, putu piring and bambu. Belum pernah jumpa yang sesedap and original macam yg kat kampung ni haaa.

Aktiviti lain budak-budak ni waktu petang adalah bermain kat luar. Tengoklah, mak saya DIY bakul sampah plastik yang tak guna ni jadi betul-betul "basketball". Hahah! barulah Kbat kan gini? Seronok sangat derang main sampai berpeluh-peluh. 
Sambil nak aim bola, sambil kena serang dengan nyamuk. Bertabah la anak-anak. Mama dengan papa dulu dah biasa dengan nyamuk ni. Dah besar masuk universiti, mama kena demam denggi pulak. Haishh...masa kecik2 kat kampung dulu yang selalu kena gigit nyamuk sihat lah ajer. Dugaan betul.
And they continue playing around with their surrounding. Nak jadi kucing agaknye...hahah! Opah derang la ni yang melayan. Apa lagi, masing-masing tunjuk "ekor"

Pokok Bunga Kenanga ni banyak gak kenangan masa saya kecik-kecik dulu. Mak selalu ambik bunga ni untuk letak dalam bedak sejuk buatan dia tuh. Saya tak suka bau bedak sejuk yang baru nak kering tuh..busuk sangat. Hapak! hahaha...

Tapi Bunga Kenanga ni sangat wangi. Kalau balik kampung, ambil la juga letak dalam kereta buat perfume. Tapi tulah, tak lama..dah layu kering dalam 2-3 hari . Lepas tuh, tade la bau wangi dia. 
 

Sarang burung ni original tau. Tak tau la mak jumpa kat mane, last2 die sangkut kat pokok bunga ni. Dok intai-intai gak kalau ade penghuni dalam tuh..tapi tak jumpa pulak. Heheh...

Aktiviti malam lepas solat maghrib and mengaji. Hannah paksa opah main sekali kad Boboboy ni. Hahaha...Kesian opah. Tak sampai pun satu round opah main, opah pun cakap :

" Eh...tak larat ler opah nak main...penin kepale opah"

Hahaha..eh! kome tau ke slang oghang perak cane? 
Kampung saya ni dah banyak berubah. Semakin sunyi sebab orang muda semuanya berhijrah ke bandar. Rindunya zaman kanak-kanak dahulu. Masih terbayang-bayang suasana berjalan kaki dengan adik / abang ke sekolah kebangsaan. Petang pula, gi sekolah agama. Balik tuh, terus gi main ngan kawan-kawan. Buat pondok dari batang ubi kayu, guna guni plastik as bumbung and dinding. Tempurung kelapa jadi mangkuk. Dedauan, bunga and ntah apa2 lagi objek yang jadi bahan masakan.Seronok betul rasanye. Bahagia.

Tak pasti if nanti in future , cucu-cucu kitaorg nanti masih dapat menikmati keindahan dan keunikan hidup di kampung ataupun tidak.

That's All

Thank you for reading!





You Might Also Like

6 comments

  1. Seronok betul bebudak tuu. Suka semua gambar macam biasa. Especially gambar ekor kucing!

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa nasi lemak daun pisang macam tu. Sekali sekala balik kampung memang syok kan kak, macam macam makan. Seronok anak anak kak Nany main tu :)

    ReplyDelete
  3. Sarang burung tu saya tau. Bunga tu oun saya tau. I was a kampong boy before,

    ReplyDelete
  4. senyum.je irda baca.rasa mcm kat kampung juga...beruntung anak2 yg masih ada kampung utk dinikmati..aroma nasi lemak dengan daun pisang..mmg sedap
    ..sambal tu paling menarik..terliur..rasa nak bekpes nasi lemak pagi ni...malam2 ajak opah main kad ..haha..confirmlah opah dia pening...huhu..dulu opah main congkak n batu seremban je..btw..srronok ada anak2 dua atau 3 ni..dia ada kwn..mcm alya.dialah sorang2..huhu nak main kad pun trpaksalah mama dia melayan

    ReplyDelete
  5. Seronoknya balik kampung.
    Orang kampung nak balik ke mana ye/

    Sarang burung tu sarang burung tempua.
    Yang atas (berlubang dua) tu sarang burung tempua jantan.
    Xde telur tempat dia bertenggek sahaja.
    Yang depan (lebih besar, satu lubang dan ada bilik) tu sarang burung tempua betina. Bilik tu tempat dia bertelur dan mengeram.

    ReplyDelete
  6. uih I terbayang dah kesedapan nasi lemak tu babe. next time kirim 3 bungkus hantar kat ampang ><

    ReplyDelete